Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, October 30, 2009

Harapanku Anak Bukit Gantang

Tanggal 28hb October 2009 adalah satu lagi sejarah hitam telah berlaku dalam sejarah penubuhan negara Malaysia sejak 16hb September 1963. Sejarah hitam kali ini telah tercipta oleh kerana ketamakan kuasa pimpinan Barisan Nasional setelah rampasan Kerajaan Pakatan Rakyat pada Februari 2009.

Persidangan DUN kali telah dihina oleh gangguan pihak berkuasa demi kepentingan pimpinan Kerajaan Perak (BN) sekarang.

Demi kuasa, UMNO tergamak menyalahguna polis dengan melayan kesemua ADUN Pakatan Rakyat termasuk Speaker Sah V.Sivakumar seperti mafia ingin masuk Persidangan DUN. Kerana kuasa juga UMNO telah menghina Speaker Sah dengan bantuan polis untuk merampas jubah yang telah dipakai oleh Sivakumar.

Kita semua telah sedia maklum apa yang telah terjadi pada persidangan DUN pada 28hb Oktober lalu. Dimana kita semua telah melihat kebiadapan pihak berkuasa melayan Wakil Rakyat Pakatan Rakyat.

Secara peribadi, saya adalah salah seorang anak penduduk Kampung Sungai Petai, Changkat Jering berharap krisis politik negeri Perak ini akan berakhir secepat mungkin. Tiada jalan penyelesaian lain melainkan DUN Perak dibubarkan.

Namun, saya hairan mengapa MB Haram Zambry begitu sukar untuk membubarkan Dun? Sedangkan mereka mengatakan BN telah mendapat sokongan rakyat semula selepas Pilihanraya Bagan Pinang.

Pada saat ini, kita juga tahu bahawa Media Massa Pro-BN telah mewawarkan berita kononnya kepimpinan Pakatan Rakyat sedang bergolak. Mereka mensensasi berita keretakan Pimpinan Pakatan Rakyat dengan beberapa isu seperti EGM Tok Guru, perletakan jawatan Naib Presiden Keadilan, dan terbaru pengistiharan keluar parti ADUN Pelabuhan Klang dari Keadilan.

Jikalau mereka sedang mensensasikan berita keretakan Pakatan Rakyat ini kepada umum melalui media massa, bermakna UMNO tahu bahawa Pakatan Rakyat sedang goyah dan mereka mengatakan BN kian kukuh.

Persoalannya disini, saya hairan mengapa DUN Perak masih tidak dibubarkan oleh Zambry jikalau mereka beranggapan bahawa Pakatan Rakyat sedang bergolak?
Disini kita dapat lihat perwatakan sebenar BN yang begitu pengecut untuk mengembalikan kuasa rakyat memilih Kerajaan Perak semula. Tertapi mereka begitu berani mengutuk dan memperlekehkan Pakatan Rakyat melalui media massa dengan beberapa isu keretakan Pakatan Rakyat. Inilah BN yang hanya banyak bercakap kononnya merekalah pembela rakyat tertapi sebenarnya merekalah bertanggunjawab menperbodohkan rakyat.

Kesimpulanya, saya amat berharap agar Pilihanraya Kecil Dun Perak diadakan secepat mungkin bagi menamatkan krisis politik Perak dan berharap rakyat memberi mandat semula kepada Pakatan Rakyat.

Muhamad Faisal Zainal

Thursday, October 29, 2009

Cabaran dan dugaan sebelum kecap kejayaan - Presiden Keadilan

Kenyataan Media Wan Azizah

Rombakan kepimpinan Keadilan telah menimbulkan kekeliruan dan keresahan di kalangan tertentu. Saya sepenuhnya menyedari bahawa tidak semua akan berpuas hati dengan keputusan yang dibuat kepimpinan parti serta menghargai betapa sukarnya kami untuk membuat keputusan dengan meneliti setiap pandangan yang disampaikan, termasuk dari cabang-cabang yang menjadi tulang belakang parti, di samping memastikan parti mencapai matlamatnya.

Tuesday, October 27, 2009


Ceramah Krisis Perak-Pra Persidangan DUN


Tahniah kepada team seckretariat ADUN Kuala Sepetang terutama En Lawrence Lau dan Cik Goge yang telah berjaya menganjurkan Ceramah Krisis Perak-Pra Persidangan DUN Perak di Kampong Rahmat, Kamunting.

Terima kasih juga kepada team pengelola di Kampung Rahmat terutama ketua Kampung Rahmat En Yahya dan pemilik tapat acara Pusat Tahfiz Ibnu Sinar.
Semua penceramah yang diiklankan hadir dan memberi gambaran suasana Perak khasnya dan Malaysia amnya.

YB Tai Sing Ng ADUN tuan rumah Kuala Sepetang membuat perbandingan kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berbanding Barisan Nasional (BN).

Contoh paling dekat hanya berlaku sekitar 200 meter dari tapak ceramah iaitu di Kampung Kurnia Jaya. Kerajaan PR telah menganugerahkan hak minik tanah dengan pajakan selama-lamanya, tetapi kerajaan haram BN telah menukar status itu kepada TOL selama 10 tahun.

Di sini sahaja boleh dibuat perbandingan betapa ikhlasnya BN membantu rakyat sedangkan penerima anugerah di Kampung Kurnia Jaya kebanyakannya adalah dari golongan berpendapatan rendah melayu.



YB Khalil Idham Lim yang juga ADUN Titi Serong dalam ucapannya menerangkan bagaimana BN meyalahguna kakitangan kerajaan untuk kepentingan mereka. Beliau membuat perbandingan dengan kerajaan Indonesia yang memberi kebebasan kepada semua parti politik untuk menggunakan media elektronik milik kerejaan bagi tujuan kempen. Malah kerajaan juga memperuntukkan belanjawan kepada parti pembangkang.

BN juga mendakwa kita (ADUN_ADUN PR) akan menimbulkan hura-hara pada persidangan DUN pada 28 Okt, mereka pada awalnya telah melantik 15 orang pentara yang latar belakangnya amat meragukan dan berita terkini menurut YB Khalil jumlah bentara baru kini ditambah menjadi 30 orang. Beliau juga menerima SMS yang menakut-nakutkan ADUN PR dengan mendakwa beliau dan rakan-rakan akan sentiasa diawasi sehingga dari bumbung-bumbung bangunan.

Menjadi kesalahan kepada polis jika mereka terlibat dalam urusan dalam dewan, contoh yang paling terini adalah kejadian di Lobi parlimen dimana sekumpulan pemuda UMNO menyerang YB Gobind Singh Deo. YB Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin bin Haji Mulia (Yang Dipertu Dewan) pada ketika itu menyatakan polis tiada kuasa untuk bertindak walaupun di lobi parlimen, apatah lagi di dalam dewan.

BN kini cuba mewajarkan apa yang dilakukan, Speaker lantikan BN Ganesen mendakwa YB Sivakumar mencuri jubah speaker, beliau menegaskan jubah itu tidak pernah dicuri dan jikapun Sivakumar tidak mengenakan jubah tersebut, beliau tetap juga speaker lain pula kepada Ganesen-pakailah sehingga 100 lapis jubah, beliau tetap speaker haram.


YB Abdul Yunus Jamhari yang juga ADUN Kuala Kurau yang juga Ketua Angkatan Muda Negeri Perak menegaskan BN tidak pernah letih mengulangi perbuatan menggunakan polis dan kerajaan tempatan dengan mengarahkan mereka membuat sekatan dan memberikan kepayahan untuk mengadakan program.

Pada 24hb Okt lalu pimpinan muda Keadilan, PAS dan DAP telah berjaya melancarkan Sekretariat Angkatan Muda Negeri Perak di Lumut. Tekanan yang diberikan oleh polis amat keras mungkin kerana Lumut adalah asalnya MB Perak melalui rampasan kuasa.

Di Air Tawar pula pada tarikh yang sama, Wanita Keadilan, PAS dan DAP mengadakan himpunan “One Black Perak”.

Pemuda dan Wanita PR akan terus memberi tekanan agar DUN Perak dibubarkan.


YB Lee Boon Chye  Ahli Parlimen Gopeng lebih menumpukan salah guna kuasa BN di peringkat pusat dan kepincangan pada belanjawan 2010. menurut beliau ini adalah belanjawan tahun ke 13 berturut-turut dimana jumlah perbelanjaan negara melebihi pendapatannya dengan kata lain kerajaan di bawah BN berhutang untuk menguruskan negara, sekaligus meletakkan beban hutang itu kepada setiap rakyat, jumlah hutang kini yang ditanggung oleh rayat berumur satu hari dan masih hidup kini mencecah RM60,000.00.

Belanjawan berhutang ini dimulakan oleh BN senaik sahaja Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan.


YB Zainuddin Yusof ADUN Lubuk Merbau menginatkan setiap pengundi bahawa wakil rakyat yang dipilih adalah menjadi tanggungjawab pengundi itu sendiri untuk menjawab kepada generasi akan datang.

Beliau tidak merasa kecewa jika beliau kalah pada pilihanraya akan datang jika pengundi merasakan beliau gagal melaksanakan tanggungjawab. Walau bagaimanapun beliau kini tetap berusaha untuk memberikan kebaikan kepada rakyat Perak.

Isu perundangan negeri Perak juga disentuh, agak jangal apabila Najib meminta ADUN PR untuk mematuhi undang-undang sedangkan mereka sendiri melacurkannya.

Amat nyata pada peruntukan Perlembagaan Perak bahawa Nizar dan Sivakumar masih sah dalam jawatan hingga kini. BN telah melalukkan kesalahan dari mula dan untuk mewajarkan perbuatannya, mereka terus-menerus membohongi rakyat dan terus membelakangi undang-undang. Mereka adalah kerajaan yang tidak sah. Jika mereka meluluskan belanjawan Perak pada 28hb Okt ini, maka belanjawan itu juga adalah belanjawan yang tidak sah.

Monday, October 26, 2009

Ceramah Krisis Perak-Pra Persidangan DUN Perak


Ceramah ini dijadualkan pada 26hb Okt 2009 bertempat di Markas PAS Kampung Rahmat, Kamunting di dalam DUN Kuala Sepetang bermula jam 8 malam.

Senarai penceramah adalah terdiri dari ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak.

Thursday, October 22, 2009

MAHKAMAH OH MAHKAMAH

Hari ini mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa mereka tiada kuasa cabar penggantungan terhadap Ahli Parlimen Puchong ,Gobind Singh Deo dari menghadiri persidangan Dewan Parlimen selama setahun.


Masih ingat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap penggantungan Adun-Adun dari UBN?Dibawah ini adalah artikel yang di catat pada


Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan penggantungan terhadap Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam ahli exconya daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.


Zambry dan enam exconya itu, sebelum ini memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.


Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.


Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.


Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.


Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.


Apa yang aku nak bagitau ialah mahkamah sedang diperkudakan oleh UBN dulu kini dan selamanya.Jika di Perak. Zambry dan Adun UBN yang lain boleh menang terhadap Penggantungan yang dikenakan oleh Speaker DUN , V. Sivakumar, mengapa Gobind Singh Deo tidak boleh  menggunakan akta yang digunapakai oleh Presiden mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan yang dikenakan terhadap Gobind.


Inilah yang aku katakan dalam artikel sebelum ini.Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan.Macam Haram.

Politik Malaysia

Minggu ini.sahaja,aku telah menerima beberapa sms dari ketua AMK cabang berkenaan beberapa isu.Antaranya ialah isu tuduhan rasuah yang akan dijalankan oleh mahkamah tinggi Ipoh terhadap 2 wakil rakyat bebas.

Hakim menetapkan bahawa perbicaraan mereka teap dijalankan pada 28 okt 09 sehingga 3 Nov 09 walaupun sidang DUN Perak bakal dijalankan pada 28 Oktober 09.Peguam kedua-dua tertuduh juga telah meminta penangguhan untuk membolehkan kedua-dua tertudah ini menghadiri persidangan dewan.

Pada aku,satu permulaan baru untuk kerajaan kudeta atau kerajaan PR melakukan pilihanraya mengejut bagi negeri Perak sahaja.Bagus untuk ekonomi di Perak setelah huru-haranya politik Perak.

Dalam pada menunggu hari persidangan Perak,hari ini sekali lagi Ketua AMK Cabang menghantar sms PRK yang kesepuluh mungkin diadakan.Isu nya ,Ahli Parlimen Batu, YB Chua Tian Chang( YB Tian Chua) dikenakan hukuman 6 bulan penjara dan denda RM 3,000 kerana menggigit anggota polis sewaktu Perhimpunan bersih di hadapan Parlimen pada 11 Disember 2007.

Tetapi,Yb tian Chua dibenarkan untuk mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang diterima.Malah hukuman itu juga ditangguhkan sementara rayuannya selesai kelak.

Apa yang aku nampak terhadap kedua-dua isu diatas ialah Politik Malaysia masih idak sabil bahkan lagi teruk dari zaman Pak Lah menjadi PM dahulu.Ini akan menimbulkan rasa kurang yakin pelabur luar untuk melabur di Malaysia.

Dan keadaan ini akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia apabila Bajet 2010 akan dibentangkan pada Jumaat ini dimana Najib sebagai Menteri Kewangan akan dinilai oleh dunia,bukan sahaja rakyat Malaysia, bagaimana ekonomi Malaysia akan berkembang.

Jangan pula terkejut apabila barang keperluan harian akan dinaikkan sebanyak mungkin untuk menjana ekonomi Malaysia kelak.

Betullah slogan yang dilaungkan oleh PM dan sekutunya "RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".Kalau fahami sedalam-dalamnya,Rakyat didahulukan oleh kenaikan taraf hidup yang membimbangkan,pencapaian poket mereka diutamakan.

Fikir-Fikirkanlah.

 Azrin Irwan

Tuesday, October 20, 2009

Monday, October 19, 2009

Hebatnya 1 Malaysia


Utusan Malaysia hari ini melaporkan jumlah yang hadir pada majlis perasmian 1 Malaysia di Ipoh adalah 50,000 orang. Hebatnya rakyat Perak mendokong 1 malaysia.

Malam tadi juga, kepimpinan Cabang Bukit Gantang mengadakan mesyuarat bulanannya tanpa kehadiran seorang naib, sebelum itu beliau teleh memohon agar diberi pengecualian untuk hadir atas alasan bekerja-menghantar orang Bukit Gantang ke Stadium Ipoh. 

Sembang-sembang selepas itu mencungkil bahawa setiap DUN di Perak ini telah diluluskan perbelanjaan untuk menyewa bas sebanyak 5 buah dan diluluskan untuk dibayar RM1,000.00. Untuk program ini sebuah bas hanya dibayar RM750.00, RM250.00 untuk cukai apa tak tau? Untuk Parlimen Bukit Gantang, kita dirangkumi oleh 3 DUN.


Beberapa hari sebelum itu setiap ketua kampung telah pergi ke Pejabat Daerah untuk mendapatkan wang saku bernilai RM400.00 seorang untuk diagihkan kepada anak-anak buah beliau untuk menghadiri program 1 Malaysia di Ipoh. Bukit Gantang ada +-42 buah kampung. Yang aku dengaq depa dapat sorang RM10.00, Bas boleh muat berapa orang tah? duit yang baki tu macam mana?


Untuk parlimen Bukit Gantang sahaja jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan:
5 buah bas untuk 1 DUN X 3. Sebuah bas RM1,000.00
5 X 3 X RM1,000.00 = RM15,000.00
Wang saku
+-42 X RM400 = +-RM16,800.00
Parlimen Bukit Gantang sahaja RM31,800.00.


Bila dah sampai di Stadium Ipoh nanti tak kan tak dak makan dan minum untuk pakcik makcik dan bebudak Bukit Gantang. Semua tu bukan free.

Itu untuk Bukit Gantang saja, belanja protokol, sewa stadium, upah juru acara, ambil masa polis jaga parking dan dan dan............mau RMsejuta pa?


Mudahnya di keluarkan perbelanjaan sebanyak tu, duit dari perbendaharaan negeri Perak pulak tu. Masa aku tolong YB Tai & YB Osman dulu begitu susah mereka nak luluskan peruntukan untuk rakyat, beratus alasan. 

Rakyat didahulukan?


Khairul Azman

Istimewanya anda kepada saya



Beberapa hari ini rakan-rakan saya di dalam perjuangan akan menerima kad ucapan Deppavali. Mungkin telah adapun yang menerimanya Ucapan kami sebelum ini ditujukan kepada umum khasnya kepada semua penganut hindu. Hanya beberapa penerima sahaja dikirimkan kad ucapan ini iaitu mereka telah menjadi ahli parti. Khas untuk perayaan ini-Deepavali.

Saya pernah melalui masa seperti penerima-penerima kad ini dan dari sini saya belajar tentang kehidupan. Waktu itu saya masih terlalu muda dan melihat dunia tanpa ada kepincangan. Saya meletak harapan penuh kepada pemimpin tanpa merasa curiga. Menerima apa saya yang diretorikkan dalam media arus perdana, sumber maklumat saya hanyalah itu. Tidak terdetik di dalam hati bahawa mereka menikam saya dari belakang jesteru itu saya memberi kepercaaan penuh dan mengundi mereka.

Kepada semua yang telah menandatangan borang keahlian, jangan ada di dalam hati terdetik bahawa aku menjadi ahli ini adalah untuk mendapat kepentingan, tidak dan sorry, kami di pimpinan tidak melayan detik-detik seperti ini di hati anda. Apa yang anda boleh harapkan adalah kepuasan membantu menegakkan kebenaran, membela mereka yang teraniaya. Lanjutnya membantu mencapai hasrat 17 perkara perjuangan parti. 

Bermula menjadi ahli inilah saya dididik sehingga menjadi apa yang anda kenali pada diri saya lani. Saya tegaskan bahawa saya adalah orang yang paling lemah kiranya pada waktu saya mula menjadi ahli. Dari satu takat ke takat yang lebih baik saya dibimbing oleh rakan-rakan senior dan proses ini terus dan berlanjutan sehingga lani. Itu juga yang kami akan lakukan kepada semua ahli yang mempunyai cita-cita.

Obama juga tidak lahir hari ini hanya kerana bakatnya dan terus menjadi seorang pemimpin, beliau telah dididik oleh institusi parti yang mendokong beliau. Proses yang panjang ini berjalan kerana beliau seorang ahli.
Tidak semestinya untuk menjadi manusia yang berkualiti kita mesti menjadi ahli. Ada banyak cara lagi, tetapi belajar dari pengalaman hidup hanya akan diperoleh jika kita menempuh sesuatu keadaan. Jika kita tidak menjadi ahli, kepimpinan tidak akan memberi kepercayaan dan peluang kepada kita untuk melaksanakan tugas dan tanpa tugasan kita tidak mungkin memperoleh pengalaman.

Selama saya di dalam parti, tidak pernah lagi kepimpinan memberikan tugasan tanpa diberi tunjuk ajar terlebih dahulu. Benar sukar pada awalnya dan akhirnya "alah bisa menang biasa".

Ayuh anak-anak muda Bukit Gantang, mulakan dari lani, timbalah ilmu dan pengalaman untuk kita memberi harapan baru kepada bakal anak dan cucu. Jadilah ahli - Langkah pertama untuk itu.

Khairul Azman Bin Ahmad

Sunday, October 18, 2009


Keputusan Nizar VS Zambri pada 5hb Nov 2009. Nizar akan mengadap sultan apabila keputusan berpihak kepadanya dan memohon pembubaran DUN.

Keputusan penghakiman bicara kes ketua kampung akan diketahui pada 3hb Nov 2009.

Keputusan samada Sivakumar atau SPR yang mempunyai hak untuk menentukan 3 DUN kosong. Dan jika Sivakumar yang berhak, bersedialah kita untuk pilihan raya kecil di tiga DUN ini.

Keputusan dijangka diketahui pada tengahari 22hb Okt 2009.

Monday, October 12, 2009

KENAPA TAK IKUT PERLEMBAGAAN?

Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat tertubuh, ia telah menjalankan apa yang tertulis pada undang-undang tubuh Negeri Perak. Artikel ini khasnya kepada perlaksanaan perlantikan ketua-ketua kampong.


Amalan dari kerajaan sebelumnya adalah semua ketua kempung adalah dilantik dari kalangan orang yang dipercayai oleh pimpinan bahagian parti pemerintah. Saya tak tahu dari fasal mana tafsiran ini diambil dan oleh kerana ia dah menjadi amalan maka ia dikira betul oleh rakyat Perak.


Kerajaan Pakatan Rakyat telah membetulkan amalan bidaah ini dan pada 22/6/2008 berlakulah pilihanraya untuk memilih ketua kampong masing-masing. Menariknya, tidak kira samada calun adalah dari penyokong kuat PAS, Keadilan atau DAP malah dari mana-mana komponen BN pun ada menjadi calun.


Terbukti Kerajaan Pakatan Rakyat menyerahkan hak memilih ketua kampong kembali kepada yang hak. Maka terpilihlah ketua-ketua kampong dari ahli PAS, Keadilan, DAP dan ada juga yang terpilih dari komponen BN.


Tak ada kurangnya cara pemilihan ini, malah ketua kampong dari awal lagi teleh mempromosikan diri, ialah nak menang kenalah kempen. Dengan tidak langsung ketua kampong secara sendirinya termesra dengan anak-anak buahnya. Urusan pentadbiran tentunya lebih mudah. Suasana harmoni di kampong dapat dirasa dengan program-program yang dianjurkan. Walaupun tugas terganggu dengan kehadiran ketua kampong yang dilantik dari pusat (JKKP).


Tetapi setelah kerajaan minority pakatan rakyat dinafikan hak memerintah, nasib yang sama juga menimpa ketua-ketua kampong. BN telah menidakkan apa yang terkandung pada undang-undang tubuh Perak dengan melantik ketua-ketua kampong baru. Amalan bidaah dihidupkan kembali.


Esok (13-10-09) perbicaraan siapa yang hak menjadi ketua kampong akan diteruskan. Kalau saya yang jadi hakim mudah sangat untuk buat keputusan. Biar peguam berdebat, yang saya nak tau adalah perlantikan ketua kampong itu mengikut peraturan. Dan yang mana ikut peraturan. Tentulah keputusannya yang tak ikut peraturan tu kalah.


Siapa yang tak ikut peraturan?



Khairul Azman Bin Ahmad

Sunday, October 11, 2009

Are we living in a real life?



We are saying that we are doing the best for the people. We are taking step to improve the way we govern. We show that we are working together to do all the above. These are the thing that we are telling the world.


Today at by election of Bagan Pinang the BN had won with a biger majority of 5435 an increase of 232.96%


This show that what we are doing didn’t reflected to the people at Bagan Pinang. We are now seeing a trend of losing the battle. First, Manik Urai and now this.


Generally, what are we doing to win the heart of the voter? What ever positive we do, the media didn’t help but vise versa. The voter seems like depending it all to the main stream media. So stop doing the vise versa.


I ask for the top thinker of PR. Sit down and look back what we have done right but seem wrong or worse really wrong?


We have a long way to go, it will be bad if this trend keeps going on till PRU13.

Selamat Hari Deepavali




May this light of happiness
Light ups your life
May this Deepavali
Be the most sparkling and lightening
The sight and sound filling up your heart
With joy and happiness


Wishing all


Happy Deepavali

Thursday, October 8, 2009

Nizar & Mansor Hadir Pada Jamuan Rakyat Bukit Gantang

Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin memberi penerangan isu Perak dan Bagan Pinang

Pengunjung majlis yang berbilang bangsa


Terima kasih kepada yang hadir terutama Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan isteri Datin Seri Fatimah Taat, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Dr Mansor Osman dan rombongan dari Pulau Pinang, Barisan pimpinan Keadilan cabang-cabang seluruh Perak, Barisan pimpinan PAS Kawasan dan Barisan Pimpinan DAP serta semua yang hadir pada Majlis Jamuan Rakyat sempena Aidil Firti 1430H.

Dato Seri Nizar dalam ucapannya di Jamuan Rakyat sempena aidil Fitri Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang menyatakan kepimpinan utama UMNO jahat, zalim, kejam, pengkhianat, perkauman, pembohong dan gagal menyatu-padukan rakyat.

Kehadiran rakyat berbilang bangsa pada malam itu membuktikan masyarakat lebih mempercayai kepimpinan Pakatan Rakyat daripada momokan UMNO BN yang hanya pandai berkata retorik tetapi sebaliknya tidak mahu melihat masyarakat berbilang kaum di Malaysia bersatu padu. Sehingga kini UMNO BN masih berpolitik berasaskan kaum.

Harapan diberikan kepada rakyat Perak untuk Pakatan Rakyat kembali memerintah Perak berikutan ketakutan speker haram BN Datuk R Ganesan yang diimport dari hutan Sungkai untuk memanggil sidang dewan. Beliau sedar yang beliau adalah speker haram yang belumpun mengangkat sumpah.

Meyentuh Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang Nizar mendakwa "Isa Samad adalah bapa kepada rasuah". Penyokong Isa di Bagan Pinang begitu buta memberi sokongan kepada Isa dan mengugut memboikot pilihanraya jika Isa tidak dipilih sebagai calun. Sebenarnya Najib telah ada calon lain dan beliau terpaksa akur dengan ugutan penyokong Isa sekaligus menunjukkan kelemahan beliau sebagai seorang pimpinan tertinggi UMNO dan Perdana Menteri.

”Pencapaian Diutamakan, Rakyat Didahulukan”.

Oop silap

"Najib mendahului Isa dan ugutan kroninya, bukannya rakyat" tegas Nizar.

Rumah Terbuka Aidil Fitri Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak

Peta Lokasi Rumah Terbuka Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak


Klip pada peta untuk besarkan

Saturday, October 3, 2009

Pengamal Machiavellian


Artiel saya dengan tajuk Rukun Negara, 29hb Sept ini, Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad dan Machiavellian adalah berkaitan antara satu sama lain. Khasnya semuanya ada kena mengena dengan perkataan Machiavellian, susah nak sebut tapi selesa kita guna matlamat menghalalkan cara. Difinasi dalam bahasa orang puteh adalah seperti artikel Machiavellian.

Asal perkataan ini adalah dari nama seorang penulis Itali yang bernama Niccolo Machiavelli yang juga seorang ahli politik. Machiavellian adalah lontaran idea beliau berkenaan cara mengekalkan kuasa seseorang yang ingin terus berkuasa.

Ramai yang telah tahu idea ini. Dan bagi yang mempunyai pinsip dan moral tentu akan cuba untuk mengelaknya. Ramai juga yang secara tidak sedar mengamalkan Machiavellian dalam kerjaya. Contoh: aku nak naik pangkat juga. Peduli apa dengan nasib pesaing aku bila aku fitnah dia. Matlamatnya-naik pangkat, caranya-fitnah orang lain. Adalah orang macam ini baik untuk masyarakat kita? Itu contoh kecil.

Lihat pada politik: Matlamatnya: Naib Presiden Parti. Caranya: Pelitik wang dengan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi. Itu yang telah dibuktikan dan adalah orang macam ini baik untuk masyarakat kita?

Pepatah melayu ”Anjing biasa makan tahi, jika tidak makan, dicium ada juga”. Apabila kita memilih pemimpin, kita harus melihat aspek ini dan melihat dengan lebih jauh. Untuk apa pemimpin itu dipilih. Kita mahukan pemimpin yang boleh memajukan negara dengan cara bermoral. Saya tak dapat bayangkan apa yang akan dilakukan setelah orang yang telah terbukti kesalahannya dinobatkan sebagai wira. Seolah dirinya direstui oleh rakyat dan bolehlah dibuat apa saja untuk dirinya.

Machiavellian

adjective

1. of, like, or befitting Machiavelli.

2. being or acting in accordance with the principles of government analyzed in Machiavelli's The Prince, in which political expediency is placed above morality and the use of craft and deceit to maintain the authority and carry out the policies of a ruler is described.

3. characterized by subtle or unscrupulous cunning, deception, expediency, or dishonesty: He resorted to Machiavellian tactics in order to get ahead.

noun

4. a follower of the principles analyzed or described in The Prince, esp. with reference to techniques of political manipulation.

Word Origin & History (Machiavellian)

1568, "cunning, deceitful, unscrupulous," from Niccolo Machiavelli (1469-1527), Florentine statesman and author of "Del Principe," a work advising rulers to place advantage above morality. A word of abuse in Eng. well before his works were translated ("The Discourses" 1636, "The Prince" 1640), in part because his books were Indexed by the Church, in part because of Fr. attacks on him (e.g. Gentillet's, translated into Eng. 1602).

Mohd Isa bin Hj. Abdul Samad



Berikut adalah artikel berkenaan yang saya ambil dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Mohd_Isa_bin_Hj._Abdul_Samad.

Tan Sri Mohd Isa B Hj. Abdul Samad (lahir 14 November 1949) merupakan bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Naib Presiden UMNO. Beliau juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dari April 1982 - Mac 2004.

Latar belakang

Tan Sri Isa Samad dilahirkan di Melaka dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Pinang, Port Dickson dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya sebelum bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Datuk Abdul Razak, Seremban (1973-1978).

Isterinya Puan Sri Hazizah Tumin yang dikahwini pada 26 Nov 1977. Hazizah Tumin meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Cheras, Kuala Lumpur pada 7 Disember 2005. Beliau mengidap kanser parotid yang dihidapi sejak 1995.
Anak mereka bernama Mohamad Najib (27), Megawati (24),Lelawati (21) , dan Juhaida (16).

Politik

Tan Sri Isa memulakan kerjaya politiknya pada tahun 1978 dengan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Linggi. Nombor keahlian UMNO beliau ialah No 22.Kemudian beliau dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Sembilan sehinggalah pilihanraya 1982. Di peringkat akar umbi, beliau menjadi Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang, Port Dickson sehingga sekarang.
Pada tahun 1993, Tan Sri Mohd. Isa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO akan tetapi beliau tewas kepada Tan Sri Rahim Thamby Chik. Di dalam pilihan raya 1999, Isa Samad menewaskan Dr. Rosli Yaakop dari PAS di kawasannya, N29 Linggi.

Dalam Perhimpunan Agung UMNO 2000, Isa Samad bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO tetapi tewas. Menteri Besar yang turut tewas ialah Datuk Seri Abu Hassan Omar, Datuk Osu Sukam, dan Datuk Abdul Ghani Othman. [1]
Dalam pilihan raya 2004 Isa Samad bertanding di kawasan Parlimen Jempol. Sebelum ini parlimen Jempol dimenangi oleh Datuk Khalid Yunus (BN).

Isa Samad kemudiannya dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sehingga 2005.
Mohd. Isa memenangi jawatan Naib Presiden UMNO bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi iaitu tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).

Digantung keahlian UMNO

Lembaga Disiplin Umno menggantung keahliannya selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008) berhubung amalan politik wang dalam Perhimpunan Agung UMNO 2004 selepas menangi jawatan naib presiden. Lembaga Disiplin UMNO dipengerusikan oleh Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail. Beliau bersalah terhadap lima daripada sembilan pertuduhan politik wang.

Antaranya membabitkan penganjuran pertemuan, mengadakan majlis makan dan memberi wang untuk membeli undi.Salim Shariff yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jempol turut digantung keahlian selama sepenggal atau tiga tahun. Semua jawatannya dalam parti, termasuk sebagai ketua Umno bahagian Teluk Kemang digantung.

Pada 6 Julai 2005 , Majlis Tertinggi (MT) Umno menolak rayuan Isa Samad tapi mengurangkan hukuman penggantungan dari 6 tahun kepada 3 tahun sahaja. Pada 23 Jun 2008, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menghantar surat kepada Isa Samad.

Kes Isa Samad ini berkait dengan kenyataan oleh Datuk Seri Rais Yatim tentang 18 orang yang akan ditahan untuk disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah. Ketika itu Rais Yatim merupakan Menteri Kehakiman Malaysia.
Berikutan daripada digantung keahlian, Mohd Isa telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan pada 17 Oktober 2005.

Kenapa Aku Di Sini?