Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, March 9, 2010

Rukun Nikah


Rukun nikah dibahagikan kepada 5 iaitu:

1. Pengantin lelaki
2. Pengantin perempuan
3. Akad (Ijab & Qabul)
4. Wali
5. Dua orang saksi

Mana-mana rukun tersebut jika tak dipenuhi maka tak sahlah nikahnya. Setiap satu rukun diatas ada pula sub rukun yang wajib. Perincian adalah seperti di bawah:

1. Pengantin lelaki
Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan
Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)
Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali
Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Aku nak ulas bab rukun ke 4 sub fasik. Fasik ni difinasinya:

"Fasik bermaksud orang yang ingkar atau memandang ringan akan suruhan dan larangan Allah S.W.T. Dia percaya kepada ajaran Islam, tetapi tidak mengamalkannya atau mentakwil hukum mengikut fikiran atau selera sendiri". http://ms.wikipedia.org/wiki/Fasiq

Bagaimana pula mereka ini (Fasik) jika masih menjadi wali: Tidak sah sub rukun, tak sah juga rukun membawa tak sah nikah.

Nampaknya ramailah anak-anak luar nikah di Malaysia akibat bapa pengantin perempuan tidak mahu menegakkan hukum Allah.

1 comment:

  1. sebab itu kalau kita peratikan sebelum akad nikah atau sebelum wakalah wali lazimnya naib kadi akan meminta wali untuk mengucap terlebih dahulu.. wallahualam

    ReplyDelete

Kenapa Aku Di Sini?