Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Sunday, February 28, 2010

Jangan Keliru

 
Gambar di atas bukan Masjid Al Aqsa, Ia adalah Dorm Of  The Rock.
Banyak gambar Masjid Al Aqsa tersalah cetak dengan imej ini di Malaysia.


 

Ini adalah gambar Masjid Al Aqsa yang sebenar.
Lihat pula dimana lokasi kedua dua kubah ini


Friday, February 26, 2010

Salam Maulidul Rasul

Thursday, February 18, 2010

Kes Fitnah DSAI Diteruskan

Keadilan SMS sebentar tadi memaklumkan yang hakim kes fitnah DSAI enggan menarik diri dan kini Karpal sedang menyoal balas saksi utama kes ini.

Wednesday, February 17, 2010

Firaun ditegur dengan berhemah

Asiah Binti Mazahim merupakan seorang wanita Mesir yang baik budi pekertinya dan bijaksana dalam pemikirannya. Oleh kerana dia memiliki kecantikan yang tiada tolok bandingan, dia dipaksa berkahwin dengan Firaun, raja Mesir yang berkuasa pada ketika itu.

Pada suatu hari ketika Asiah sedang duduk bersantai bersama dayang-dayang istana, dia terlihat sebuah kotak kayu terapung-apung di tepi sungai yang mengalir merentasi istana Firaun.

"Ambil kotak itu dan bawa kepada beta," arah Asiah kepada salah seorang dayang yang berdiri di tepinya.

Dayang mengangkat kotak kayu itu dari permukaan sungai lalu dibawakan kepada Asiah. Dia berdebar-debar untuk mengetahui isi kandungan kotak kayu itu.

"Comelnya bayi lelaki dalam kotak kayu ini!," jerit hati Asiah apabila penutup kotak kayu itu terbuka.

Pada ketika itu, Firaun telah memerintahkan rakyatnya membunuh semua bayi lelaki Bani Israel kerana dia bermimpi bayi tersebut apabila dewasa akan menghancurkan dan membinasakan kerajaan pemerintahannya.

Apabila berita penemuan bayi lelaki itu sampai ke telinga Firaun, maka dia bergegas ke tempat Asiah dan bayi lelaki itu.

Firaun memerintah pengawalnya membunuh bayi itu. sebelum perintah itu dilaksanakan Asiah berkata kepada Firaun.

"Kita tidak mempunyai anak lelaki  dan ia dapat kita jadikan anak angkat. Saya merayu supaya bayi ini tidak dibunuh kerana saya sudah sayang kepadanya.

"Dia akan memberikan manfaat kepada kita berdua apabila dewasa nanti", Asiah menghalang niat Firaun dengan kata-kata bijaksananya.

Firaun akur dengan permintaan isterinya dan Asiah memberi nama Musa kepada bayi tersebut dan memeliharanya sehingga dewasa di istana Firaun.

Firaun yang betulpun boleh bertukar niatnya jika ditegur dengan berhemah-Apa sangat firaun kecil (jika ada).

Tuesday, February 16, 2010

Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.

Nizar pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Pakatan Rakyat Perak di Dewan Persatuan Kwantung Perak Utara di Taiping  mendedahkan bahawa Yee (YB Jelapang) telah membeli sebuah rumah yang mana kelengkapanya terdiri dari perabut dan alatan elektrik mewah masih belum diperoleh.

YB Yee telah memberi isyarat kepada Zambry agar kelengkapan tersebut perlu disediakan.

Nizar menggambarkan bahawa Yee telah menguasai Zambry untuk mengadakan kelengkapan tersebut atau sebaliknya Yee akan beralih memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Zambry dilihatkan begitu lemah sehingga dapat dikuasai oleh seekor katak betina.

Seterusnya Nizar mengandaikan jika Zambry dapat dikuasai Yee seekor katak betina, bagaimana kuasa yang dipegang oleh katak-katak jantan dari Changkat Jering dan Behrang. Mereka juga tentu mempunyai tuntutan-tuntutan yang perlu dipenuhi Zambry.

Selain dari ADUN Bebas, Zambry juga menghadapi tuntutan-tuntutan dari lain-lain ADUN Barisan Nasional yang iri hati dengan layanan istimewa terhadap katak. Mereka juga mempunyai tuntutan-tuntutan dan semuanya memberi tekanan kepada Zambry agar dipenuhi permintaan atau berpaling menyokong PR. 

Sebelum Nizar Speaker Dewan Undangan Negeri YB Sivakumar juga menggambarkan pertelingkahan antara ADUN BN dan ADUN Katak dalam memenuhi kota jawatan EXCO. yang juga meletakkan kerajaan Zambry dalam kegawatan. Zambry sehingga kini masih gagal menamakan pemilik baki kerusi EXCO kesan dari desakan ADUN BN yang juga berhajat dan syarat yang ditetapkan oleh ADUN katak sebelum melompat.

Dengan kata lain Kerajaan Zambry yang sentiasa diugut.

Sunday, February 14, 2010

Friday, February 12, 2010

LAGI NAK LOMPAT

Sejak mahkamah mengumumkan siapa MB Perak,aku macam xde mood nak menulis di blog,mungkin sebab sibuk.Tapi bila aku tengok blog kengkawan yang lain ari nie ,rasa geram timbul untuk aku menulis semula.




Apa taknya,masih ada katak lagi dalam PKR.Yang nie punya pasallah.Hari ini diwar-warkan dalam kebanyakan blog kengkawan,Dato' Zahrain akan masuk UMNgOK dengan beberapa lagi YB Parlimen dari Pulau Pinang,semua dari PKR plak tu.


Apa bodoh sangat la YB nie,dah tak ingat ke apa yang terjadi kat PERAK???Dah setahun dah sejak katak 2 ekor dari PKR lompat,hancur dan gelap gelita harapan rakyat kat PERAK.Nampak sangat PKR nie pembela katak walaupun pimpinan pusat bersungguh - sungguh untuk menawan PUTRAJAYA.


AKu nak cadanglah kepada pusat,mulai hari ini perhambat semua katak-katak yang nak lompat atau pun ada rasa sikit nak lompat yang tak puas hati tu suruh je letak jawatan dari PKR dan pecat terus dari parti.


Biaq kita hilang kerusi sikit sebelum tak jadi ambilalih Putrajaya. Kepada katak katak atau yang sama waktu berambus la sekarang jugak sebelum rakyat muak dan menyesal memilih kamu sewaktu PRU yang lalu.Letak lah jawatan sebelum rakyat melaungkan KATAK DAN PENGKHIANAT di hadapan rumah kamu.


HARAM JADAH!!!!!

Tuesday, February 9, 2010

Di Luar Mahkamah Persekutuan

Irama untuk semua

Hari ni aku nak menghibur hati dengan rentak indah, hari ni saja-esok lagu lain.

NIZAR VS ZAMBRY,KEPUTUSANNYA

9.25am - Sejak pagi lagi ramai penyokong UBN dan PR telah berkumpul di perkarangan mahkamah di Putrajaya.sehingga berita ini di tulis YB Chan Lih Kang cuba ditahan oleh pihak pols dan di halang oleh penyokong,manakala beberapa pimpinan PR yang lain sedang melakukan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah.

9.45am - penyokong berbaju kuning hanya menerima RM20 dan berbuat bising dimahkamah.Para Peguamdah mula masuk ke kamar bicara.

10.15 -Polis arahkan laluan halaman di depan mahkamah dilapangkan  untuk memudahkan pimpinan dan semua kain rentang dari penyokong PR telah dirampas

10.20 - Ketua Hakim Malaya sedang membaca keputusan,manakala kes Liwat 11 di tunda keesokan hari.

10.35 - Masih belum ada keputusannya

11.00am - Pemberita mula berkumpul di pintu masuk & hadirin dah mula gelisah  tunggu keputusan

11.15am- Nizar kalah majoriti 0-5

12.00pm- Jangan kecik hati. Ini semua dah tertulis oleh bos Mahkamah iaitu PM 1 MALAYSIA 2 PERAK

Monday, February 8, 2010

Mengakar Merimbun Bukit Gantang

5 program mendekatkan pimpinan Keadilan Bukit Gantang dengan rakyat telah dijalankan serentak di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Semua program bermula jam 8.00 pagi iaitu:

  • Gotong Royong di Matang Gelugur,
  • Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah di Kamunting Station,
  • Bengkel Penceramah di Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang,
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur & Ang Pau di Kuala Sepetang dan
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur oleh Wanita & Angkatan Muda Keadilan di Kamunting Station.
Manakala sebelah malamnya, Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

Semua program ini memdapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat setempat. Angkatan Muda merakamkan ucapan tahniah kepada ketua-ketua ranting yang mengerakkan masyarakat dan dengan jayanya mengelola program.
 
YB Tai dan YDP PAS Ust Nordin bersama bergotong Royong Di Matang Gelugur
  
 
Pemeriksaan kesihatan-Mrs Tai dan YB Tai sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan

 
Blogger-PerakEx En Mat Saman Kati meyampaikan taklimat semasa Bengkel Latihan Penceramah yang diadakan di pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang

 
Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang bergabung tenaga dan dana meyampaikan sumbangan dan ang pau kepada penduduk kurang berkemanpuan di Kampung Baru Kuala Sepetang


Ketua AMK dan Ketua Wanita Keadilan meyampaikan sumbangan keperluan kepada orang kurang berkemampuan di sekitar Kamunting Station

 
 Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

Politik Malaysia Yang ... 2

Esok 9hb Feb 10 menjadi detik penentuan kepada episod duka di Perak samada PR akan menang atau kalah dalam peperangan politik di Negara Malaysia Yang 'tercinta.'

Telah menjadi amalan dalam setiap perbicaraan di mahkamah negara kita bahawasanya keputusan telah pun diketahui sebelum bermulanya persidangan terhadap sesuatu kes, terutama kes-kes yang melibatkan kepentingan terhadap parti UBN ataupun musuh politiknya.

Walau apapun keputusan yang telah didengari disetiap kedai kopi, aku masih menunggu keputusan yang sahih dari mahkamah esok. Andai lah perkarangan mahkamah esok dipenuhi oleh juak-juak UBN, maka janganlah kita sebagai pendokong kerajaan yang sah berasa kecewa sangat dengan keputusan yang bakal diumumkan, kerana pasti nya juak-juak UBN ini telah mengetahuinya terlebih dahulu keputusan tersebut.

Apa yang menyebabkan aku berfikir macam tu sekali? Cuba ingat kembali sewaktu DS Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah, di manakah juak-juak UBN ini? Tidak nampak pun kelibat mereka apatah lagi MB HARAM.Tetapi andai katalah doa rakyat Perak dimakbulkan,jangan lah pula kita lupa bagaimana juak-juak UBN ini memanupulasi mahkamah rayuan pula.

Ini semua hanyalah satu skrip yang diolah semula oleh pimpinan Najib yang menginginkan supaya kita sebagai pendokong kerajaan yang sah supaya leka dengan strategi UBN itu sendiri. Kita harus bersiap siaga terhadap sebarang keputusan selagi DUN PERAK tidak dibubarkan.

Ya kita sememangnya mahukan pembubaran DUN di Perak kerana kita menginginkan kerajaan yang stabil untuk memanyungi rakyat di negeri Perak.Esok lah bakal penentu segalanya.
 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan tahap keyakinan rakyat Perak terhadap halatuju negeri.

Aku akan cuba untuk mendapatkan maklumat dari mahkamah seawal jam 8 sekiranya tiada masalah. Dan esok aku berharap agar kita beramai-ramai memenuhi perkarangan mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap MB Halal DS Ir. Hj. Nizar bagi membolehkan PRK Negeri diadakan secepat yang mungkin.

Thursday, February 4, 2010

"Can I fuck you today"

 
Semua Orang Pergi Minum Pagi@Fucking

Hari ni di ofis aku jadi pemerhati dan mendengar dari celah-celah work station perbualan-perbualan penjawat profesional dan sokongan. Mereka ni kalu diberikan topik memang mahir membuat andaian.

Isu hangat hari ni adalah perletakan jawatan orang no 1 Najib dan kronologi Saipul diliwat. Hari ni semua orang tak segan mengajak rakan-rakan di khalayak ramai mengajak, "Can I fuck you today". Semua gembira dan tawa menyambut pelawaan itu dan ramai-ramai berjalan menuju pintu keluar pejabat. Rupanya pelawaan itu hanyalah mengajak kawan-kawan pergi minum (Sarapan).

Sebelum 1998, rakyat Malaysia taboo menyebut perkataan berkaitan sex, tatabahasanyapun jarang digunakan secara langsung. Selepas perbicaraan bermula ibu bapa terpaksa mencipta jawapan paling kreatif untuk menjawab soalan "Apa dia liwat" yang ditanya anak-anak mereka.

Fenomena baru terjadi hari ini, bila "Can I fuck you today" disamakan dengan santainya seperti mengajak kawan-kawan untuk minum pagi.

Kawan-kawan pejabat pula menerima pelawaan itu seolah telah lapar sangat. Atau yang mengajak itu ada kesaktian menundukkan yang dipelawa. Apapun kuasa sakti tidak boleh diterima di mahkamah.

Saipul-saipul...

Wednesday, February 3, 2010

PILIHANRAYA PERAK ????

Pilihanraya Negeri Perak semakin hampir? Betul ke??? Itu yang  menjadi persoalan di merata tempat yang menyaksikan semakin hari rakyat di Perak semakin meluat dengan pertikaman siapa MB yang sah.

 Ada yang bertanya pada aku,dan aku secara yakin menjawab bahawa DUN di Perak akan dibubarkan sedikit masa lagi.Mungkin selepas mahkamah mengumumkan keputusan yang telah tertangguh selama 3 bulan lebih.

  Ini disebabkan dari penglihatan gerak kerja yang UMNgOk lakukan di sekitar Parlimen Bukit Gantang.Dan aku menjadi semakin yakin apabila semalam aku berkesempatan untuk ke Ceramah Setahun Kerjaan KUDETA yang dianjurkan oleh PAS Kawasan di Markaz PAS Kg. Larut Tin.

 Aku pun tak tunggu sampai MB PR berucap.Cuma dari segi semakan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan akan berlaku PRK bagi negeri Perak atau setidak-tidaknya untuk DUN Changkat Jering.

 Kalau difikirkan logik,mana ada SPR mengeluarkan semakan daftar pengundi yang telah dipamerkan di setiap Pejabat Daerah dan Pejabat Pos pada awal tahun ini, kerana ianya baharu sahaja dikeluarkan. Apatah lagi dengan kehadiran Pengerusi SPR mengadap TUANKU Sultan Perak.

  Ini semua menunjukkan UMNgOk sememangnya membuat perancangan untuk mengembalikan sokongan terhadap mereka.Jangan pula lupa apa yang telah dipaparkan oleh MSK tentang masalah pengundi di setiap DUN.Ada yang telah mengundi untuk DUN lain pada PRU/PRK yang lepas,bila disemak semula nama mereka telah berada di DUN yang lain pula,samada dekat atau jauh sahaja.

  Dalam cakap-cakap kedai kopi yag sempat aku memasang telinga,ada yang mengatakan YB Ir.Hj.Nizar menang dalam kes SIAPA MB YANG SAH, tetapi pada aku keputusan yang membabitkan manusia ini akan berubah dari masa ke semasa.Jadi sebelum mahkamah mengumumkan keputusan tersebut,aku berharap agar semua rakyat baik di Perak dan Malaysia amnya untuk berdoa agar keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat pada 9hb Februari ini.

 Dan andai benar lah keputusan menyebelahi kita, kita perlu bekerja keras menumbangkan kerajaan KUDETA pada pilihanraya yang akan menjelma tidak lama lagi.

Monday, February 1, 2010

Majlis Makan Malam Sempena 10 Tahun Keadilan Bukit Gantang

Keadilan Bukit Gantang pada tahun ini genap 10 tahun membela rakyat di parlimen yang diwakilinya.

Daripada zaman kemuncak sokongan rakyat kepadanya pada tahun 1999 kemudian merudum hingga dikatakan telah tenat pada 2004 hinggalah bangkit semula pada tahun 2008.

Dalam meniti usia 10 tahun ini membuatkannya lebih matang dan rangka kerja lebih teratur. Ramai yang cemerlang hasil motivasi dan didikan parti. tidak juga kita lupa pada mereka yang lebih awal meninggalkan kita. Walau apapun Arwah Cikgu An-Pengerusi Tetap dan Puan Raja Haniza-Ketua Wanita tetap dikenang.

Walaupun amat nostalgia untuk berpindah dari pejabat lama yang telah disewa 9 tahun di Taman Simpang, namun kehendak untuk memajukan parti terpaksa diakur dan Keadilan Bukit Gantang kini beroperasi di Taman Molek. Di situ juga kami letakkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang.

Jumlah ahli bertambah dari hanya beberapa puluh pada awal tahun penubuhannya yang kini mencapai angka ribu.

Keadilan Bukit Gantang menerima tamparan paling hebat apabila wakilnya Kapt Osman mengkianati parti, perjuangan, rakyat yang mengundi dan rakyat negeri Perak. Keikhlasan Osman seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelita.

Walaupun  begitu, asas institusi keadilan adalah mengangkat 17 asas perjuangan membela rakyat dan ia hingga kini tidak lekang dari setiap matlamat penggeraknya.

Angkatan muda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja program ini, para penderma dan petugas-petugas yang tidak mengenal lelah. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan. Juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada En Lau Tek Hai, SU Cabang yang juga pengarah program ini.

Kenapa Aku Di Sini?