Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, April 28, 2011

Janggut Ke 2 Dan Rambut



Tersiar video fitnah bahagian kedua yang kononnya dilakuni DSAI. Tak perlu dipersoalkan samada video tersebut tulin atau tidak. 
Polis dan sesiapapun juga tak perlu mengeluarkan kenyataan bahawa video itu tulin. Kami yakin DSAI sendiri boleh mengeluarkan kenyataan bahawa ianya tulin.
Yang menjadi persoalannya adalah siapa yang melakunnya.

Kali ini terpampang rambut pelakun video tersebut, jauh sangat bezanya. Jika rambut pelaku tersebut panjang pada 21/2/11 taklah dipersoalkan sangat, tetapi rambut pelakun itu pendek. 

Mustahil jika rambut DSAI boleh tumbuh panjang dalam 1 hari.

Jika benar pelakun adalah DSAI, tentu tak ramai yang botak tak lama lagi, semua boleh dapatkan petua dari DSAI untuk panjangkan rambut dan lebatkan janggut.

"Nampak benar menipunya" Ucup Willcha

Sunday, April 24, 2011

Terkini Osman Jailu





IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.

Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kukuh.

Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42 hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.

Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23 April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan membuat rayuan atas keputusan dan kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh.

Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.

Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas dan seringkali terputus.
 Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan kes rasuah.

Tindakan melompat parti 2 ADUN ini dan ADUN Jelapang, Hee Yit Fong dikatakan didalangi oleh UMNO BN sehingga membolehkan mereka melakukan rampasan kuasa dinegeri Perak.

http://www.tvsnews.net/


Saturday, April 16, 2011

Kedudukan DUN Sarawak

Pada pilihanraya Sarawak 2006 Barisan Nasional memperoleh 62.9% undi popular. Jumlah tersebut telah berkurang kepada 55.2% sebentar tadi.

Friday, April 15, 2011

Solat Hajat,Tazkirah Magrib Dan Ceramah Perdana

Malam ini 12 April 2011 bertempat di Markaz Pas Negeri,Air Kuning,Taiping akan diadakan Program 3 dalam 1 Tazkirah Magrib,Solat Hajat Dan Ceramah Perdana semperna Pilihanraya Serawak esok.

Program anjuran Pas Bukit Gantang ini akan dimulaikan dengan Solat Magrib kemudian disusuli dgn Tazkirah Magrib oleh Ahli Parlimen Bukit Gantang YB Nizar Jamaludin.Sebaik saja tamat Tazkirah Magrib program akan ditangguhkan sementara untuk Solat Isyak dan Solat Hajat.Selepas selesai Solat Isyak dan Solat Hajat program akan diteruskan dgn ceramah perdana oleh YB Sivakumar (Adun Tronoh) dan YB Khalil Idham Lim(Adun Titi Serong).

AMK Bukit Gantang mengajar kalian semua untuk menberi sokongan kepada program anjuran Pas Bukit Gantang ini dengan menhadirkan diri anda ke program ini.

Wednesday, April 13, 2011

Perak Ratah Kelantan


Gol Yang Pertama 


Gol Yang Kedua


Gol Yang Ketiga


Gol Yang Keempat



Tahniah kepada Pasukan Perak Teruskan kemenangan demi kemenangan.Terima kasih kepada pengurusan baru Perak kerana telah berjaya menbawa kembali kegemilangan Skuad Bola Sepak.Hampir 3 tahun Stadium Perak tidak mengalami lautan kuning ini,Semalam suasana telah berubah.Penonton mula menbanjiri Stadium setelah sekian lama Stadium Perak sepi.

Tuesday, April 12, 2011

AMK Bukit Gantang mengajak seluruh Rakyat Perak turun Ipoh malam ini

Bersempena perlawanan tumpuan Liga Super malam ini diantara Perak lwn Kelantan.AMK Bukit Gantang menyeru seluruh rakyat Perak tak kira apa jua fahaman Politik anda agar datang ke Stadium Ipoh malam ini untuk menberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri Perak yang bakal menerima kunjungan Pasukan Kelantan.

Ayuh!anak-anak muda seluruh perak datang ke stadium Perak malam ini.Tak kira sama ada anda penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional ketepikan fahaman politik seketika ayuh kita bergandingan bahu bersatu menyokong skuad Bola Sepak Perak.

Saya sendiri  secara peribadi saya akan turun bersama-sama sahabat saya malam ini untuk menberi sokongan penuh kepada skuad Kejor Yob Kejor kita.Kepada yang beragama islam jangan lupa sembahyang magrib,dalam Stadium pun sudah banyak Surau.Kita harus ingat kewajipan sebagai umat Islam.Bola bola jugak sembahyang jangan tinggal.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium ipoh malam ini.jangan risau Astro Arena akan menyiarkan perlawanan hebat ini.

Sunday, April 10, 2011

Saturday, April 9, 2011

Janggut

Pada entry pertama tentang video seks yang pernah ReJaM© dedahkan sebelum ini, ReJaM© ada mempersoalkan tentang janggut pelakon lucah mirip Anwar Ibrahim di dalam video aksi seks yang sedang hangat di internet hari ini rujuk sini [mirip anwar] Video tersebut cacat kerana ada dua lelaki mirip Anwar dikesan.

Dalam entry sebelum ini juga ReJaM© ada mempersoalkan bagaimana janggut menjadi titik tolak bahawa video tersebut terbukti sebagai palsu rujuk link ini [Video tipu].

Oleh kerana ramai yang menghantar email meminta ReJam supaya membuat entry yang lebih jelas tentang isu janggut ini. Maka ReJaM buat sekali lagi sebagai pencerahan. Apa kaitan janggut dan penipuan video ini?

Lihat gambar di bawah baik-baik. Gambar ini diambil dari video seks lelaki mirip Anwar yang tersebar di internet sejak kelmarin. Video ini adalah video yang sama ditayangkan di Hotel Carcosa sebelum ini.

Video ini dikatakan dirakam pada 21 Febuari 2011. Kalau dilihat, dalam video ini, mula-mula Anwar berjanggut pada sela masa 00:04, namun pada babak terakhir sela masa 01:16, lelaki mirip Anwar ini sudah tiada janggut.


Tidak timbul sebarang persoalan yang besar tentang gambar di atas, boleh jadi lelaki mirip Anwar Ibrahim di atas baru sahaja bercukur di bilik air, maka tidak hairanlah pada mulanya jelas dilihat dia berjanggut, kemudian janggutnya tiada. Maka secara logiknya, pada 21 Febuari 2011 lelaki mirip Anwar mencukur janggutnya, maka tentulah pada 22 Febuari 2011 dia sudah tiada janggut.

Apa yang menjadi persoalan ialah, Anwar Ibrahim pada 22 Febuari 2011 ada muncul di mahkamah kerana menghadiri perbicaraan liwatnya. Kalau kita lihat, jelas sekali beliau mempunyai janggut yang lebat. Lihat gambar di bawah ini.


Kesimpulan daripada analysis ringkas ini membuktikan bahawa, jika Anwar adalah lelaki di dalam video seks, sepatutnya dia tidak memiliki janggut lagi kerana dia sudah mencukurnya pada malam 21 Febuari 2011.

Jika anda mahu membuktikan bahawa Anwar adalah lelaki di dalam video tersebut, anda harus membuktikan bahawa Anwar menggunakan ubat atau teknik tertentu agar janggutnya tumbuh lebat dalam masa beberapa jam.

Mungkin juga anda harus buktikan bahawa pada 22 Febuari 2011, Anwar sebenarnya memakai janggut palsu di mahkamah. Buktikan perkara ini untuk menuduh Anwar Ibrahim di dalam video seks.

Kenapa Aku Di Sini?