Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, January 26, 2011

Anuar semakin bersemangat


RAJA Pecut 2010, Anuar Manan semakin bersemangat dalam misinya melakar kejayaan pada Kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011.
Selepas menduduki tempat ketiga pada perlumbaan peringkat kedua dari Kangar ke Butterworth kelmarin, Anuar sekali lagi mencuri tumpuan apabila menamatkan saingan peringkat ketiga dari Taiping ke Sitiawan selaku naib juara.
Kejayaan itu telah menyuntik semangat pelumba pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) ini untuk memberikan cabaran lebih sengit kepada pencabar utamanya, Andrea Guardini daripada pasukan Farnese Vini-Neri Sottoli.
Selepas berakhirnya tiga peringkat perlumbaan, kedua-dua pelumba itu berkongsi 51 mata tetapi Guardini lebih layak menyarung Jersi Biru selaku Raja Pecut kerana pelumba kelahiran Itali itu berjaya memenangi peringkat pertama dan kedua.
Begitupun, Anuar yang menjadi taruhan pasukan TSG tidak pulang dengan tangan kosong kerana dia masih mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia buat hari kedua berturut-turut.
Kelmarin, Anuar merampas Jersi Putih daripada pelumba pasukan kebangsaan Korea Selatan, Park Sung-baek yang tidak berkayuh pada peringkat ketiga selepas mengalami kecederaan akibat kemalangan di Butterworth.
"Perasaan kecewa tetap ada sedikit kerana saya gagal memenangi perlumbaan peringkat ketiga hari ini (semalam) tetapi dalam masa yang sama, saya masih boleh gembira kerana tetap berada di atas podium.
"Sekurang-kurangnya dengan kejayaan menduduki tempat kedua hari ini (semalam) saya telah dapat memperbaiki pencapaian saya pada perlumbaan peringkat kedua semalam (kelmarin)," kata Anuar.
Jelas Anuar, dia agak keletihan pada perlumbaan itu kerana sering mengawasi kelibat Guardini yang berjaya menamatkan perlumbaan semalam di tempat ketiga.
"Seperti yang kita ketahui, dia (Guardini) cukup berpengalaman dan dia tampil pada perlumbaan peringkat ketiga hari ini (semalam) dengan reputasi sebagai juara dua peringkat terdahulu.
"Jadi saya tidak mahu ketinggalan jauh di belakang Guardini dan cuba sedaya upaya untuk terus memberikan saingan kepadanya sejak awal perlumbaan lagi. Saya banyak membazirkan tenaga kerana mahu lawan Guardini," jelasnya.
Ketika menuju ke garisan penamat pada perlumbaan membabitkan laluan sejauh 144.9 kilometer dari Taiping ke Sitiawan semalam, Anuar dilihat agak sukar untuk menandingi kehebatan pelumba pasukan Skil Shimano Cycling, Marcel Kittel yang muncul juara.
"Hanya itu sahaja yang saya mampu lakukan kerana (Kettel) sudah agak jauh ke depan. Saya pula terpaksa bersaing dengan pelumba-pelumba yang lain dan hampir terjatuh," kata Anuar
Dipetik Khas Dari Media Khas Untuk Peminat Sukan Malaysia
        AMK Bukit Gantang : Semalam perlumbaan Peringkat 3 LTDL  Dari Taiping-Setiawan telah lalu di kawasan Parlimen Bkt Gantang.Ramai rakan sempat menonton perlumbaan bertaraf dunia ini secara`Live`.
       Terima Kasih kepada pihak penganjur kerana telah sudi melalui bkt gantang untuk perlumbaan LTDL tahun ini.Harap tahun depan lalu lagi dkt Bkt Gantang.
    

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?