Majlis Makan Malam Sempena 10 Tahun Keadilan Bukit Gantang

Tuesday, February 9, 2010

Di Luar Mahkamah Persekutuan

Irama untuk semua

Hari ni aku nak menghibur hati dengan rentak indah, hari ni saja-esok lagu lain.

NIZAR VS ZAMBRY,KEPUTUSANNYA

9.25am - Sejak pagi lagi ramai penyokong UBN dan PR telah berkumpul di perkarangan mahkamah di Putrajaya.sehingga berita ini di tulis YB Chan Lih Kang cuba ditahan oleh pihak pols dan di halang oleh penyokong,manakala beberapa pimpinan PR yang lain sedang melakukan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah.

9.45am - penyokong berbaju kuning hanya menerima RM20 dan berbuat bising dimahkamah.Para Peguamdah mula masuk ke kamar bicara.

10.15 -Polis arahkan laluan halaman di depan mahkamah dilapangkan  untuk memudahkan pimpinan dan semua kain rentang dari penyokong PR telah dirampas

10.20 - Ketua Hakim Malaya sedang membaca keputusan,manakala kes Liwat 11 di tunda keesokan hari.

10.35 - Masih belum ada keputusannya

11.00am - Pemberita mula berkumpul di pintu masuk & hadirin dah mula gelisah  tunggu keputusan

11.15am- Nizar kalah majoriti 0-5

12.00pm- Jangan kecik hati. Ini semua dah tertulis oleh bos Mahkamah iaitu PM 1 MALAYSIA 2 PERAK

Monday, February 8, 2010

Mengakar Merimbun Bukit Gantang

5 program mendekatkan pimpinan Keadilan Bukit Gantang dengan rakyat telah dijalankan serentak di sekitar Parlimen Bukit Gantang.

Semua program bermula jam 8.00 pagi iaitu:

  • Gotong Royong di Matang Gelugur,
  • Pemeriksaan Kesihatan & Derma Darah di Kamunting Station,
  • Bengkel Penceramah di Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang,
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur & Ang Pau di Kuala Sepetang dan
  • Sumbangan Barangan Keperluan Dapur oleh Wanita & Angkatan Muda Keadilan di Kamunting Station.
Manakala sebelah malamnya, Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

Semua program ini memdapat sambutan yang amat menggalakan daripada masyarakat setempat. Angkatan Muda merakamkan ucapan tahniah kepada ketua-ketua ranting yang mengerakkan masyarakat dan dengan jayanya mengelola program.
 
YB Tai dan YDP PAS Ust Nordin bersama bergotong Royong Di Matang Gelugur
  
 
Pemeriksaan kesihatan-Mrs Tai dan YB Tai sedang menjalankan pemeriksaan kesihatan

 
Blogger-PerakEx En Mat Saman Kati meyampaikan taklimat semasa Bengkel Latihan Penceramah yang diadakan di pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang

 
Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang bergabung tenaga dan dana meyampaikan sumbangan dan ang pau kepada penduduk kurang berkemanpuan di Kampung Baru Kuala Sepetang


Ketua AMK dan Ketua Wanita Keadilan meyampaikan sumbangan keperluan kepada orang kurang berkemampuan di sekitar Kamunting Station

 
 Saudara Mustaffa Kamil Ayub-Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak memberi tazkirah di Surau Taman Mewah, Kamunting Station.

Politik Malaysia Yang ... 2

Esok 9hb Feb 10 menjadi detik penentuan kepada episod duka di Perak samada PR akan menang atau kalah dalam peperangan politik di Negara Malaysia Yang 'tercinta.'

Telah menjadi amalan dalam setiap perbicaraan di mahkamah negara kita bahawasanya keputusan telah pun diketahui sebelum bermulanya persidangan terhadap sesuatu kes, terutama kes-kes yang melibatkan kepentingan terhadap parti UBN ataupun musuh politiknya.

Walau apapun keputusan yang telah didengari disetiap kedai kopi, aku masih menunggu keputusan yang sahih dari mahkamah esok. Andai lah perkarangan mahkamah esok dipenuhi oleh juak-juak UBN, maka janganlah kita sebagai pendokong kerajaan yang sah berasa kecewa sangat dengan keputusan yang bakal diumumkan, kerana pasti nya juak-juak UBN ini telah mengetahuinya terlebih dahulu keputusan tersebut.

Apa yang menyebabkan aku berfikir macam tu sekali? Cuba ingat kembali sewaktu DS Nizar diumumkan sebagai MB Perak yang sah, di manakah juak-juak UBN ini? Tidak nampak pun kelibat mereka apatah lagi MB HARAM.Tetapi andai katalah doa rakyat Perak dimakbulkan,jangan lah pula kita lupa bagaimana juak-juak UBN ini memanupulasi mahkamah rayuan pula.

Ini semua hanyalah satu skrip yang diolah semula oleh pimpinan Najib yang menginginkan supaya kita sebagai pendokong kerajaan yang sah supaya leka dengan strategi UBN itu sendiri. Kita harus bersiap siaga terhadap sebarang keputusan selagi DUN PERAK tidak dibubarkan.

Ya kita sememangnya mahukan pembubaran DUN di Perak kerana kita menginginkan kerajaan yang stabil untuk memanyungi rakyat di negeri Perak.Esok lah bakal penentu segalanya.
 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan tahap keyakinan rakyat Perak terhadap halatuju negeri.

Aku akan cuba untuk mendapatkan maklumat dari mahkamah seawal jam 8 sekiranya tiada masalah. Dan esok aku berharap agar kita beramai-ramai memenuhi perkarangan mahkamah untuk menyatakan sokongan terhadap MB Halal DS Ir. Hj. Nizar bagi membolehkan PRK Negeri diadakan secepat yang mungkin.

Thursday, February 4, 2010

"Can I fuck you today"

 
Semua Orang Pergi Minum Pagi@Fucking

Hari ni di ofis aku jadi pemerhati dan mendengar dari celah-celah work station perbualan-perbualan penjawat profesional dan sokongan. Mereka ni kalu diberikan topik memang mahir membuat andaian.

Isu hangat hari ni adalah perletakan jawatan orang no 1 Najib dan kronologi Saipul diliwat. Hari ni semua orang tak segan mengajak rakan-rakan di khalayak ramai mengajak, "Can I fuck you today". Semua gembira dan tawa menyambut pelawaan itu dan ramai-ramai berjalan menuju pintu keluar pejabat. Rupanya pelawaan itu hanyalah mengajak kawan-kawan pergi minum (Sarapan).

Sebelum 1998, rakyat Malaysia taboo menyebut perkataan berkaitan sex, tatabahasanyapun jarang digunakan secara langsung. Selepas perbicaraan bermula ibu bapa terpaksa mencipta jawapan paling kreatif untuk menjawab soalan "Apa dia liwat" yang ditanya anak-anak mereka.

Fenomena baru terjadi hari ini, bila "Can I fuck you today" disamakan dengan santainya seperti mengajak kawan-kawan untuk minum pagi.

Kawan-kawan pejabat pula menerima pelawaan itu seolah telah lapar sangat. Atau yang mengajak itu ada kesaktian menundukkan yang dipelawa. Apapun kuasa sakti tidak boleh diterima di mahkamah.

Saipul-saipul...

Wednesday, February 3, 2010

PILIHANRAYA PERAK ????

Pilihanraya Negeri Perak semakin hampir? Betul ke??? Itu yang  menjadi persoalan di merata tempat yang menyaksikan semakin hari rakyat di Perak semakin meluat dengan pertikaman siapa MB yang sah.

 Ada yang bertanya pada aku,dan aku secara yakin menjawab bahawa DUN di Perak akan dibubarkan sedikit masa lagi.Mungkin selepas mahkamah mengumumkan keputusan yang telah tertangguh selama 3 bulan lebih.

  Ini disebabkan dari penglihatan gerak kerja yang UMNgOk lakukan di sekitar Parlimen Bukit Gantang.Dan aku menjadi semakin yakin apabila semalam aku berkesempatan untuk ke Ceramah Setahun Kerjaan KUDETA yang dianjurkan oleh PAS Kawasan di Markaz PAS Kg. Larut Tin.

 Aku pun tak tunggu sampai MB PR berucap.Cuma dari segi semakan daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR menunjukkan akan berlaku PRK bagi negeri Perak atau setidak-tidaknya untuk DUN Changkat Jering.

 Kalau difikirkan logik,mana ada SPR mengeluarkan semakan daftar pengundi yang telah dipamerkan di setiap Pejabat Daerah dan Pejabat Pos pada awal tahun ini, kerana ianya baharu sahaja dikeluarkan. Apatah lagi dengan kehadiran Pengerusi SPR mengadap TUANKU Sultan Perak.

  Ini semua menunjukkan UMNgOk sememangnya membuat perancangan untuk mengembalikan sokongan terhadap mereka.Jangan pula lupa apa yang telah dipaparkan oleh MSK tentang masalah pengundi di setiap DUN.Ada yang telah mengundi untuk DUN lain pada PRU/PRK yang lepas,bila disemak semula nama mereka telah berada di DUN yang lain pula,samada dekat atau jauh sahaja.

  Dalam cakap-cakap kedai kopi yag sempat aku memasang telinga,ada yang mengatakan YB Ir.Hj.Nizar menang dalam kes SIAPA MB YANG SAH, tetapi pada aku keputusan yang membabitkan manusia ini akan berubah dari masa ke semasa.Jadi sebelum mahkamah mengumumkan keputusan tersebut,aku berharap agar semua rakyat baik di Perak dan Malaysia amnya untuk berdoa agar keputusan menyebelahi Pakatan Rakyat pada 9hb Februari ini.

 Dan andai benar lah keputusan menyebelahi kita, kita perlu bekerja keras menumbangkan kerajaan KUDETA pada pilihanraya yang akan menjelma tidak lama lagi.

Tuesday, February 2, 2010

Kes DSAI Ditangguh

Monday, February 1, 2010

Majlis Makan Malam Sempena 10 Tahun Keadilan Bukit Gantang

Keadilan Bukit Gantang pada tahun ini genap 10 tahun membela rakyat di parlimen yang diwakilinya.

Daripada zaman kemuncak sokongan rakyat kepadanya pada tahun 1999 kemudian merudum hingga dikatakan telah tenat pada 2004 hinggalah bangkit semula pada tahun 2008.

Dalam meniti usia 10 tahun ini membuatkannya lebih matang dan rangka kerja lebih teratur. Ramai yang cemerlang hasil motivasi dan didikan parti. tidak juga kita lupa pada mereka yang lebih awal meninggalkan kita. Walau apapun Arwah Cikgu An-Pengerusi Tetap dan Puan Raja Haniza-Ketua Wanita tetap dikenang.

Walaupun amat nostalgia untuk berpindah dari pejabat lama yang telah disewa 9 tahun di Taman Simpang, namun kehendak untuk memajukan parti terpaksa diakur dan Keadilan Bukit Gantang kini beroperasi di Taman Molek. Di situ juga kami letakkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang.

Jumlah ahli bertambah dari hanya beberapa puluh pada awal tahun penubuhannya yang kini mencapai angka ribu.

Keadilan Bukit Gantang menerima tamparan paling hebat apabila wakilnya Kapt Osman mengkianati parti, perjuangan, rakyat yang mengundi dan rakyat negeri Perak. Keikhlasan Osman seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelita.

Walaupun  begitu, asas institusi keadilan adalah mengangkat 17 asas perjuangan membela rakyat dan ia hingga kini tidak lekang dari setiap matlamat penggeraknya.

Angkatan muda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja program ini, para penderma dan petugas-petugas yang tidak mengenal lelah. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan. Juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada En Lau Tek Hai, SU Cabang yang juga pengarah program ini.

Friday, January 29, 2010

Kita Tak Dilindungi

Pagi tadi aku berkesempatan untuk ziarah di Teluk Datuk di selatan Selangor. Tak melawat sapa-sapapun cuma kena kerja di sana. Masa menunggu kerja selesai sempatlah aku berbual dengan seorang Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Teluk Datuk En Md Azha##.

Saja tanya dia dakwa sapa hari ni dan kes apa?
Makanan, pendek jawapan dia.

Sekarang tak ada apa yang selamat dimakan, lembu, kambing, ayam disuntik dadah, makanan haiwan pula ditaruk entah apa-apa. Daging dan ayam proses ditaruk pewarna,  ikan yang makan benda elok di laut naik ke kapal dibubuh pengawit mayat (cerita lama), Sayuran terlebih racun-Singapura reject kita sapu jugak...... ......................

Aku ingat dia nak berhenti di makanan tu saja tapi berjela rupanya. Aku tanya lagi, habih tu apa pilihan kita encik... dia diam lebih kurang 20 saat dan tindakan dia tu dah memberi jawapan betapa kita semua sekarang di dalam keadaan yang amat berisiko.

Tak pa, kita semua akan mati muda, keluar ayat tu dari dia dan semua orang yang dengar perbualan kami sengeh tawaq.

Aku jawab balik, aku tak dak masalah mati awai, tapi aku tak sanggup sakit itu ini sebelum mati. Mintak-mintak amalan aku cukup untuk ke alam bahagia.

Kenapa Aku Di Sini?