Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, March 8, 2011

Mereka Masih Berkuasa

Saudara dan Saudari,

Tiga tahun sudah berlalu sejak tsunami politik melanda negara. Tanggal 8 Mac 2008 telah memberi harapan baru kepada rakyat seolah-olah kita akhirnya punyai suara untuk tentukan masa depan negara.

Namun ianya tidaklah semudah seperti yang disangkakan.   

Kebangkitan tersebut telah menimbulkan keresahan dikalangan yang masih berkuasa. Sistem undang-undang dipermainkan, serangan politik diperhebatkan dan malangnya rakyat terus disisihkan. Lihat sajalah betapa bangganya mereka mewarwarkan kononnya ekonomi negara bertambah baik, sedangkan rakyat biasa makin dihimpit dengan kesengsaraan hidup. 

Adakah kita tidak mampu menilai?

Sebagai seorang rakyat Malaysia saudara dan saudari pasti berasa sedih dan kecewa.  Polimik perkauman terus diapi-apikan, duit ditabur untuk meraih sokongan sedangkan kekayaan negara terus rakus dirompak. Tidak hairanlah mengapa ruang untuk kita bersuara terus dinafikan.

Mungkin benar bahawa dengan sistem yang sedia ada, kita tidak mampu membawa perubahan.

Dengan kongkongan media yang berterusan, mungkin luahan ini sampai bila tidak akan didengari mereka.

Saya percaya
saudara dan saudari terus kecewa diluar sana. Pesanan saya kepada saudara dan saudari, janganlah putus harapan. Walaupun kita pasrah kerana mereka terus berkuasa, ingatlah bahawa tiga tahun yang lalu kita begitu hampir menumbangkan mereka.


www.keadilannetwork.com
Afif Nasri

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?