Amk Bkt Gantang pelik dengan sikap Nazri Aziz ini apabila dia pula yang sibuk dengan kenyataan Karpal yang menpertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan? Jika Ummni Hafilda telah bersumpah bahawa dia tidak mendapat sebarang imbuhan dari mana-mana pihak,mengapa Umno pula yang gelabah dengan kenyataan Karpal ini?
Mengulas kenyataan Nazri Aziz di dalam Mstar.
Saman Ummi Hafilda: Biar Mahkamah Putuskan - Nazri
SETIU: "Itu Karpal yang kata, Karpal bukan hakim," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berhubung isu saman RM700 juta yang ingin difailkan Ummi Hafilda Ali termasuk terhadap Karpal Singh.
Menurut Nazri, kenyataan Karpal yang mempertikai kelayakan Ummi Hafilda memfailkan saman berkenaan kerana faktor masa membayangkan seolah-olah PengerusiKebangsaan DAP mengharapkan saman itu tidak diteruskan.
"Karpal bukan hakim untuk buat keputusan itu. Macam sudah tak ada alasan lain.
"Apa saja kes terhadap Karpal, bawa sajalah, biar mahkamah yang putuskan," katanya ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Karpal semalam yang menggesapeguam mewakili Ummi Hafilda agar terlebih dahulu memahami dan meneliti peruntukan undang-undang sebelum memfailkan saman terhadap beliau.
Dalam sidang medianya di George Town pada Ahad, Karpal berkata, berdasarkanperuntukan undang-undang, seseorang yang ingin menyaman mana-mana pihak atas sebarang sebab sebenarnya diberi tempoh tidak lebih dari enam tahun.
Bagaimanapun, menurut peguam kanan itu, kes melibatkan Ummi Hafilda telah melepasi had enam tahun kerana berlaku lebih 13 tahun lalu.
Ummi Hafilda yang merupakan adik Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali dilaporkan mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Karpal serta PAS.
Menurut Ummi Hafilda, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu.
Saman ke atas Karpal pula berjumlah RM200 juta kerana melanggar kepercayaannya selaku anak guam selepas beliau dan bekas pemandu Anwar, Azizan Abu Bakarbertemu Karpal pada tahun yang sama untuk mendedahkan perilaku buruk Anwar.
Wan Azizah dan PAS masing-masing disaman RM100 juta. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment