Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, February 1, 2011

Menang Tenang


Apapun alasan PR untuk menidakkan keputusan Tenang ia tidak akan dapat melawan fakta yang terjadi di sana. Keputusan nyata menunjukkan apa saja yang telah dilakukan BN adalah baik belaka. Majoriti pengundi di Tenang menyatakan begitu. Kenyataan ini agaknya juga adalah gambaran kepada pola sokongan pengundi seluruh Malaysia.

BN dengan ini yakin bahawa mereka disokong dan rakyat Malaysia tidak kisah dengan keadaan kesusahan akibat keputusan yang dibuat oleh kerajaan.

Bagi suri rumah, harga barangan dapur amat mengejutkan. Harga bawang minggu lepas dan minggu ini jauh berbeza. Tetapi suri rumah juga tak kisah dan masih memberi sokongan kepada BN.

Atas keyakinan pengundi tidak kisah dengan beban harga yang ditanggung, maka mulai jam 12.01am tadi harga minyak RON97 dinaikkan RM0.10.

Kenaikan ini akan mengakibatkan kos pengeluaran pengilang bertambah dan seterusnya kenaikan harga barangan penguna lain turut terkesan.

Ada sapa-sapa kisah?

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?