Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, October 20, 2010

Amanah Kepada Pekerja


Wakil rakyat, samada ahli parlimen atau ahli dewan undangan adalah wakil kepada rakyat. Antara tugas mereka adalah menjadi perantara atau penyelesai masalah rakyat.

Suara yang dibawa ke parlimen atau DUN adalah suara yang mewakili rakyat tidak kiralah masalah itu seremeh tak mampu membayar bil utility hinggalah masalah dunia. Keputusan mereka juga akan memberi kesan pada waktu lani dan juga masa depan. Semestinya rakyat amat berhapap pada mereka untuk masa depan yang terbaik.

Naïve nya aku katakan, rakyat dan kebajikan rakyat purlulah diletakkan diatas pada senarai keutamaan tugas wakil rakyat.

“Berikan upah pekerja sebelum kering keringatnya”

 

Malaysian Insider hari ini melaporkan “Muflis: Umno mahu rayu, elak pilihan raya kecil DUN Kuala Nerang” data pada laporan ini mengaitkan wakil rakyat ini atau syarikat yang diwakilinya berhutang RM700,000.00 kepada KWSP untuk caruman bulanan untuk pekerja.

 

Jumlah RM700,000.00 terhutang sejak tahun 2003 merupakan jumlah besar untuk rakyat biasa, rakyat yang mewakilkan beliau untuk menjaga amanah. Jika pada tahun itu seorang pekejanya menerima gaji RM1,000.00 sebulan, maka 22% atau RM220.00 caruman untuk KWSP yang tidak dicarumkan. Juga bermaksud 3182 bulan caruman pekerjanya tidak dicarum. Senang kira lagi bersamaan 265 tahun.

 

Jumlah 265 tahun adalah untuk seorang pekerja, tentu saja jumlah tahun ini berkurang jika bertambah jumlah pekerja, tatapi realitinya, tentu melibatkan amanah pekerja atau pekerja-pekerjanya.

 

Datuk Syed Sobri menjadi wakil rakyat selepas beliau gagal menunaikan amanah pekerjanya yang telah termaktub dalam undang-undang. Bayangkan bagaimana beliau akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang tanggungjawabnya tidak termaktub pada mana-mana undang-undang.

 

Mampukan beliau menanggung amanah?

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?