Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, March 27, 2010

Minggu ini

Thursday, March 25, 2010

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor Dalam Masa 60 Hari

Alfatehah untuk Ahli Parlimen Keadilan Hulu Selangor Dato Zainal Abidin Ahmad, 71 yang telah meninggal dunia di rumah beliau di Batu 9 1/2 Jalan Cheras, Kajang jam 9.30 malam tadi. Takziah buat keluarga Allahyarham.


Wednesday, March 24, 2010

Ucapan Ketua AMK Pada MAT AMK C

Saudara saudari sekalian

Kita kini diibaratkan berada dalam keadaan yang agak nazak, pelbagai fitnah dan cubaan untuk menggugat semangat juang. Fitnah ini amat dekat dengan kita sebagai ahli Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang. Tindakan melompat parti amat menconteng arang kepada parti tempat kita bernaung.

Amat terkesan sangat bila ADUN kita sendiri di parlimen ini adalah ADUN terawal melompat seterunya menjatuhkan kerejaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

Saya terlibat secara langgung untuk merakyatkan pemerintahan Pakatan Rakyat Negeri Perak, begitu banyak pekara yang boleh dilakukan dan telah dilaksanakan di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat. Malang atas alasan ketuanan melayu ADUN-ADUN ni melompat.

Sehingga kini mereka belum dapat mengemukan bukti apatah lagi berdepan dengan kita memberi penjelasan.

Setelah kerajaan Pakatan Rakyat tumbang, segala usaha untuk merakyatkan pemerintahan terbantut dan usaha untuk itu menjadi begitu sukar. Kita juga membela melayu, cina dan india. Setelah BN merampas kuasa, dan sebelum kejatuhan mereka pada 8/3/2008, di mana dan bila kita melihat mereka bersungguh membela melayu.

Zaman sukar inilah saya dan sekretariat mesyuarat agung cuba sampaikan dengan bunga-bungaan pada slide.

Saudara-saudari, Itu adalah bunga Mei, yang boleh mekar pada keadaan paling sukar, masyarakat cina memberikan ia perumpamaan sebagai manusia yang boleh hidup dalam keadaan yang amat sukar. Bunga ini boleh mekar pada musim salji.

Begitu juga kita, saya imbau kembali pada tahun 2004, Keadilan hanya ada seorang ahli parlimen, itupun kita menang dengan majoriti sebanyak 590 undi. Pada waktu itu kita juga sukar tetapi kita telah bangun dan menang dengan lebih besar pada tahun 2008. Ini cabaran bagi kita.

Saya amat yakin jika kita teruskan agenda membela rakyat, tegak bersama prinsip parti melalui 17 tunjang perjuangan. Kita boleh ke Putra Jaya.

Saya juga melihat dan terkesan dari kos perbelanjaan sekarang, harga barang tidak setimpal dengan pendapatan.

Bagaimana rakyat di Kuala Sepetang, Trong dan pekerja am di Changkat Jering berhempas pulas untuk mendapatkan sara hidup lebih kurang RM1500 sebulan. Pada waktu yang sama ketua audit negara melaporkan pelbagai pembaziran melibatkan jumlah wang rakyat yang banyak.

Morgan Stanley pula melapurkan kita kehilangan RM100 bilion sejak 1980 akibat rasuah. Pada waktu yang sama kita hanya perlukan RM1 bilion untuk perbelajaan adik-adik kita di pusat pengajian tinggi setahun, dengan peruntukan ini, mereka tidak perlukan PTPTN.

Nasib baik perlaksanaan GST ditangguhkan, jika tidak barangan akan naik bukan sekadar 4% seperti digambarkan tetapi minimum 12% kenyataannya seterusnya lebih memberi kesusahan kepada rakyat bawahan.

Kita mahu negara ini dimajukan, kemajuan perlu seiring dengan peningkatan jati diri rakyatnya. kejadian penderaan kanak-kanak dan isu buang bayi adalah isu yang menjadi-jadi kini.

Di Kampung Seberang, Kuala Sepetang, jika berkesempatan lawatlah ke sana pada petang Sabtu, Lihatlah anak muda kita bergelimpangan di jalan secara terbuka laloq dan hayal akibat dadah. Dua contoh ini mengambarkan rosaknya jati diri manusia.

Kita anak-anak muda adalah gambaran masyarakat akan datang, contoh masalah di atas berlaku kepada anak-anak muda. Mereka gagal  membendung kemarahan hingga mendera dan membunuh anak sendiri. Mereka mengikut nafsu hingga merosakkan diri. Jika mereka boleh melakukan itu, percayakah kita, mereka ini akan melakukan perkara yang baik untuk orang lain, apakah kita boleh berharap kepada generasi ini untuk mentadbir negara?

Justeru saya merayu saudara-saudari. Datanglah kepada kami. Bantulah kami untuk membantu saudara-saudari dan juga anak dan bakal generasi kita untuk masa akan datang.

Berilah harapan baru untuk Malaysia.


Tuesday, March 16, 2010

Notis Mesyuarat Agung

Notis telah dihantar melalui pos dan email pada awal minggu pertama Mac 2010.

Mesyuarat Agung Tahun 2009 akan berlangsung seperti berikut:

Mesyuarat Agung Wanita Cabang
20hb Mac 2010 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Cabang Taman Molek.

Mesyuarat Agung Angkatan Muda Cabang
20hb Mac 2010 jam 9.01 malam bertempat di Pejabat Cabang Taman Molek.

Mesyuarat Agung Cabang
21hb Mac 2010 jam 9.00 pagi bertempat di Pejabat Cabang Taman Molek.

Tuesday, March 9, 2010

Rukun Nikah


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab & Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

Mana-mana rukun tersebut jika tak dipenuhi maka tak sahlah nikahnya. Setiap satu rukun diatas ada pula sub rukun yang wajib. Perincian adalah seperti di bawah:

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Aku nak ulas bab rukun ke 4 sub fasik. Fasik ni difinasinya:

"Fasik bermaksud orang yang ingkar atau memandang ringan akan suruhan dan larangan Allah S.W.T. Dia percaya kepada ajaran Islam, tetapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum mengikut fikiran atau selera sendiri". http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasiq

Bagaimana pula mereka ini (Fasik) jika masih menjadi wali: Tidak sah sub rukun, tak sah juga rukun membawa tak sah nikah.

Nampaknya ramailah anak-anak luar nikah di Malaysia akibat bapa pengantin perempuan tidak mahu menegakkan hukum Allah.

Thursday, March 4, 2010

Iman

Iman Semut

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu"?

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan Allah, aku percaya rezeki di tangan Allah, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk aku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menempelak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Itulah Iman Semut!!

Iman manusia

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat.

Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik kerumah dan Mungkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik.

Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di ditemuduga oleh Mungkar Nakir. Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Diakhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan sokongan duit yang banyak, biasanya, iman akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Tuesday, March 2, 2010

Sidang Dun Perak Akan Datang 30hb Mac

Setiausaha Dewan Negeri Perak  memaklumkan sidang DUN Perak kali yang pertama bagi penggal ke tiga  akan diadakan pada 30hb Mac akan datang.

DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan mencemar Duli merasmikan perasmian sidang DUN kali ini.

Kenapa Aku Di Sini?