Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, April 25, 2012

MediaRakyat "Rakyat Bersuara" : Dari Occupy Dataran Ke Bersih 3.0

Ceramah Chegu Bard di Selayang 22 Aprril 2012


Part 1
Part 2

Part 3

Tuesday, April 17, 2012

Anwar Ibrahim Nyanyi Lagu: Macam mana kita buat pilihan dalam PRU ke-13?

ANAK MUDA DAN MAHASISWA BERSIAP UNTUK DUDUK BANTAH BERSIH 3.0


4 April 2012 menjadi satu lagi tarikh penting untuk negara Malaysia. Dengan dipimpin Sasterawan negara Datuk A.Samad Said, Bersih 3.0 diumumkan sebagai ekspresi bantahan rakyat terhadap sistem pilihanraya yang bercelaru. Setelah tercetusnya gelombang Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, kini gelombang yang lebih besar bakal tiba setelah sandiwara Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) semakin terdedah dan ditolak rakyat.

Sidang media ini kami adakan bagi menyatakan sokongan kami kepada penganjuran perhimpunan Bersih 3.0 yang akan diadakan pada 28 April nanti. Pada hari ini 20 kumpulan anak muda dan 15 kumpulan mahasiswa bersatu dan berjanji akan bersolidariti bersama rakyat dalam himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0. Muafakat ini kami bentuk atas dasar penuh sedar untuk membela sistem Pilihanraya Malaysia yang berada dalam keadaan sangat kritikal.

Keraguan yang terdapat dalam senarai daftar undi masih gagal diperjelaskan oleh pihak SPR. Satu persatu ahli akademik tampil dan menunjukkan kecelaruan yang berlaku dalam senarai daftar undi, namun SPR masih enggan melakukan tidakkan drastik untuk membersihkan daftar undi. Yang terkini Merdeka Centre mendedahkan 32 % pengundi dalam senarai daftar undi yang tidak dapat dipastikan keabsahannya. Begitu juga dengan laporan pengkaji bebas yang menyatakan terdapat hampir 6000 kes pengklonan daftar undi di Selangor. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga kes kad pengenalan segera yang diberikan kepada warga asing yang direkodkan di beberapa tempat di Selangor.

Penipuan ini terus berlaku dalam keadaan rakyat terbuai dengan sandiwara Jawatan Khas Parlimen yang kononnya ditubuhkan bagi meningkatkan kualiti Pilihanraya di Malaysia. Empat bulan Jawatankuasa ini bertugas dan dalam masa yang sama penipuan dalam senarai daftar undi terus berlaku. Hal ini menunjukkan SPR tidak memiliki iltizam dalam melaksanakan tuntutan rakyat yang telah disuarakan melalui Bersih 2.0.

Maka atas dasar ini anak muda, mahasiswa dan seluruh rakyat Malaysia akan sekali lagi tampil untuk menyuarakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia dan SPR agar segera melaksanakan 8 tuntutan Bersih. Kesemua tuntutan ini perlu dilaksanakan sebelum Pilihanraya Umum ke 13 dijalankan. Dan pada 17 April 2012, Anak Muda dan Mahasiswa akan mengadakan sesi rapat rakyat bertempat di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru pada jam 8 malam bagi menyeru rakyat untuk Duduk Bantah bersama pada 28 April nanti. Seluruh kumpulan anak muda dan mahasiswa akan bersolidariti pada malam tersebut dan akan menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran Bersih 3.0.

Oleh itu sebagai penutup kepada sidang media ini, kami menyeru seluruh anak muda Malaysia untuk tampil dan bersuara dengan apa juga cara yang mungkin bagi menunjukkan solidariti kita dalam menutut Pilihanraya yang Bersih, Bebas dan Adil. Gunakan kemahiran masing masing samada dengan melalui laman sosial mahupun saluran saluran yang lain bagi menyuarakan tuntutan kita terhadap kerajaan Malaysia. Bagi yang berkelapangan, kami menyeru untuk tampil bersama kami pada 17 April ini agar kita dapat membina momentum ke arah Duduk Bantah Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Sekian. Terima kasih

Kenyataan balas AMK berhubung kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) merujuk kepada kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri yang dilaporkan oleh agensi berita BERNAMA semalam yang mendakwa bahawa Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diwujudkan ketika YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Berdasarkan fakta, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir itu adalah tepat namun demikian adalah mustahil bagi beliau untuk menafikan kenyataan bahawa ketika PTPTN ditubuhkan, beliau sendiri memegang jawatan Perdana Menteri dan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak (kini Perdana Menteri) pula merupakan Menteri Pendidikan yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 di Dewan Rakyat pada ketika itu.
Jika merujuk kepada handsard Parlimen Kesembilan, Penggal Ketiga, Mesyuarat Pertama (Jilid III, Bil. 26) bertarikh 13 Mei 1997 [dilampirkan], Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 telah dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib (ketika itu Menteri Pendidikan) pada jam 9.06 malam.

Rang undang-undang ini kemudiannya telah diluluskan dan dimaktubkan menjadi Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 dan seterusnya PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta ini yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.

Justeru, kenyataan YABhg. Tun Dr. Mahathir yang dilaporkan oleh media semalam tidak akan sekali-kali menafikan fakta bahawa inisiatif penubuhan PTPTN adalah dilaksanakan di bawah pentadbiran beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan juga YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pendidikan dan merupakan menteri yang bertanggungjawab membentangkan Rang Undang-Undang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pada 1997.

NAJWAN HALIMI
Timbalan Ketua Penerangan
Angkatan Muda KEADILAN

Monday, April 16, 2012

AMK Berpendapat Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

AMK Berpendapat Kerajaan UMNO/BN Tidak Ikhlas Dalam Menegakkan Hak Asasi Manusia

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Lee Khai Loon berpendapat bahawa Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah menunjukkan kerajaan tidak ikhlas dalam menegakkan prinsip hak asasi manusia malah terdapat unsur penipuan dalam proses transformasi yang diwar-warkan oleh UMNO/BN.

Walaupun Perdana Menteri seringkali bangga dengan ‘tepati janji’, tetapi dengan pindaan Kanun Keseksaan yang masukkan kesalahan berhubung kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen serta pindaan AUKU yang benarkan pelajar berpolitik tetapi mengharamkan politik parti dalam kampus adalah usaha yang mengelirukan. Kesemua usaha tersebut adalah taktik politik retorik murahan untuk mengaut sokongan rakyat.

Dengan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang masih mengekalkan unsur-unsur kezaliman di mana tahanan tanpa bicara, serta memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah.

Maka, perubahan undang-undang yang dijalankan oleh kerajaan telah menimbulkan pertikaian di kalangan masyarakat sivil serta badan-badan NGO. Mereka berpandangan bahawa kerajaan ingin mengekang ruang kebebasan rakyat serta memperluaskan kuasa untuk teruskan matlamat menjajah rakyat.

Dalam pindaan Kanun Keseksaan yang memperkenalkan 13 peruntukan khasnya Seksyen 124B dan 124C yang menghukum mana-mana individu, penerbitan atau penyebar maklumat yang terlibat dalam kegiatan mengancam demokrasi berparlimen adalah 20 tahun manakala hukuman bagi kesalahan cubaan melakukan perkara itu adalah 15 tahun.

Pindaan tersebut seolah-olah memberi kelulusan menyeluruh (blanket approval) kepada pemerintah untuk menafsirkan kegiatan mengancam demokrasi berparlimen. Tindakan tersebut bukan sahaja menyekat kebebasan bersuara dan maklumat, malah mengekang kebebesan teknologi maklumat yang sedia ada di Malaysia.

AMK menegaskan Rang Undang-undang baru serta pindaan yang dibentangkan oleh kerajaan adalah bertentangan dengan hasrat masyarakat sivil yang berjuang untuk menegakkan hak asasi manusia serta demokrasi.

Walaupun kerajaan UMNO/BN seringkali menyatakan bahawa mereka telah banyak berkompromi serta memperbaiki keadaan hak asasi manusia, namun apabila diteliti dengan isi kandungan rang undang-undang masih terdapat banyak unsur yang zalim serta penipuan yang cuba mengelirukan rakyat.

Oleh itu, AMK menyeru semua ahli parlimen dari pemerintah atau pembangkang perlu mengumpul maklum balas daripada pelbagai pihak dan rakyat berlandaskan konsep ‘negara yang paling demokrasi di dunia’ yang diutarakan oleh PM Najib Razak sendiri.

Semua Ahli Parlimen diphon agar tidak meluluskan rang undang-undang dan pindaan akta tersebut dalam keadaan tergesa-gesa. Perbincangan serta perbahasan yang menyeluruh perlu diadakan sebelum kelulusan dibuat. Janganlah mempergadaikan asas demokrasi dan kebebasan yang telah dibina sejak Kemerdekaan Malaysia.



LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia

Kenyataan Media Ketua AMK: Skandal Scorpene; Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

15 April 2012

Skandal Scorpene & Syarikat Terasasi (HK) Ltd: Najib Perlu Nafi Pendedahan Media Antarabangsa


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) ingin menarik perhatian massa ke atas satu artikel nukilan John Berthesen, "Gun Begins Smoke in Malaysian Sub Scandal" seperti yang disiarkan di laman web Asia Sentinel pada 5 April 2012.

Artikel tersebut yang turut mengupas mengenai peranan mendiang Altantuya Shariibuu dalam transaksi berkenaan sehingga membawa kepada pembunuhan beliau, turut mendedahkan beberapa fakta kontrovesial di sebalik transaksi pembelian kapal selam Scorpene. Antara lain artikel tersebut turut melontarkan beberapa fakta melibatkan salah laku dan penyelewengan yang ketara dalam transaksi berkenaan. Ini sekaligus memalitkan imej Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak yang menjawat jawatan Menteri Pertahanan pada ketika itu.

Dalam transaksi yang bernilai US$1.2 billion tersebut, fakta didedahkan melalui proses penyiasatan percaya bahawa sekurang-kurangnya sejumlah €36 juta (RM144 juta) yang disalurkan melalui sebuah syarikat yang berpusat di Hong Kong, Terasasi (HK) Ltd yang dikendalikan oleh orang kanan Najib iaitu Abdul Razak Baginda, berakhir di 'poket Najib'.

Syarikat Terasasi ini yang bertempat di daerah Wan Chai, Hong Kong turut dikendalikan oleh bapa kepada Razak Baginda iaitu Abdul Malim Baginda.

Pendedahan ini jelas menggemparkan, di saat fakta-fakta seumpama ini digelapkan di dalam media Malaysia dan hanya diperoleh melalui siasatan media antarabangsa yang mempunyai akses siasatan yang kredibel.

Ditambah dengan pengakuan bapa kepada mendiang Altantuya, Dr. Shaaribuu Setev bahawa beliau pernah melihat gambar di antara mendiang Altantuya, Razak Baginda dan Najib, seolah-olah menggambarkan bahawa keterlibatan Najib di dalam skandal ini sudah tidak boleh diragui lagi.

Malah, AMK melihat ini merupakan satu tamparan kepada Najib dalam keadaan beliau telahpun bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu pada Ogos 2008 sewaktu kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh sedang dijalankan.

Fakta-fakta yang diperincikan oleh Asia Sentinel ini mempunyai kredibiliti dan harus dinafikan oleh Najib secara berfakta untuk membersihkan nama beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Justeru, AMK mencabar Najib untuk membuat penafian terbuka secara spesifik dan menyaman John Berthesen serta Asia Sentinel sekiranya ia jelas merupakan satu fitnah semata-mata.

Sebarang dolak dalih yang bakal beliau berikan bersabit hal ini, hanya memburukkan lagi imej beliau di sebalik penafian dan sumpah yang telah beliau lakukan sebelum ini. Dan adalah malang bagi Malaysia untuk dipimpin oleh pemimpin yang hanya mampu membuat penafian tanpa sebarang susulan fakta.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Thursday, April 12, 2012

Jom pergi ceramah di Taman Molek esok.


Penceramah ?


YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves)

YB Dr  Lee Bong Chye (Ahli Parlimen Gopeng)

YB S Kesavan (ADUN Hutan Melintang)

Faredah Samad (Ketua Ameerah PAS Pusat)


Tuesday, April 10, 2012

Sapa Faredah Samad nie?

    Ramai yang tanya AMK Bukit Gantang. Siapa Cik Faredah Samad ni? Beliau bakal hadir berceramah di Bukit Gantang pada 13 April 2012 (Jumaat). Kalau nak tau hebat tak hebat Cik Faredah Samad nie berceramah. Senang Cerita tengok jala video ceramah dia.


Part 1
Part 2
Part 3
Part 4

Tuesday, April 3, 2012

Adam Adli Dipukul Samseng

Ceramah Penerangan Pada 13 April 2012


Ceramah ini pada awalnya mendapat pengesahan kehadiran sr Hasmi Hashim A.K.A Buddi Hikayat untuk hadir berceramah di Bukit Gantang. Namun, Atas beberapa faktor saudara Hasmi Hashim menanguhkan dulu kehadirannya di Bukit Gantang.

Bagi mengisi kekosongan tempat hasmi hashim. Penganjur telah menghubungi beberapa penceramah sebagai penganti kepada Hasmi Hashim. Tiba-tiba penganjur mendapat pengesahan 3 orang lagi penceramah yang akan hadir pada ceramah 13 april nanti.

Jadi setakat ini, Senarai penceramah yang telah bersetuju untuk hadir berceramah di Bukit Gantang pada 13 April ini ialah YB Dr Lee Bong Chye (Ahli Parlimen Gopeng), YB S Kesavan (ADUN Hutan Melintang), YB Amirudin Shari (ADUN Batu Caves), Faredah Samad (Ketua Amerah PAS Pusat), Hilman Idham (Aktivis Mahasiswa) serta Najwan Halimi (Pengarah Komunikasi AMK Selangor).

Jadi kepada rakyat Bukit Gantang. Jom kita datang Taman Molek, Simpang pada 13 April 2012 ini.

Kenapa Aku Di Sini?