Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Tuesday, April 12, 2011

AMK Bukit Gantang mengajak seluruh Rakyat Perak turun Ipoh malam ini

Bersempena perlawanan tumpuan Liga Super malam ini diantara Perak lwn Kelantan.AMK Bukit Gantang menyeru seluruh rakyat Perak tak kira apa jua fahaman Politik anda agar datang ke Stadium Ipoh malam ini untuk menberi sokongan padu kepada skuad bola sepak negeri Perak yang bakal menerima kunjungan Pasukan Kelantan.

Ayuh!anak-anak muda seluruh perak datang ke stadium Perak malam ini.Tak kira sama ada anda penyokong Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional ketepikan fahaman politik seketika ayuh kita bergandingan bahu bersatu menyokong skuad Bola Sepak Perak.

Saya sendiri  secara peribadi saya akan turun bersama-sama sahabat saya malam ini untuk menberi sokongan penuh kepada skuad Kejor Yob Kejor kita.Kepada yang beragama islam jangan lupa sembahyang magrib,dalam Stadium pun sudah banyak Surau.Kita harus ingat kewajipan sebagai umat Islam.Bola bola jugak sembahyang jangan tinggal.

Bagi anda yang tidak berkesempatan untuk datang ke stadium ipoh malam ini.jangan risau Astro Arena akan menyiarkan perlawanan hebat ini.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?