Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, February 14, 2011

Seladang semakin hebat


                  Hujung minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Stadium Ipoh,Perak bersama kawan-kawan untuk menonton pelawanan bola sepak Liga Super diantara Perak lawan Negeri Sembilan yang berkesudahan Perak menang 2-0.Saya salah seorang daripada  16 ribu penyokong perak yang hadir pada malam itu.Sokongan  peminat terhadap skuad bola sepak telah kembali setelah pasukan Perak mengalami kemorosotan beberapa musim lepas.
               
               Kami disajikan dengan pemainan menarik oleh kedua-dua pasukan.Pada perlawanan itu,Perak telah menberi tekanan kepada Negeri Sembilan seawal permainan lagi.Ketika seusia permainan memasuki  minit ke 2 pemain Perak Isma Alif telah menbuat rembatan deras yang hampir menerjah gawang Negeri Sembilan.
        
                Separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.sebaik bermula separuh masa kedua Perak telah mengandakan asakan sehingga pemain pertahanan terpaksa menjatuhkan Akmal Rizal dalam kotak penanti pada minit 51 dan Perak dihadiahkan sepakan penanti yang telah disempunakan oleh ketua pasukan Shahrul Nizam Mustapa.
       
               Pada minit ke 75 pemain sayap Perak Muhd Fazrul bijak melambungkan bola dari tengah kepada Akmal Rizal yang melepasi pertahanan Negeri Sembilan sebelum Akmal merembat deras ke pintu goal Negeri Sembilan untuk goal ke dua.Keputusan ini kekal sehingga akhir pelawanan.
           
              Secara keseluruhan pemainan pasukan Perak telah banyak meningkat.Oleh itu,secara peribadi saya menyeru kepada rakan-rakan yang berkelapangan pada malam minggu supaya datang ke Stadium untuk menberi sokongan kepada pasukan Perak.
    
             Jikalau kita tidak menberi sokongan siapa lagi yang menhendak menberi sokongon kepada pasukan bola sepak Perak?Ayuh kita ke stadium menberi sokongan.
      
            
                

 -Muhamad Faisal(AMK Bukit Gantang)

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?