Keadilan Bukit Gantang pada tahun ini genap 10 tahun membela rakyat di parlimen yang diwakilinya.
Daripada zaman kemuncak sokongan rakyat kepadanya pada tahun 1999 kemudian merudum hingga dikatakan telah tenat pada 2004 hinggalah bangkit semula pada tahun 2008.
Dalam meniti usia 10 tahun ini membuatkannya lebih matang dan rangka kerja lebih teratur. Ramai yang cemerlang hasil motivasi dan didikan parti. tidak juga kita lupa pada mereka yang lebih awal meninggalkan kita. Walau apapun Arwah Cikgu An-Pengerusi Tetap dan Puan Raja Haniza-Ketua Wanita tetap dikenang.
Walaupun amat nostalgia untuk berpindah dari pejabat lama yang telah disewa 9 tahun di Taman Simpang, namun kehendak untuk memajukan parti terpaksa diakur dan Keadilan Bukit Gantang kini beroperasi di Taman Molek. Di situ juga kami letakkan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Changkat Jering dan Parlimen Bukit Gantang.
Jumlah ahli bertambah dari hanya beberapa puluh pada awal tahun penubuhannya yang kini mencapai angka ribu.
Keadilan Bukit Gantang menerima tamparan paling hebat apabila wakilnya Kapt Osman mengkianati parti, perjuangan, rakyat yang mengundi dan rakyat negeri Perak. Keikhlasan Osman seumpama seekor semut hitam di atas batu hitam di malam gelita.
Walaupun begitu, asas institusi keadilan adalah mengangkat 17 asas perjuangan membela rakyat dan ia hingga kini tidak lekang dari setiap matlamat penggeraknya.
Angkatan muda ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja program ini, para penderma dan petugas-petugas yang tidak mengenal lelah. Hanya tuhan saja dapat membalas jasa tuan-tuan dan puan-puan. Juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada En Lau Tek Hai, SU Cabang yang juga pengarah program ini.
No comments:
Post a Comment