Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, January 29, 2010

Kita Tak Dilindungi

Pagi tadi aku berkesempatan untuk ziarah di Teluk Datuk di selatan Selangor. Tak melawat sapa-sapapun cuma kena kerja di sana. Masa menunggu kerja selesai sempatlah aku berbual dengan seorang Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Teluk Datuk En Md Azha##.

Saja tanya dia dakwa sapa hari ni dan kes apa?
Makanan, pendek jawapan dia.

Sekarang tak ada apa yang selamat dimakan, lembu, kambing, ayam disuntik dadah, makanan haiwan pula ditaruk entah apa-apa. Daging dan ayam proses ditaruk pewarna,  ikan yang makan benda elok di laut naik ke kapal dibubuh pengawit mayat (cerita lama), Sayuran terlebih racun-Singapura reject kita sapu jugak...... ......................

Aku ingat dia nak berhenti di makanan tu saja tapi berjela rupanya. Aku tanya lagi, habih tu apa pilihan kita encik... dia diam lebih kurang 20 saat dan tindakan dia tu dah memberi jawapan betapa kita semua sekarang di dalam keadaan yang amat berisiko.

Tak pa, kita semua akan mati muda, keluar ayat tu dari dia dan semua orang yang dengar perbualan kami sengeh tawaq.

Aku jawab balik, aku tak dak masalah mati awai, tapi aku tak sanggup sakit itu ini sebelum mati. Mintak-mintak amalan aku cukup untuk ke alam bahagia.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?