Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, October 9, 2010

Rumah Terbuka Ranting Matang Gelugur



30 Sept Ranting Matang Gelugur di dalam DUN Kuala Sepetang telah menganjurkan rumah terbuka Aidil Fitri. Walaupun ranting ini dan sekitarnya didiami oleh masyarakat melayu, namun kehadiran tetamu menunjukkan bagaimana eratnya ahli keadilan Bukit Gantang dalam bermasyarakat. Kaum cina dan india turut hadir pada rumah terbuka ini.


Naib ketua cabang yang juga ketua angkatan muda dalam ucapannya juga menegaskan perlunya rakyat Malaysia memahami adat budaya kaum lain dan bertoleransi dalam bernegara. Semangat ini telah tersemai sejak penubuhan keadilan pada 4 April 1999. Muafakat yang diamalkan pada majlis ini juga perlu dijadikan contoh pada program-program lain.


Pada majlis ini juga beberapa penduduk yang kurang berkemampuan dibantu dengan  peyampaian sumbanganan barangan keperluan harian yang didermakan oleh badan koperat dan individu: Terima kasih daun keladi kami uncapkan kepada semua penderma.










No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?