Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman pada 16hb September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ekoran daripada perjanjian antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9hb Julai 1963.
Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketiga-tiga negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan takluk British.
Hari ini 16hb Sept 2010 genap Malaysia 47 tahun. Selamat Hari Lahir Malaysia.
Pejabat Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang: Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek 34700 SIMPANG
Thursday, September 16, 2010
Wednesday, September 15, 2010
Notis Mesyuarat Online
Notis mesyuat Agung Angkatan Muda, Wanita dan Cabang Keadilan Bukit Gantang telah dihantar dan kini tinggal 3 hari lagi untuk hari jadi. Sama-samlah kita menunaikan tanggungjawab untuk memilih kepimpinan cabang dan hadir dan terlibat dalam proses mendemokrasikan parti.
Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang akan diadakan di Dewan Pejabat Keadilan Bukit Gantang Taman Molek pada jam 2.00 petang 18hb Sept 2010 dangan tema "Sinar Baru".
Sayap Wanita pula pada jam 3.00 petang dan cabang pada jam 4.00 petang kedua-duanya di lokasi dan tarikh yang sama.
Pemilihan dan pembuangan undi akan belangsung pada hari yang sama bermula jam 10.00pagi hingga 4.00 petang.
Semua ahli keadilan Bukit Gantang dijemput hadir.
Thursday, September 9, 2010
Salam Syawal
Syawal hadir lagi, dalam kebanyakan kita tidak tahu memilih juadah, tidakkah kita insaf dengan sesetengah kita yang tidak ada apa untuk dipilih.
Tuesday, September 7, 2010
Jemputan Untuk Semua Ahli Keadilan Perak
Turut hadir pada majlis ini:
Sanator Zamri
YB Dollah Sani
YB Amiruddin
YB Azmin Ali
Shamsul AMK
Rafizi AMK
YB Fauziah
YB Dr Lee
YB SivarasaYB Zuraida
YB Kamarul Baharin
YB Tian Chua
YB Amran
YB Aziz
YB Dt Johari Abdul
YB Dt Dr Mansor
Sunday, September 5, 2010
We choose to disagree
Sidang akhbar MPN Perak pada 31hb Ogos 2010. Mesyuarat MPN yang bersidang pada hari ini bersetuju sabulat suara mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj.Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang.
We choose to disagree
Mesyuarat AJK Cabang Bukit Gantang yang diadakan pada 5hb Sept 2010 telah memutuskan untuk menolak beberapa desakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) "mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj. Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang".
Bukit Gantang berpendapat, keputusan MPN telah menidakkan hak setiap ahli untuk memilih kepimpinan yang termaktub di dalam perlembagaan parti pindaan 2009.
Bukit Gantang akan menyerahkan 100% pencalunan kepada ahli pada Mesyuarat Agungnya yang dijadual akan diadakan pada 18hb Sept ini. Dan jika ahli mencalunkan Tuan Hj.Mustafa Kamil maka AJK Cabang dengan rasa bangga mematuhinya.
Tuesday, August 31, 2010
Sunday, August 29, 2010
Pemilihan 2010 Bukit Gantang
Hari ini terisi semua jawatan selepas beberapa tahun ia kosong dan hanya disandang oleh pemangku. Antara jawatan-jawatan itu adalah Timbalan Ketua, Ketua Wanita dan Naib Ketua.
Hampir semua jawatan dimenangi tanpa pertandingan antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Cabang.
Jawatan Ketua Wanita yang dipangku oleh Puan Zaitun kini sah milik beliau setelah tiada lagi borang pencalunan diterima selepas tempoh penamaan calun tamat.
Walau bagainamapun pemilihan tetap akan berlaku pada 18 Sept ini selepas tiga pencalunan diterima untuk jawatan Naib Ketua.
Mereka yang telah diterima pencalunan adalah En Lee Ling Kong, En Jamaluddin Nordin dan En Khairul Azman.
Tahniah kepada yang telah berjaya dan selamat menjalankan tugas.
Hampir semua jawatan dimenangi tanpa pertandingan antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Cabang.
Jawatan Ketua Wanita yang dipangku oleh Puan Zaitun kini sah milik beliau setelah tiada lagi borang pencalunan diterima selepas tempoh penamaan calun tamat.
Walau bagainamapun pemilihan tetap akan berlaku pada 18 Sept ini selepas tiga pencalunan diterima untuk jawatan Naib Ketua.
Mereka yang telah diterima pencalunan adalah En Lee Ling Kong, En Jamaluddin Nordin dan En Khairul Azman.
Tahniah kepada yang telah berjaya dan selamat menjalankan tugas.
Monday, August 16, 2010
Kredibiliti Pendakwaan Terjejas
Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.
Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!
ANWAR IBRAHIM
sumber :anwaribrahimblog.com
Wednesday, August 11, 2010
Monday, August 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)










