Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, March 29, 2011

Tazkirah Magrib


Badrul Hisyam Shahirin(Che`gu Bard)

Masa : 29-3-2011 (7.45 Malam)

Tempat : Surau Jebong,Matang



Monday, March 28, 2011

Ceramah Isu Panas

PENCERAMAH


Badrul Hisyam Shahiran(Che`gu Bard)


YB Firdaus Jaafar(Ahli Parlimen Jerai)

Tarikh  : 29 Mac 2011
Masa    : 9 Malam
Tempat : Markas Pas Changkat Ibul, Changkat Jering,
               Taiping.

Bertempat di Markas Changkat Ibul,Changkat Jering,Taiping. PAS Bukit Gantang akan mengadakan ceramah penerangan isu panas pada 29 Mac (Selasa) jam 9.00 malam.

Antara penceramahnya ialah Chegu Bard (SAMM) dan YB Firdaus jaafar (Ahli Parlimen Jerai). Chegu Bard adalah orang yang telah ditontonkan video lucah yang kononnya dilakonkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim. Ikuti penerangan Chegu Bard berkenaaan Isu video seks ini.

Gempar : rakaman mesyuarat konspirasi (hanya untuk ketawa)


Saturday, March 26, 2011

Ceramah 13 Minit DSAI Di Taman Melawati 25 Mac 2011

"Kalau firaun kecil (Hosni Mubarak) boleh ditumbangkan. Tahun ini yang lain cicak mengkarung akan dicincang-cincang.."
 Klik pada tajuk.

Sunday, March 20, 2011

Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak


Pelancaran Buku Jingga Peringkat Negeri Perak akan diadakan pada 20hb Mac 2011 di Dewan Chin Woo Lorong Chung Thye Phin, Taman Jubilee, Ipoh, Perak (GPS 4.589164,101.085161). Program bermula jam 9.00 malam. 

Dalam majlis tersebut, penerangan tentang kandungan buku tersebut akan disampaikan oleh wakil Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Pusat. Risalah mengenai sebahagian kandungan Buku Jingga terutama program 100 hari PR memerintah akan disebar luaskan ke pelusuk Perak selepas ini. Rakyat Perak berpeluang melihat sendiri tawaran PR kepada rakyat apabila diberi mandat memerintah negara.
 
Program ini akan dihadiri oleh seluruh pimpinan PR negeri, kawasan, cabang dan bahagian. Beberapa Ngo juga turut dijemput hadir. Orang ramai yang ingin mendengar sendiri kandungan Buku Jingga juga boleh turut hadir.
Sebelum pelancaran satu sidang akhbar oleh Pakatan Rakyat Perak akan diadakan pada jam 5.30 petang di Pejabat Sekretariat PR negeri.Artikal Asal

Friday, March 18, 2011

Ceramah 21 Mac 2011, Lokasi Berubah, Penceramah Bertambah

Posting sebelum ini juga berkaitan. 

Program Ceramah Penerangan "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia" yang dijadual akan diadakan pada 21hb Mac 2011 pada jam 9.00 malam di perkarangan rumah En Loh Ah Ee beralamat No 2 Lorong Sentosa 6, Taman Pengkalan Sentosa, Sungai Mas terpaksa diubah lokasi ke Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang di No 5, Lorong 1, Taman Molek, Jalan Simpang (+-1KM dari pekan Simpang menghala ke Taiping). Perpindahan lokasi ini akibat dari permit polis yang tidak diluluskan.

Penganjur juga telah mendapat pengesahan dari Datuk Chua Jui Meng-Pengerusi Perhubungan Negeri Johor yang akan turut serta pada program.

Pada program ini, Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang akan merasmikan cawangan terbarunya dan melancarkan program penerangan "Buku Jingga". 


Menarik pada program ini adalah Pilihanraya DUN Sarawak.

Thursday, March 10, 2011

Ceramah Penerangan

Ceramah Penerangan "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia" dijadual akan diadakan pada 21hb Mac 2011 pada jam 9.00 malam yang akan diadakan di perkarangan rumah En Loh Ah Ee beralamat No 2 Lorong Sentosa 6,  Taman Pengkalan Sentosa, Sungai Mas. (Taman Kaya).
Pada program ini, Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang akan merasmikan cawangan terbarunya dan melancarkan program penerangan "Buku Jingga".

Telah mengessahkan kehadiran pada program ini adalah YB Saifudin Nasution,Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Beliau dijangka akan mendedahkan salah laku rasuah pembelian wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Penceramah lain adalah YB Kasevan ADUN Hutan Melintang, YB Chang Lih Kang ADUN Teja dan YB Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong.

Penganjur sehingga kini masih menunggu pengesahan kehadiran dari Datuk Dr Chua Jui Ming.

Tuesday, March 8, 2011

Mereka Masih Berkuasa

Saudara dan Saudari,

Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.

Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.   

Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup. 

Adakah kita tidak mampu menilai?

Sebagai seorang rakyat Malaysia saudara dan saudari pasti berasa sedih dan kecewa.  Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.

Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan.

Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.

Saya percaya
saudara dan saudari terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada saudara dan saudari, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka.


www.keadilannetwork.com
Afif Nasri

Muat Turun Buku Jingga


Buku Jingga yang diperkenalkan sewaktu konvensyen Pakatan Rakyat 2010, yang menggariskan perancangan jangka panjang dan jangka pendek dalam masa 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir negara, sudah diteliti dan bersifat realistik.

Menurut Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli, antara lain, buku jingga berkenaan menjanjikan penghapusan tol melalui pengambil alihan syarikat konsesi tol oleh kerajaan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya.

“Apabila kita kata mencadangkan agar Khazanah Berhad mengambil alih dan menyerahkan operasi tol kepada kerajaan, kita sudah buat perkiraan bahawa kalau sekarang ini Khazanah dan Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) mampu membeli 21 peratus saham daripada pemegang saham minoriti, lambat laun Khazanah pasti mampu mengambil alih konsesi tol lebuhraya dan menyerahkannya kepada kerajaan,” katanya ketika ditemui KeadilanDaily.

Menurutnya, setiap perkara yang dijanjikan dalam Buku Jingga, sudah diperhalusi dan melalui perkiraan yang teliti, seperti cadangan kenaikan gaji guru dan kakitangan pendidik sebanyak RM500.

Jadi, menurut Rafizi, tidak timbul isu samada cadangan-cadangan dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan atau tidak kerana itu adalah prasyarat utama yang sudah diperhalusi sebelum ia disenaraikan dalam Buku Jingga.

Mengulas pertanyaan sebab beberapa akta kontroversi seperti Akta Penerbitan dan Percetakan yang tidak dicadangkan penghapusannya serta merta dalam 100 Pakatan mentadbir Putrajaya, Rafizi menjelaskan satu undang-undang yang lain diperlukan untuk penerbitan akhbar baru seperti permit dan sebagainya.

Namun, akta-akta yang bersifat menindas dan membenarkan penahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dihapuskan serta merta.
“Langkah untuk menghapuskan akta melibatkan (penindasan) seperti ISA memang tidak perlu kepada alternatif kerana kita sememangnya mahu menghapuskan undang-undang tersebut,” Kata Rafizi yang merupakan antara individu yang merangka buku berkenaan.
Buku Jingga adalah dokumen yang menggariskan falsafah besar Dasar Bersama Pakatan Rakyat untuk rakyat Malaysia menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Selain penghapusan kadar tol, buku jingga berkenaan turut menjanjikan pemansuhan Akta keselamatan Dalam Negeri (ISA), merombak subsidi negara, membatalkan Felda Plantations, menaikkan royalti minyak di Sabah dan Sarawak dan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman negara.


Untuk Muat Turun Sila Klik Buku Jingga

Friday, March 4, 2011

Ceramah YB Saifudin Nasution Di Sg Mas 21 Mac


Keadilan Cabang Bukit Gantang baru sahaja mendapat pengesahan daripada Setiausaha Agung KeadilanYB Saifudin Nasution, bahawa beliau akan hadir berceramah di Bukit Gantang pada 21 Mac ini.

Keadilan Bukit Gantang sudah pun memutuskan tempat program adalah di Sg Mas, Taiping.Berita selanjutnya bakal menyusul.


Wednesday, March 2, 2011

Taktik Kotor SPR Untuk Menagkan BN

Keadilan Dedah Kemasukan Undi Pos Besar-Besaran Di DUN Perak




PETALING JAYA 1 MAC : Parti Keadilan Rakyat mendedahkan kemasukan pengundi pos besar-besaran di kawasan-kawasan DUN di Perak pada tahun 2010, kata Timbalan Pengarah Pilihanrayanya Chan Ming Kai (Ming Kai) di sidang media mingguan parti itu hari ini di sini.

Menurut Ming Kai di DUN Pangkor yang diwakili Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menerima kemasukan 5,669 pengundi pos berbanding hanya 368 yang keluar pada 2010. Bilangan pengundi pos kini mencapai hampir separuh daripada jumlah 26,000 pengundi di DUN Pangkor. 

"DUN Pangkor adalah sebahagian daripada Parlimen Lumut. Keadilan tewas hanya 298 undi di Parlimen Lumut kepada calon MCA-BN pada Pilihan Raya Umum 2008," katanya.

Ming Kai juga menjangkakan Umno akan memberikan tumpuan untuk menambah pengundi pos di DUN Sungai Rapat yang diwakili oleh Exco Kanan Hamidah Osman yang hanya menang tipis 636 undi dengan calon PAS. Pada 2010 sebanyak 248 pengundi pos masuk ke DUN Sungai Rapat. 

"Usaha ini jelas untuk memberi manfaat kepada UMNO. Kawasan-kawasan majoriti Cina seperti Canning Garden yang juga mempunyai kem tentera tidak pula melihat pertambahan undi pos," katanya. 

Ming Kai khuatir wujud penyalahgunaan undi pos dan meminta SPR serta pihak Kementerian Pertahanan menjelaskan perkembangan ini.

Kenapa Aku Di Sini?