Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Sunday, December 27, 2009

Lawatan Pengurusan


Jika di jabatan kerajaan, lawatan pengurusan akan menyebabkan jabatan yang hendak dilawat itu kelam kabut. Semua di jabatan tersebut mesti tip top.

Walhal, jika tidak, jabatan tersebut dan jabatan-jabatan lain adalah yang sepertimana kita tahu prestasi dan layanan mereka kepada rakyat. Moga kenyataan ini tidak benar dan mereka telah berubah.

Semalam, 26 Dis jam 9 malam adalah lawatan pengurusan pertama Pimpinan AMK Perak ke Cabang Bukit Gantang. Seperti namanya, ia bertujuan melihat prestasi AMK Cabang. Tidak sepeti lawatan pengurusan sektor kerajaan, lawatan ini lebih kepada penerangan dan dialog.

Keutamaan adalah untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan AMK cabang seterusnya kekuatan itu perlu diteladani AMK cabang lain dan kelemahan yang ada diatasi dengan bantuan AMK negeri.

Wakil AMK Negeri terdiri dari Ketuanya YB Yunus Jamhari, Timbalan YB Chan Ming Kai dan Naib yang juga penyelia Zon Utara En Romihadi.

Saturday, December 26, 2009

Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bas Express

Sepuluh penumpang maut manakala dua lagi cedera dengan seorang daripadanya parah apabila bas dua tingkat Sani Express terbabas dan melanggar pembahagi jalan di KM272.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, kira-kira lapan kilometer selepas Plaza Tol Ipoh Selatan, awal pagi ini.

Ketua Polis Trafik Negeri Supt Wan Abdullah Ishak berkata mereka yang terbunuh dalam kejadian pukul 1 pagi itu ialah:

1. Shaharin Mohd Nor, 61, dari Taman Setia, Klang, Selangor;

2. Supiah Adam, 46, dari Taman Setia, Klang, Selangor;

3. Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah;

4. Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dari Sungai Besar, Selangor;

5. Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar, Perlis.

6. Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor;

7. Ng Kah Kit, 14, Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah;

8. Ng Poh Ngoh, 23, dari Alor Setar;

9. Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21, dari Sungai Petani, Kedah;

10. Identiti mangsa belum dikenal pasti - wanita dipercaya Melayu.

Wan Abdullah berkata penumpang yang cedera parah dikenali Md Razip Fadzir, seorang anggota tentera manakala penumpang yang cedera ringan ialah Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah.

Katanya kedua-dua penumpang yang cedera kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh manakala kesemua mangsa yang maut juga dibawa ke hospital yang sama untuk bedah siasat.

Wan Abdullah berkata semua yang terbunuh dan cedera merupakan penumpang yang duduk di tingkat bawah bas dua tingkat berkenaan manakala semua penumpang di bahagian atas serta kedua-dua pemandu bas tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata bas ekspres itu berlepas dari Klang, Selangor pada 9 malam tadi menuju ke Kangar dan membawa 48 penumpang.

"Di tempat kejadian, bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudiannya melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

Beliau berkata besi daripada pembahagi jalan yang menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan yang pertama (rempuhan di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Wan Abdullah berkata pemandu yang memandu bas ketika kemalangan itu telah ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Difahamkan pemandu yang ditahan itu baru sahaja mengambil giliran memandu selepas bas itu berhenti di Hentian Sebelah, Simpang Pulai dekat sini sebelum kejadian.

Sementara itu, seorang daripada penumpang yang terselamat, Marziana Mahmud, 24, mendakwa pemandu bas tersebut kelihatan mengantuk sebelum kemalangan tersebut.

"Bas dipandu dalam keadaan tidak stabil, terhoyong-hayang ke kiri...kanan sebelum kejadian," dakwa penjawat awam itu yang duduk di bahagian depan di tingkat atas bas berkenaan.-Malaysiakini.com

Kami AMK Bukit Gantang mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah.

Friday, December 25, 2009

Terkini Ceramah AMK Di Bukit Gantang

Tepat dimulakan jam 9.15 malam dengan permintaan YB Yunus selaku pengerusi pada malam ini meminta hadirin mengambil tempat.

Dimulakan acara ini dengan bacaan doa oleh Ketua Angkatan Muda Bukit Gantang En Khairul Azman seterusnya menjemput YB Yunus meyampaikan ucapan.

Ust Akmal memberi ucapan yang ringkas tapi padad, beliau bergegas ke program lain.

Kini jam 10.13:  YB Zuraida sedang berucap.

Jam 10.48 -Cikgu Fariz Musa sedang berucap.

Jam 11.17 - Che'guBard sedang berucap, menariknya isu babi. Negara ini tidak akan bebas jika kita hanya duduk di rumah dan mengeluh. Negara juga tidak akan berubah tanpa usaha.

Hebat ucapan CheiguBard, pengerusi majlis pun tak sedar Chegu telah langga masa kecederaan. Lani Dr Lee sedang berucap, tinggal 15 minit saja sebelum jam 12.

To all our Christian friends


Wednesday, December 23, 2009

Lepas satu-satu, kenapa tak faham-faham



Baru akhir bulan lepas Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) di tempatkan ke tangga ke 32 sebagai salah seorang peyumbang pemikir dunia. Untuk artikel penuh kunjungi sesawang di bawah.

http://www.foreignpolicy.com/articles/2009/11/30/the_fp_top_100_global_thinkers?page=full

Sebelum itu The Royal Islamic Ctrategic Studies Center juga menyenaraikan DSAI diantara 500 muslim paling berpengaruh, Nik Aziz juga tersenarai.

Untuk artikal penuh kunjungi sesawang di bawah.

http://www.rissc.jo/docs/muslim500-1M-lowres3.pdf


Hari ini pula International Association of Political Consultants menganugerahkan DSAI pingat demokrasi.

Setiap tahun organisasi tersebut menganugerahkan Pingat Demokrasi kepada individu yang dirasakan layak kerana kegigihan memperjuangkan keadilan dan menentang kezaliman.

Lepas satu-satu anugerah dan pengiktirafan diterima DSAI untuk kepentingan rakyat. AMK Bukit Gantang telah lama faham sumbangan DSAI, yang hairan kenapa yang lain-lain tak faham-faham.

Tuesday, December 22, 2009

Waw, Ramainya yang hebat

Jam 6 tadi aku menerima panggilan dari Pejabat Parti (tropikana), "Khairul, Cikgu Faris dan Jonah akan join ceramah hang 25hb ni".

Cikgu Faris (Fariz Musa) adalah Timbakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia dan Jonah (Khairul Anuar Ahmad Zainudin) adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor. Pada 18hb Dis lalu Jonah telah ditahan polis kerana dituduh menghasut rakyat membenci kerajaan.

Untuk makluman semua kami tak pernah menghasut rakyat membenci kerajaan. Itu kenyataan yang amat salah. Kerja kami adalah menyatakan yang benar terhadap UBN, dan jika rakyat benci, bukan benci kerajaan tetapi UBN.

Menarik latar belakang Jonah, beliau adalah calun di Parlimen Pekan, Pahang pada pilihanraya Mac 8, dimana beliau bertanding mentang Najib Razak.

Cikgu Faris pula pada tangannya lahir ramai pimpinan muda yang terer berceramah. Kalu anak murid dia pun boleh gegar dewan, tunggulah cikgunya pula berceramah.

Selain mereka ceramah turut disertai En Badrul Hisham Shaharin (Che'guBard), YB Dr Lee Boon Chye-Ahli Parlimen Gopeng, YB Abdul Yunus Jamhari (Ketua Angkatan Muda Perak), YB Zuraida Kamaruddin-Ketua Wanita Keadilan dan Akmal Kamarudin-Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Perak.

Saturday, December 19, 2009

3 Hari Lagi Tarikh Akhir Untuk Meyertai Pertandingan Mencari Harta

Perincian pertandingan telah di posting bertarikh 13 Dis 2009.

DSAI Sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat


Pada ucapan penutup konvention Pakatan Rakyat petang tadi, YB Karpal Singh yang berkerusi roda telah mengumumkan kesediaan DAP mengangkat Dato Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sebagai ketua umum Pakatan Rakyat. Kenyatan ini datang dari seorang pimpinan tertinggi DAP dan disambut dengan tepukan gemuruh dari perwakilan yang terdiri dari pimpinan tinggi Keadilan, PAS dan DAP di peringkat Cabang.

Tersiratnya dengan tepukan dan sambutan itu adalah kesediaan semua parti mengangkat DSAI sebagai Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Bertuahnya kita ahli Keadilan jika hasrat Karpal menjadi kenyataan.

Karpal juga menyentuh kes DSAI adalah direka demi menidakkan peranan aktif DSAI dalam politik negara. Beliau kemudian berjanji dengan kudrat tangan yang ada padanya untuk memastikan DSAI terselamat dari konspirasi untuk menjatuhkan Anwar kali ke 2. Janji Karpal ini disambut dengan laungan HIDUP KARPAL dari perwakilan.

Termertrai Dokumen Dasar Pakatan Rakyat



Tiga pimpinan utama Pakatan Rakyat menandatangani Dokumen Dasar Pakatan Rakyat




Termetrinya Dokumen Dasar Pakatan Rakyat

Pada jam 5.35 tadi ketiga tiga pimpinan utama Keadilan, PAS dan DAP telah menandatangani Dokumen Pertama Dasar Pakatan Rakyat.

Sekaligus menafikan fitnah UBN menyatakan pakatan rakyat tidak mungkin bersatu.

Proses memnandatangani dokumen tersebut disaksikan lebih 1500 orang perwakilan yang terdiri dari perwakilan Keadilan, PAS dan DAP.

Konvention pertaman Pakatan Rakyat diadakan di Auditorium MBJS Shah Alam dan menjadi sejarah permulaan perjalanan untuk menawan Putrajaya.

Di Konvention ini juga dilihatkan kesefahaman kepimpinan sepertimana yang tersirat pada gambar ini


Karpal diapit oleh Nik Aziz dan Hj Hadi, Suatu keadaan yang diretorikkan UBN tidak mungkin akan berlaku.

Diari Aku Hari Ni


Bangun lebih awal dari biasa, semangat yang lebih sikit hari ini untuk memulakan hari baru,. Pagi-pagi memandu ke Miharja untuk ambil train untuk ke Shah Alam, Sampai di Miharja jam 7 pagi.

Harapan aku perjalanan untuk ke Shah Alam Lacar meleset, Train untuk ke Shah Alam Amat lewat dan hanya dapat mula perjalanan dari Bank Negara jam 8.50 pagi. Inilah hadiah untuk rakyat untuk sistem pengangkutan kelas pertama.

Alhamdulillah sampai juga aku di Auditorium MBSA untuk “Konvention Pakatan Rakyat Kali Pertama”. Walaupun lewat dan sakit hati dengan menunggu sistem pengangkutan awam tadi, tapi puas hati dengan keadaan di dewan. Hidup Pakatan.

Thursday, December 17, 2009

Awal Muharram-Doa Awal Tahun

 
Maksudnya:


Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. 

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:

"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".


Sunday, December 13, 2009

Peraduan Mencari Harta Treasure Hunt

Angkatan Muda Cabang Bukit Gantang menganjurkan Peraduan Mencari Harta (Treasure hunt) pada 26hb Dis 2009 dan pertandingan ini anjurkan secara tertutup hanya kepada ahli AMK Cabang sahaja.

Jumlah keseluruhan hadiah merupakan wang tunai berjumlah RM700.00.

Semua ahli AMK telah ditawarkan penyertaan melalui surat yang telah di pos pada 10hb Dis. Pendaftaran penyertaan boleh dibuat pada waktu pejabat di Pusat Khidmat Parlimen di Taman Molek Simpang dan Pusat Khidmat DUN di Kuala Sepetang sebelum jam 5 petang 22hb Dis 2009.

Syarat peyertaan dan peraturan pertandingan akan diserahkan semasa membuat pendaftaran.

Peyertaan dalam pertandingan ini adalah percuma.

Untuk sebarang pertanyaan, Bakal peserta boleh menghubungi saya atau ketua penerangan.


Khairul Azman Bin Ahmad

Wednesday, December 9, 2009

TERIMA KASIH KEPADA YANG HADIR

Saya ingin mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang telah menghadiri majlis perkahwinan saya pada 6hb Dis yang lalu.Kepada yang tidak berkesempatan menghadiri,saya paparkan gambar semasa majlis perkahwinan saya yang telah berlangsung pada hujung minggu yang lalu.


Monday, December 7, 2009

Selamat Pengantin Baru Irwan 2

Selamat pengantin baru Irwan, Saya doakan kebahagian anda bersama isteri sehingga ke akhir hayat.

Berlalulah zaman bujang dan tanggungjawab makin besar sekarang. Hidup dengan bertolaransi dan dan sentiasa kena faham memahami. Kena pandai bermain kata-kata agar isteri tak terguris hati.

Tingkah laku perlu sedap mata memandang agar tak rasa cemburu walaupun kadang-kadang manis tu ada jika isteri cemburu, apapun janganlah dibuat selalu.

Sesekali berilah hadiah walaupun tak ada benda yang disambut, isteri akan terkejut dan layanan tentu akan lebih hebat.

Walaupun pada awal hidup bersama ini banyak benda yang kurang, anda kenalah pandai mengurus agar semua kehendak isteri tertunai dan janji-janji semasa sebelum nikah dulu dapat dipenuhi, pandai-pandailah mencari helah agar dia tak marah.

Akhir kata: berbulan madu itu amalan, tetapi janganlah lama sangat. Kami AMK dan Cabang jangan dilupa pula, kepakaran anda amat kami perlukan.

Ps: cuba tukakarkan perkataan "anda" menjadi "YB" dan "isteri" menjadi "rakyat".



"Padan muka Khairul-Datang lambat ke majlis Irwan, pengantin pun dah tak pakai baju pengantin". Irwan 2 dari kanan dan isteri 2 dari kiri

Program AMK Perak di Cabang Larut



Lama sungguh dah rasanya aku tak mandi sungai, bila tengok anak-anak kawan berkubang tercabar juga ego aku untuk terjun sekali.

Elok juga sekali sekala melegakan kepala yang sentiasa serabut dengan aktiviti begini. Kalua tak di bebaskan semua masalah di kepala seketika boleh jadi biol.

Kawasan rekreasi Jelai menjadi pilihan EXCO Angkatan Muda Perak untuk melegakan tekanan politik di minda masing-masing.




Tahnia kepada Angkatan Muda Larut kerana berjaya menganjurkan aktiviti julungnya. Acara dimulakan dengan bacaan doa seterusnya ucapan dari wakil AMK Cabang Larut dan Ketua AMK Perak YB Yunus.





Program juga melibatkan penduduk setempat dengan satu slot menyampaikan sumbangan keperluan kepada yang kurang berkemampuan. Seramai 20 orang penduduk mendapat manfaat dari program ini.

Perkembangan IT


Jumaat 4hb Dis 2009-Kuala Lumpur Convention Center-5 ruang legar di sediakan penganjur (PIKOM PC Fair) untuk pengusaha dan pengeluar produk berasaskan IT. Satu peruntukan yang besar untuk pameran dan jualan.

Bila aku masuk ke ruang pameran pertama aku dah mula pening, aku bukan boleh tengok orang ramai macam ni, aku jadi rimas. Kalua aku tak salah kira lebih 5 ribu orang pada satu-satu masa. Waktu aku lawat tu antara jam 3 hingga 4 petang. aku tak dapat bayangkan bila waktu kerja dah habis atau pada hari cuti.


Semua yang melawat ke pameran tu wajib ada asas IT dan dijangka yang akan melawat pameran tu 12 jam sehari X 4 hari X +-3000 = 144,000 orang.

Itu untuk Lembah Kelang sahaja, pada waktu yang sama PIKOM PC Fair juga berlangsung di PISA Pulau Pinang. Jumlah 144,000 X 2. Itu jumlah anggaran mereka yang melawat PIKOM, bagaimana mereka yang tak melawat pula.

Perlu kita sedar, jumlah itu juga mengkin mempunyai email, membaca blog dan mendapat maklumat alternatif.

Pakatan Rakyat perlu sedar hal ini.

Sunday, December 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Irwan



Ya Allah, YaTuhanku.

Engkau Satukanlah Hati
ROHAYU & AZRIN IRWAN
Seperti Engkau Satukan
Adam Dan Hawa,
Yusuf Dan Zulaikha
Dan
Seperti Engkau satukan
Muhammad SAW Dan Siti Khadijah
Kami memohon Doa Restumu
Berkatilah majlis ini
Dan
Lindungilah kami Agar
la Berada Dalam
keadaan Yang sempurna
Semoga Jodoh Pasangan ini
ROHAYU & AZRIN IRWAN
Berkekalan sehingga
ke Akhir Hayat
Dan
Dikuriakan Zuriat
Yang Soleh Dan Soleha

Amin Ya Rabbal Alamin


Friday, December 4, 2009

PRK Parlimen Batu Belum Selesai Lagi



Protes Kezaliman Terhadap YB Tian




Ketua AMK Batu-Rozan bersama penyokong YB Tian


Sebentar tadi Mahkamah Rayuan menangguhkan sebutan rayuan YB Tian Chua atas kesalahan yang telah disabitkan kepada beliau.


Tian Chua didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis. Kejadian berlaku semasa Tian Chua dalam perjalanan untuk ke Parlimen yang mana pada waktu yang sama satu bantahan terhadap pindaan usia persaraan Pengerusi SPR.


Sabitan kesalahan dan hukuman terhadap Tian Chua boleh menyebabkan Kerusi Parlimen Batu yang disandang beliau kosong.


Walau bagaimanapun sehingga waktu ini sebab tangguhan sebutan itu tidak dapat dipastikan.


Sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh 29hb Jan tahun depan.Pada masa yang sama penyokong YB Tian Chua berhimpun di luar mahkamah memberikan sokongan moral dan membuat pendirian YB Tian Chua adalah mangsa perbuatan jahat agen UBN. 


Rakyat dan orang kebanyakan telah melihat kejadian yang didakwa terhadap Tian Chua dalam siaran youtube. Nyata yang dicederakan adalah Tian Chua bukannya seperti pertuduhan.

Wednesday, December 2, 2009

POLITIK MALAYSIA YANG ....


Salam perjuangan kepada semua. Terlalu lama tidak menulis di blog disebabkan urusan yang terlalu banyak untuk di settlekan.  Hari ini mungkin kerana terlalu banyak isu2 semasa yang semakin hari semakin menggelabahnya UBN terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat yang sangat diterima oleh rakyat.

Bermula dengan isu rampasan kuasa di Perak pada awal tahun, ianya telah merumitkan perjalanan kehidupan rakyat di Perak khususnya dan di '1 Malaysia' amnya kerana ianya berjaya membuktikan sistem kehakiman di Malaysia semakin 'membusuk' di mata dunia.


Selepas dari isu rampasan kuasa di Perak,  kita melihat UBN semakin hari semakin kucar-kacir.  Bermula dari isu perebutan kuasa Parti komponen UBN iaitu PPP ianya bertambah buruk semenjak merebak kesemua parti yang diterajui oleh UMNgOk.


Apabila kuasa PM di ambil-alih oleh PM sekarang, banyak lagi isu2 yang pada aku tekanan besar buat UBN. Selepas tewas dlm 7 siri PRK yang lalu, UBN semakin hari mengajak rakyat untuk memusuhi Pakatan Rakyat. Cuma bila PR kalah di DUN Bagan Pinang, media arus perdana UBN mula memainkan isu yang pada aku amat remeh.


Isu Kerajaan Perpaduan yang dilaungkan oleh UBN sememangnya tiada dalam kamus pimpinan PR, baik DAP, PAS mahupun KEADILAN. Selepas Pas tidak mahu bekerjasama dalam 'Kerajaan Perpaduan', UBN mula menyerang satu persatu pimpinan2 dari Pakatan Rakyat.


Ada yang mempertahankan pemimpin tersebut, ada pula yang terpaksa menyokong kenyataan yang dibuat  oleh pimpinan musuh, baik di laman sesawang mahupun di media akhbar parti.


Tindakan perakexpress yang menubuhkan UREKA adalah terpuji kerana sedikit-sebanyak bloggers dari Pakatan Rakyat mula berkongsi pendapat untuk menyerang UBN, tetapi malangnya kerana hanya lebih kurang 30% dari blog-blog Pakatan Rakyat yang menyerang UBN ( termasuklah blog AMK Bukit Gantang)


Mungkin selepas ini semua bloggers PR akan lebih bekerjasama terhadap isu2 yang sensitif terutama isu yang boleh menghalang Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. tetapi harus diingat jua PRK akan datang ( Kota Seputeh) akan menjadi satu transformasi kepada bloggers PR untuk memainkan peranan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.


Okaylah aku rasa cukuplah aku sentuh isu blog-blog PR terutama dari AMK seluruhnya. Insyaallah pada masa akan datang aku mungkin akan menyentuh isu kehakiman di 'Negaraku' pula.
Jika ada komen mengenai tulisan aku yang kureng ini, emailkanlah kritikan anda kepada azrinirwan@yahoo.com


SALAM PERJUANGAN

Tuesday, December 1, 2009

Fitnah Semakin Membusuk - mahkamah tinggi tolak permohonn Anwar

Permohonan saya untuk membatalkan pertuduhan fitnah telah pun ditolak mahkamah tinggi. Barisan peguam bela berhujah bahawa pertuduhan tersebut merupakan satu dakwaan jahat dan didalangi konspirasi politik.



Malah dikemukakan bukti penglibatan peguam negara dalam konspirasi kes terdahulu serta penglibatannya dalam pertuduhan terkini. Dilampirkan laporan suruhanjaya “mata lebam” yang menunjuki peguam negara terlibat memalsukan keterangan demi memastikan mereka yang mencederakan saya terlepas dari hukuman.



Manakala mahkamah berpendirian lapuran perubatan sahaja tidak memadai, peguam bela saya berhujah pertuduhan harus membuktikan adanya kemasukan atau tembusan, kerana itu mahkamah perlu mempertimbangkan laporan pusrawi dan hospital kuala lumpur yang jelas menunjukkan tidak berlakunya fitnah liwat itu.



Mahkamah tinggi hari ini juga memutuskan punyai kuasa untuk membatalkan satu pendakwaan bagi mengelak penyalahgunaan kuasa mahkamah: “Safeguard an accused from abuse.”Dihadapkan dengan bukti yang jelas sebegini pun mahkamah memilih untuk berpihak kepada pendakwa.



Mahkamah juga menetapkan tarikh perbicaraan pada 25 januari 09. Peguam Karpal Singh menegaskan bahawa Mahkamah Persekutuan masih belum memberikan keputusan bersabit permohonan kami untuk memperolehi dokumen. Hakim Abidin ringkas menjawab “tidak perlu”.



ANWAR IBRAHIM

Kenapa Aku Di Sini?