Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, August 31, 2010

Perutusan Kemerdekaan 2010 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Klik tajuk

Sunday, August 29, 2010

Pemilihan 2010 Bukit Gantang

Hari ini terisi semua jawatan selepas beberapa tahun ia kosong dan hanya disandang oleh pemangku. Antara jawatan-jawatan itu adalah Timbalan Ketua, Ketua Wanita dan Naib Ketua.

Hampir semua jawatan dimenangi tanpa pertandingan antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Cabang.

Jawatan Ketua Wanita yang dipangku oleh Puan Zaitun kini sah milik beliau setelah tiada lagi borang pencalunan diterima selepas tempoh penamaan calun tamat.

Walau bagainamapun pemilihan tetap akan berlaku pada 18 Sept ini selepas tiga pencalunan diterima untuk jawatan Naib Ketua.

Mereka yang telah diterima pencalunan adalah En Lee Ling Kong, En Jamaluddin Nordin dan En Khairul Azman.


Tahniah kepada yang telah berjaya dan selamat menjalankan tugas.

Monday, August 16, 2010

Kredibiliti Pendakwaan Terjejas

Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.
Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!
ANWAR IBRAHIM

sumber :anwaribrahimblog.com

Wednesday, August 11, 2010

Monday, August 2, 2010

Kenapa Aku Di Sini?