Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, September 26, 2009

29hb Sept ini


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain akan mengetahui pada 29 Sept. ini sama ada mereka boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi negeri.

Bagi aku, aku nak lihat bagaimana undang-undang berjalan di Malayisa.

Apa-apa keputusan mahkamah yang akan diputuskan hendaklah berasaskan kes-kes lampau, yang ni kita sebut president.

Adaka kes seumpama pernah diputuskan oleh mahkamah sebelum ni? Tak payah kita cari dalam MLJ (Malaysian Law Jernel) sebab semua orang masih ingat lagi kes V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dalam kes ni Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Jadi mahkamah pada 29hb Sept ini hendaklah mengikut presiden, iaitu mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan kes, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN. Apa keputusan DUN? Keputusannya ialah 3 DUN adalah kosong dan bakal ada PRK.

Senang, ringkas dan logic. Tapi seperti artikel Rukun Negara di bawah, adaka depa nak mendaulatkan keluhuran perlembagaan?

Tuesday, September 22, 2009

Mengembirakan Sedaya Adanya





Sepanjang bulan Ramadhan lalu YB Tai Sing Ng telah mengagihkan keperluan dapur membantu meringankan perbelanjaan harian semasa Ramadhan dan keperluan Syawal. Agihan ini merangkumi seluruh penduduk yang terpilih di DUN Kuala Sepetang.

Saya juga diminta untuk membantu mengagihkan keperluan ini di sekitar Sungai Limau dan Kampung Batu 8 Jalan Trong.

Walaupun agihan tahun ini tidaklah semewah tahun lalu, namun uniknya adalah sumbangan ini disampaikan terus ke rumah penerima.

Sekritariat Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Kuala Sepetang mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan program ini yang turut sama memberikan sedikit keriangkan menjelang Syawal 1430 H.

Khairul Azman Bin Ahmad

Rukun Negara

Asas kita bernegara@menjadi rakyat negara Malaysia adalah Rukun Negara. Jika mana-mana satu rukun islam tidak dipatuhi oleh penganutnya maka bukan islam namanya. Begitu juga jika mana-mana satu rukun negara itu tidak diiktiraf seseorang, wajarlah beliau mengakui bahawa beliau bukan warga negara Malaysia.

Berkali kali aku membaca difinasi bagi setiap satu dari lima rukun negara yang aku petik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Rukun_Negara dan aku cuba kaitkan dengan suasana politik di Perak.

Cuba kaitkan "Kepercayaan kepada Tuhan" - kalau percaya kepada Tuhan dan pembalasan hari akhirat, tak kan sanggup melakukan Machiavellian (matlamat menghalalkan cara). Untuk dapatkan kuasa di Perak, sanggup membelakangkan hukum.

"Kesetiaan kepada Raja dan Negara" - Aku tak ada bukti, tapi nampak sangat Raja di perguna.

"Keluhuran Perlembagaan" - Jika menghormati perlembagaan yang luhur tentu saja ia dihayati dan dipatuhi, mengapa ada ISA?

"Kedaulatan Undang-undang" - Kejadian persidangan yang kecoh jelas undang-undang yang sedia ada tidak didaulatkan.

"Kesopanan dan Kesusilaan" - Malas aku nak komen, banyak sangat youtube yang menunjukkan kelakuan kurang sopan. Tengok sendiri http://www.youtube.com/watch?v=2ttyakh5dQc

Difinasi Rukun Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan

Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi. Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semu pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat. Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara. Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang. Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya



Setelah kita menjalankan ibadah berpuasa sebulan Ramadhan, esok kita akan meraikan kejayaan melawan segala nafsu. Latihan sebulan ini perlu kita terapkan pada sepanjang amalan harian sehinggalah kita diperintahka sekali lagi pada tahun hadapan.

Ya Allah

di akhir Ramadhan yang penuh barakah ini & Syawal yang mulia, aku memohon Kau berkatilah & muliakanlan saudara-saudaraku ini. Anugerahkan kebahagiaan untuk diri dan keluarganya, kurniakan segala kekuatan & kegagahan iman. Limpahi & berkatilah rezkinya, tinggikan darjat & makbulkan segala hajatnya, doa & taubatnya

Amin Ya Rabbal Alamin

Latar belakang: Kubah dari dalam Mesjid Al Buqhari Alor Setar, kedah

Tuesday, September 15, 2009

PRK DUN Bagan Pinang

SPR menetapkan tarikh penamaan calon pada 3 Okt dan hari pembuangan undi pada 11 Okt.

Thursday, September 10, 2009

Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Perak


Lanjutan dari mesyuarat Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Perak (AMKP) di Bagan Serai pada 16hb Ogos lalu maka terlantiklah YB Yunus sebagai ketua AMKP yang baru. Dan pada 5hb Sept, YB Yunus telah melantik barisan pimpian AMKP yang baru.

Sila klik tajuk untuk detail lantikan tersebut.

Friday, September 4, 2009

PRK N31 BAGAN PINANG


Pilihanraya ini akan diadakan bagi memilih wakil rakyat baru menggantikan Allahyarham Azman Mohd. Nor yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Berikut adalah ringkasan keputusan pilihanraya lalu.

Jumlah Pengundi:
14,192
Peratusan Kaum:
Melayu: 66%
Cina: 10.5%
India: 19.9%
Lain-lain: 3.5%
Keputusan Mac 8
1. Azman Mohd. Nor (BN) (6,430)
2. Ramli Ismail (Pas) (4,097)
Majoriti:
2,333
Jumlah Keluar mengundi:
10,911
Peratus mengundi:
76.88%
Undi rosak:
384

Tuesday, September 1, 2009

Harga minyak naik lagi


Benda ni sepatutnya kita tak terkejut, sebab dah menjadi amalan kerajaan sekarang.

Cuma aku nak ingatkan balik 11 hadiah yang Najib bagi. Kalau tak ingat klik pada tajuk dan link

http://amkbukitgantang.blogspot.com/2009/07/11-hadiah-untuk-rakyat.html

Kenapa Aku Di Sini?