Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, January 31, 2011

Selamat Tahun Baru Cina

Friday, January 28, 2011

Jersi Baru Skuad Bola Sepak Perak dan Senarai Pemain Musim 2011





Jurulatih baru : Norizan Bakar (Cikgu Jan)
Penolong Jurulatih : Chong Yee Fatt

Jurulatih Piala Presiden : Abu Bakar Fadzim
Pembantu Jurulatih : Shamsul Saad

Senarai Pemain Terkini :

1 KHAIRUL AMRI
2 CHAN WING HONG
3 KHAIRI ZAINUDDIN
4 SYAHMAN ZAINUDDIN (MANDIN)
5 ARIFF ISMAIL
6 SYAZWAN ROSLAN (ATONG)
7 -
8 SHARULNIZAM MUSTAFFA (ARUL)
9 SYAFIQ JAMAL
10 NAZRI KAMAL (JELI)
11 MOHD SHAHRUL HAFIZ (BLACK)
12 KHAIRUL IZZAT JAMALUDDIN
13 -
14 AKMAL RIZAL
15 AZMEER YUSSUF
16 -
17 K.NATHAKUMAR
18 -
19 HAZRUL MUSTAFFA (o'oi)
20 HARIZUL IZWAN ABD RANI
21 KAMARUL EFFENDI (KE)
22 ISMA ALIF
23 RAZALI UMAR (EL TORNADO)
24 -
25 NASRIL NOURDIN
26 NURRIDUAN ABU HASSAN
27 NURUL NASRIQ
28 MOHD NASIR
29 -
30 KHALIS IBRAHIM


    Jersi Perak tahun ini ditaja oleh Specs,Harap-harap pasukan Perak tahun ini lebih kuat.Kejor Yob Kejor.





        Jangan lupa berikan sokongan anda terhadap skuad bola sepak Perak yang akan menentang Kuala Lumpur malam esok untuk perlawanan pembukaan Liga Super musim 2011.Semoga skuad Seladang menang....

Nik Aziz: MCA tak faham islam, UMNO pun sama

Thursday, January 27, 2011

JOM IMBAS KEMBALI : Ceramah DSAI pada Tahun 2008

          
             Ini adalah ceramah pertama DSAI selepas beliau ditahan lokap polis untuk siasat kes Liwat Saiful pada 18 jun 2008 di Cheng,Melaka.Jom kita layan video ini kembali,semoga kita lebih bersemangat berjuang dalam Pakatan Rakyat.Layan.........
                
                                                        
                                                                          Bahagian 1
                                                                    
                                                                    
                                                                         Bahagian 2
                                                                      
                                                                  
                                                                         Bahagian 3
                                                                
                                                                
                                                                        Bahagian 4

来吧,大家齐齐把票投给民联!!

                                                      
                                                                    

Wednesday, January 26, 2011

Anuar semakin bersemangat


RAJA Pecut 2010, Anuar Manan semakin bersemangat dalam misinya melakar kejayaan pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.
Selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua dari Kangar ke Butterworth kelmarin, Anuar sekali lagi mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan peringkat ketiga dari Taiping ke Sitiawan selaku naib juara.
Kejayaan itu telah menyuntik semangat pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) ini untuk memberikan cabaran lebih sengit kepada pencabar utamanya, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli.
Selepas berakhirnya tiga peringkat perlumbaan, kedua-dua pelumba itu berkongsi 51 mata tetapi Guardini lebih layak menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut kerana pelumba kelahiran Itali itu berjaya memenangi peringkat pertama dan kedua.
Begitupun, Anuar yang menjadi taruhan pasukan TSG tidak pulang dengan tangan kosong kerana dia masih mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia buat hari kedua berturut-turut.
Kelmarin, Anuar merampas Jersi Putih daripada pelumba pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Sung-baek yang tidak berkayuh pada peringkat ketiga selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan di Butterworth.
"Perasaan kecewa tetap ada sedikit kerana saya gagal memenangi perlumbaan peringkat ketiga hari ini (semalam) tetapi dalam masa yang sama, saya masih boleh gembira kerana tetap berada di atas podium.
"Sekurang-kurangnya dengan kejayaan menduduki tempat kedua hari ini (semalam) saya telah dapat memperbaiki pencapaian saya pada perlumbaan peringkat kedua semalam (kelmarin)," kata Anuar.
Jelas Anuar, dia agak keletihan pada perlumbaan itu kerana sering mengawasi kelibat Guardini yang berjaya menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketiga.
"Seperti yang kita ketahui, dia (Guardini) cukup berpengalaman dan dia tampil pada perlumbaan peringkat ketiga hari ini (semalam) dengan reputasi sebagai juara dua peringkat terdahulu.
"Jadi saya tidak mahu ketinggalan jauh di belakang Guardini dan cuba sedaya upaya untuk terus memberikan saingan kepadanya sejak awal perlumbaan lagi. Saya banyak membazirkan tenaga kerana mahu lawan Guardini," jelasnya.
Ketika menuju ke garisan penamat pada perlumbaan membabitkan laluan sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan semalam, Anuar dilihat agak sukar untuk menandingi kehebatan pelumba pasukan Skil Shimano Cycling, Marcel Kittel yang muncul juara.
"Hanya itu sahaja yang saya mampu lakukan kerana (Kettel) sudah agak jauh ke depan. Saya pula terpaksa bersaing dengan pelumba-pelumba yang lain dan hampir terjatuh," kata Anuar
Dipetik Khas Dari Media Khas Untuk Peminat Sukan Malaysia
        AMK Bukit Gantang : Semalam perlumbaan Peringkat 3 LTDL  Dari Taiping-Setiawan telah lalu di kawasan Parlimen Bkt Gantang.Ramai rakan sempat menonton perlumbaan bertaraf dunia ini secara`Live`.
       Terima Kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi melalui bkt gantang untuk perlumbaan LTDL tahun ini.Harap tahun depan lalu lagi dkt Bkt Gantang.
    

Ceramah Ketua Umum PKR Di Tenang


Bahagian 1


Bahagian 2



Bahagian 3

Tuesday, January 25, 2011

Tahniah Datuk Lee Chong Wei


          Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjaya menjuarai Badminton Terbuka Malaysia 2011 pada ahad.Semoga Datuk Lee Chong Wei terus menharumkan nama negara dengan kemenangan demi kemenangan.

         Pada perlawan akhir itu,Datuk Lee Chong Wei telah menundukkan Taufik Hidayat pemain dari Indonesia dengan  21-8,21-17.Chong Wei hanya mengambil masa selama 36 minit sahaja untuk menundukkan Taufik sebelum beliau dinobatkan Juara Terbuka Malaysia buat kali ke-7.

Monday, January 24, 2011

Ya Allah Kabulkan Hajatku


         Ayuh!rakan-rakanku yang beragama islam.Sebagai orang Islam sudah tentu kita tahu bahawa doa adalah senjata utama kita.Oleh itu,marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah semoga kemenangan berpihak kepada perjuang islam.Harapan kita agar kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihan Raya Dun Tenang ini.Amim
                                        
                          

APCO dan cabaran debat gegarkan Tenang

Tenang By-Election: 巫统国阵通通抢, UMNO BN Rompak Semua

Umno tak peduli Johor sebab kubu kuat - Chegubard

Friday, January 21, 2011

Gimik Facebook ditutup

Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial Facebook yang mencetuskan fenomena di kalangan masyarakat dunia.
TANGGAL 15 Mac 2011, satu tarikh yang dibimbangi oleh sebahagian besar daripada lebih 600 juta penduduk di seluruh dunia.
Masakan tidak apabila dunia kini sedang hangat memperkatakan mengenai laman sosial paling popular Facebook kononnya akan menamatkan riwayatnya pada hari tersebut.
Semuanya bermula daripada laporan akhbar Weekly World News kononnya pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, 27, sedang berhadapan dengan tekanan untuk menguruskan laman web itu.
Zuckerberg dilaporkan berkata, laman sosial itu sudah di luar kawalan beliau sehingga memberikan tekanan dalam menguruskan syarikat dan mengganggu kehidupannya.
“Saya perlu menghentikannya bagi mengelakkan tekanan ini,” katanya pada sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.
Dakwaan itu berlarutan apabila Zuckerberg dikatakan dalam satu temuramah menerusi telefon berkata, secara peribadi beliau tidak menganggap bahawa penutupan Facebook itu adalah satu keputusan besar.
“Secara jujur, ia (menutup Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpanya, orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan. Itu adalah lebih baik.
“Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya semula,” Zuckerberg dipetik sebagai berkata sehingga membimbangkan pengguna Facebook di seluruh dunia.
Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi dalam satu laporan lain pula dipetik berkata bahawa pengguna tidak lagi dapat memasuki Facebook pada 15 Mac ini.
“Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya menasihatkan supaya anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup,” jelas Avrat.
Sehubungan itu, Facebook mencadangkan penggunanya supaya memindahkan semua maklumat peribadi daripada laman web itu sebelum 15 Mac.
Kenyataan Kumpulan Data Facebook dalam profailnya yang memaklumkan bahawa tiada memo setakat ini bahawa laman sosial itu akan ditutup pada 15 Mac.
Selepas tarikh tersebut semua gambar, nota, pautan dan video di laman sosial berkenaan akan dipadamkan selama-lamanya.
Satu lagi fenomena
Jika hendak diikutkan banyak khabar angin memperkatakan tentang Facebook akan ditutup termasuk perdebatan mengenainya, sekurang-kurangnya sejak setahun lalu.
Wujud satu kumpulan dengan beraninya menubuhkan akaun di dalam Facebook sendiri yang dinamakan Shut Down Facebook (tutup Facebook).
Kumpulan itu menyediakan petisyen bagi memboikot Facebook namun akaun tersebut tidak aktif dan hanya mampu menarik perhatian kira-kira 200 orang ahli.
Pun begitu, penutupan Facebook pada 15 Mac ini terus menjadi sebutan yang dilihat sekadar khabar angin kerana masih belum ada kenyataan rasmi mengenainya.
Penafian daripada Kumpulan Data Facebook sedikit sebanyak menjawab persoalan dan kebimbangan sebahagian daripada lebih 600 juta pengguna laman sosial itu.
“Kami tidak mendapat memo untuk menutup (Facebook) maka kami akan terus bekerja seperti selalu. Kami tidak ke mana-mana kerana kami baru hendak bermula,” kenyataan mereka yang menarik perhatian lebih 71,550 pengguna dan 13,188 komen.
Kenyataan tersebut barangkali menggembirakan pengikut setia laman sosial itu namun belum diketahui selama mana tempoh perkhabaran itu dan kesahihannya.
Jika anda menaip perkataan ‘Facebook will shutdown’ (Facebook akan ditutup) di enjin carian Google yang menyaksikan lebih 35 juta butiran berkaitan.
Banyak kontroversi lain membabitkan Facebook sehingga ia dikenakan sekatan akses di beberapa negara seperti Pakistan, Vietnam, Uzbekistan, Syria dan Bangladesh.
Satu lagi laman web sosial menyerupai Facebook diperkenalkan bagi mewujudkan kesejahteraan hidup orang Muslim tanpa sebarang penghinaan ke atas Islam.
Sekumpulan rakyat Pakistan membinanya dengan nama Millatfacebook pada Mei tahun lalu selepas salah seorang pengguna Facebook menganjurkan satu pertandingan ‘Hari Melukis Gambar Nabi Muhammad’.
Paling popular
Tidak dinafikan antara pengguna Facebook sudah ketagih, sanggup menghabiskan masa berjam-jam melayani kepuasan dan keseronokan dengan laman sosial itu.
Facebook bukanlah satu-satunya laman sosial kerana terdapat juga yang lain seperti Friendster dan Myspace, masing-masing ditubuhkan pada 2002 dan 2003.
Namun kelahiran Facebook pada 2004 telah mencetuskan nadi baru dalam jaringan sosial maya sehingga berjaya menarik minat pengguna Friendster dan Myspace.
Keputusan Zuckerberg untuk menutup Facebook pada 15 Mac ini masih menjadi tanda tanya di kalangan pengguna laman sosial itu.
Zuckerberg selaku pengasas Facebook sudah pun menyuarakan bahawa beliau tidak kisah tentang wang meskipun laman sosial itu adalah aset paling bernilai.
Facebook kini bernilai 32 bilion pound (RM153.98 bilion) menjadikan kedudukan beliau meningkat daripada tangga 212 ke 40 dalam senarai bilionair Forbes.
Populariti Facebook turut diangkat sebagai kisah di layar perak yang bertajuk Social Network pada tahun lalu arahan David Fincher.
Facebook juga mencetuskan fenomena di Malaysia apabila menjadi laman web paling popular di negara ini pada bulan Disember lalu.
Berdasarkan rekod Persatuan Digital Malaysia (MDA), ia menduduki tangga pertama disusuli laman web antarabangsa lain seperti Yahoo, Google, YouTube dan MSN.
Kedudukan 30 laman web antarabangsa paling popular di Malaysia turut menyenaraikan beberapa laman web sosial lain iaitu Tagged (11), Myspace (18) dan Friendster (20).
Kini terdapat lebih 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia menjadikan kedudukannya negara ke-16 pengguna Facebook paling aktif di dunia.
Namun bagaimana dengan nasib dan reaksi mereka selepas Facebook ditutup?
Nantikan kebenaran gimik paling popular di dunia menjelang 15 Mac ini. Dunia akan menyaksikan taktik paling berjaya Facebook dalam usahanya menaikkan lagi rating popularitinya.
Dipetik Khas Daripada Mstar Online 

Ceramah Timbalan Presiden PKR Azmin Azli Di Johor

                                                                        
                                                                         Bahagian 1
                                                                      
                                                                    
                                                                         Bahagian 2

Ceramah Naib Presiden PKR Nurul Izzah Di Johor

                                                                          
                                                                         Bahagian 1
                                                                  
                                                                    
                                                                          Bahagian 2

Ceramah Ketua AMK Pusat Berkenaan Isu SUK Selangor



Bahagian 1


Bahagian 2


Apa punya Bangang Umno ni?

   Aku rasa nk gelak sampai pecah perut ja dgn umno nie bila dia kata Speaker takda kuasa utk menentukan kekosongan kerusi itu hanya SPR ja yg ada kuasa.....hahaha xhabis2 menbodohkan rakyat....dia ingt rakyat nie bodoh mcm dia la tu...sebagai anak muda yg berfikiran cergas sudah tentu pandai menbezakan yg  mana betul dan yg mana salah...ikutti penjelasan umno berkenaan kes kerusi kosong di Dun Pelabuhan Klang ini dalam media umno ini...
 
                                               Media Umno Yang Bodoh


KUALA LUMPUR, 19 Jan – Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun menjelaskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada kerusi sesebuah DUN itu kosong atau sebaliknya.
Beliau berkata demikian mengulas berkaitan Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lepas berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Berdasarkan kepada kes Jamaluddin Mohd Radzi & dua yang lain lawan Sivakumar a/l Varatharaju, kuasa untuk menentukan kerusi itu kosong atau tidak mengikut kuasa Mahkamah Persekutuan adalah terletak pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” katanya kepada UMNO-Online.
. 
– MediaUMNO

Hahahaha...Lihatlah betapa bodohnya Umno ini...

Thursday, January 20, 2011

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Belumpun salih PRK di Pelabuhan Klang, sahpula PRK Merlimau, Melaka.

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam.

Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 atau 16 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu.
Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma.

Wednesday, January 19, 2011

Kerusi DUN Pelabuhan Klang Diisytihar Kosong

SHAH ALAM, 19 Jan: Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong.

Ianya berikutan kegagalan Adunnya, Badrul Hisham Abdullah hadir ke persidangan Dun dalam tempoh 6 bulan bermula 15 Julai 2010 hingga 15 Januari lalu.

Berikutan itu beliau mengisytiharkan kerusi itu kosong mengikut Fasal 69 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau memaklumkan demikian pada satu sidang media khas di Dewan Annex di sini hari ini.

Makluman kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), katanya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.



AMK Bukit Gantang : Adakah akan terjadi seperti Dun Kota Seputeh?

Pengundi Hantu

PRK Tenang telah terjadual pada 30 Jan ni,. Isu-isu pelbagai akan ditimbulkan dan penafian juga akan berlegar atas isu tersebut.

Pengundi hantu mungkin akan dibangkitkan dan penafian tentunya telah diskipkan.

Apabila dikemukakan bukti, satu pihak lain akan menyatakan itu rekaan dan bukan fakta. Maka kami kemukakan fakta-fakta ini untuk renungan.

1. KWSP Beri Penjelasan Berhubung Kes Penipuan Pengeluaran Kematian sini.
KWSP adalah antara pemegang amanah yang menguruskan simpanan awam antara terbesar di dunia pun boleh tertipu dengan Kad Pengenalan Palsu, inikan pula pengurus pembuangan undi.

2. Sampai Mati Tipu Isteri.
Tambahan, orang paling dekat (Isteri) pun kena tipu bagaimana pula SPR nak jadi telus? Baca forem di sini

Kedua-dua contoh tersebut adalah fakta dan tidak boleh dinafikan ujudnya IC dan identity palsu. Berapa jumlahnya yang akan digunakan pada DUN Tenang?

Tuesday, January 18, 2011

Apa Hal Nazri nie?

    Amk Bkt Gantang pelik dengan sikap Nazri Aziz ini apabila dia pula yang sibuk dengan kenyataan Karpal yang menpertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan? Jika Ummni Hafilda telah bersumpah bahawa dia tidak mendapat sebarang imbuhan dari mana-mana pihak,mengapa Umno pula yang gelabah dengan kenyataan Karpal ini?

Mengulas kenyataan Nazri Aziz di dalam Mstar.
  

  Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri

SETIU: "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafilda Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Menurut Nazri, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah PengerusiKebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.
"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.
"Apa saja kes terhadap Karpal, bawa sajalah, biar mahkamah yang putuskan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Karpal semalam yang menggesapeguam mewakili Ummi Hafilda agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap beliau.
Dalam sidang medianya di George Town pada Ahad, Karpal berkata, berdasarkanperuntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.
Bagaimanapun, menurut peguam kanan itu, kes melibatkan Ummi Hafilda telah melepasi had enam tahun kerana berlaku lebih 13 tahun lalu.
Ummi Hafilda yang merupakan adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dilaporkan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal serta PAS.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakarbertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman RM100 juta. - BERNAMA

Monday, January 17, 2011

Barisan Baru AMK 2010-2013

Calon muslimat PAS buat wanita umno tidak tenang

Calon muslimat PAS buat wanita umno tidak tenang


Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

azlanSeramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Semoga kejutan akan berlaku di Dun Tenang, tidak mustahil PAS boleh menang di Tenang...takbir


Kenapa Aku Di Sini?