Saudara saudari sekalian
Kita kini diibaratkan berada dalam keadaan yang agak nazak, pelbagai fitnah dan cubaan untuk menggugat semangat juang. Fitnah ini amat dekat dengan kita sebagai ahli Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang. Tindakan melompat parti amat menconteng arang kepada parti tempat kita bernaung.
Amat terkesan sangat bila ADUN kita sendiri di parlimen ini adalah ADUN terawal melompat seterunya menjatuhkan kerejaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.
Saya terlibat secara langgung untuk merakyatkan pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Perak, begitu banyak pekara yang boleh dilakukan dan telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Malang atas alasan ketuanan melayu ADUN-ADUN ni melompat.
Sehingga kini mereka belum dapat mengemukan bukti apatah lagi berdepan dengan kita memberi penjelasan.
Setelah kerajaan Pakatan Rakyat tumbang, segala usaha untuk merakyatkan pemerintahan terbantut dan usaha untuk itu menjadi begitu sukar. Kita juga membela melayu, cina dan india. Setelah BN merampas kuasa, dan sebelum kejatuhan mereka pada 8/3/2008, di mana dan bila kita melihat mereka bersungguh membela melayu.
Zaman sukar inilah saya dan sekretariat mesyuarat agung cuba sampaikan dengan bunga-bungaan pada slide.
Saudara-saudari, Itu adalah bunga Mei, yang boleh mekar pada keadaan paling sukar, masyarakat cina memberikan ia perumpamaan sebagai manusia yang boleh hidup dalam keadaan yang amat sukar. Bunga ini boleh mekar pada musim salji.
Begitu juga kita, saya imbau kembali pada tahun 2004, Keadilan hanya ada seorang ahli parlimen, itupun kita menang dengan majoriti sebanyak 590 undi. Pada waktu itu kita juga sukar tetapi kita telah bangun dan menang dengan lebih besar pada tahun 2008. Ini cabaran bagi kita.
Saya amat yakin jika kita teruskan agenda membela rakyat, tegak bersama prinsip parti melalui 17 tunjang perjuangan. Kita boleh ke Putra Jaya.
Saya juga melihat dan terkesan dari kos perbelanjaan sekarang, harga barang tidak setimpal dengan pendapatan.
Bagaimana rakyat di Kuala Sepetang, Trong dan pekerja am di Changkat Jering berhempas pulas untuk mendapatkan sara hidup lebih kurang RM1500 sebulan. Pada waktu yang sama ketua audit negara melaporkan pelbagai pembaziran melibatkan jumlah wang rakyat yang banyak.
Morgan Stanley pula melapurkan kita kehilangan RM100 bilion sejak 1980 akibat rasuah. Pada waktu yang sama kita hanya perlukan RM1 bilion untuk perbelajaan adik-adik kita di pusat pengajian tinggi setahun, dengan peruntukan ini, mereka tidak perlukan PTPTN.
Nasib baik perlaksanaan GST ditangguhkan, jika tidak barangan akan naik bukan sekadar 4% seperti digambarkan tetapi minimum 12% kenyataannya seterusnya lebih memberi kesusahan kepada rakyat bawahan.
Kita mahu negara ini dimajukan, kemajuan perlu seiring dengan peningkatan jati diri rakyatnya. kejadian penderaan kanak-kanak dan isu buang bayi adalah isu yang menjadi-jadi kini.
Di Kampung Seberang, Kuala Sepetang, jika berkesempatan lawatlah ke sana pada petang Sabtu, Lihatlah anak muda kita bergelimpangan di jalan secara terbuka laloq dan hayal akibat dadah. Dua contoh ini mengambarkan rosaknya jati diri manusia.
Kita anak-anak muda adalah gambaran masyarakat akan datang, contoh masalah di atas berlaku kepada anak-anak muda. Mereka gagal membendung kemarahan hingga mendera dan membunuh anak sendiri. Mereka mengikut nafsu hingga merosakkan diri. Jika mereka boleh melakukan itu, percayakah kita, mereka ini akan melakukan perkara yang baik untuk orang lain, apakah kita boleh berharap kepada generasi ini untuk mentadbir negara?
Justeru saya merayu saudara-saudari. Datanglah kepada kami. Bantulah kami untuk membantu saudara-saudari dan juga anak dan bakal generasi kita untuk masa akan datang.
Berilah harapan baru untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment