Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidul Rasul

Monday, February 14, 2011

Seladang semakin hebat


                  Hujung minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Stadium Ipoh,Perak bersama kawan-kawan untuk menonton pelawanan bola sepak Liga Super diantara Perak lawan Negeri Sembilan yang berkesudahan Perak menang 2-0.Saya salah seorang daripada  16 ribu penyokong perak yang hadir pada malam itu.Sokongan  peminat terhadap skuad bola sepak telah kembali setelah pasukan Perak mengalami kemorosotan beberapa musim lepas.
               
               Kami disajikan dengan pemainan menarik oleh kedua-dua pasukan.Pada perlawanan itu,Perak telah menberi tekanan kepada Negeri Sembilan seawal permainan lagi.Ketika seusia permainan memasuki  minit ke 2 pemain Perak Isma Alif telah menbuat rembatan deras yang hampir menerjah gawang Negeri Sembilan.
        
                Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.sebaik bermula separuh masa kedua Perak telah mengandakan asakan sehingga pemain pertahanan terpaksa menjatuhkan Akmal Rizal dalam kotak penanti pada minit 51 dan Perak dihadiahkan sepakan penanti yang telah disempunakan oleh ketua pasukan Shahrul Nizam Mustapa.
       
               Pada minit ke 75 pemain sayap Perak Muhd Fazrul bijak melambungkan bola dari tengah kepada Akmal Rizal yang melepasi pertahanan Negeri Sembilan sebelum Akmal merembat deras ke pintu goal Negeri Sembilan untuk goal ke dua.Keputusan ini kekal sehingga akhir pelawanan.
           
              Secara keseluruhan pemainan pasukan Perak telah banyak meningkat.Oleh itu,secara peribadi saya menyeru kepada rakan-rakan yang berkelapangan pada malam minggu supaya datang ke Stadium untuk menberi sokongan kepada pasukan Perak.
    
             Jikalau kita tidak menberi sokongan siapa lagi yang menhendak menberi sokongon kepada pasukan bola sepak Perak?Ayuh kita ke stadium menberi sokongan.
      
            
                

 -Muhamad Faisal(AMK Bukit Gantang)

Sunday, February 13, 2011

Next

TEMERLOH 12 Feb. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Pahang, Datuk Zaharuddin Abu Kassim 63 meninggal dunia.

Allahyarham sebelum ini pernah dilaporkan menerima rawatan di Institut Jantung negara (IJN) dan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh akibat komplikasi penyakit.

DUN kerdau mempunyai seramai 8451 orang pengundi dan pada pilihanraya ke 12, Allahyarham telah menang kerusi tersebut dengan majoriti 1615 mengalahkan calon PAS Hassanuddin Salim.

Wednesday, February 9, 2011

Ceramah Ketua Srikandi PKR

                                                                  
                        Siti Aishah bakal berceramah di Kg Matang Gelugor,Matang pada 20/2/2010.Jom Saksikan kehebatan anak gadis berceramah.

Tuesday, February 8, 2011

Tuesday, February 1, 2011

Menang Tenang


Apapun alasan PR untuk menidakkan keputusan Tenang ia tidak akan dapat melawan fakta yang terjadi di sana. Keputusan nyata menunjukkan apa saja yang telah dilakukan BN adalah baik belaka. Majoriti pengundi di Tenang menyatakan begitu. Kenyataan ini agaknya juga adalah gambaran kepada pola sokongan pengundi seluruh Malaysia.

BN dengan ini yakin bahawa mereka disokong dan rakyat Malaysia tidak kisah dengan keadaan kesusahan akibat keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Bagi suri rumah, harga barangan dapur amat mengejutkan. Harga bawang minggu lepas dan minggu ini jauh berbeza. Tetapi suri rumah juga tak kisah dan masih memberi sokongan kepada BN.

Atas keyakinan pengundi tidak kisah dengan beban harga yang ditanggung, maka mulai jam 12.01am tadi harga minyak RON97 dinaikkan RM0.10.

Kenaikan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran pengilang bertambah dan seterusnya kenaikan harga barangan penguna lain turut terkesan.

Ada sapa-sapa kisah?

Kenapa Aku Di Sini?