Bukit Gantang 26 OGOS 2012 : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1433h bagi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Umum Keadilan, Dato'Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Perak, Dr. Muhammad Nor Manuty dan barisan kemimpinan Keadilan Cabang di seluruh negeri termasuk Pimpinan DAP dan PAS.
Program yang yang bermula jam 4 petang dan berakhir jam 6.30 petang di Dataran Lot 930 (Dataran Funfair), Jalan Simpang, Simpang dengan semangat perubahan luar biasa dibanjiri lebih 2000 rakyat dari pelbagai kaum.
Antara tetamu pimpinan DAP yang hadir ialah Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham dan Ustaz Idris Ahmad mewakili PAS.
Rumah terbuka itu menyaksikan Dato Seri Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan pemimpin Keadilan negeri turun padang untuk beramah mesra dengan rakyat pelbagai lapisan.
![]() |
Kehadiran masyarakat pelbagai kaum bukti rakyat mahukan perubahan. |
![]() |
Angkatan Muda Keadilan (AMK Perak) menaja kuewtiaw goreng |
![]() |
Antara hidangan yang disajikan lemang,ketupat dan rendang. Air cendol,bihun sup,mee rebus, sate dan 3 ekor kambing bakar yang ditaja khas juga habis kurang 2 jam. |