IPOH 23 APRIL : ADUN Behrang, Jamaludin Radzi  diputuskan tidak bersalah oleh Mahkamah Tinggi Ipoh atas tuduhan  menerima rasuah, manakala ADUN Changkat Jering, Osman Jailu  diperintahkan membela diri atas tuduhan yang sama.
Hakim Teo Say Eng memutuskan Osman membela diri berikutan bukti yang  dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kukuh.
Osman dan Jamaludin didakwa kerana dikatakan menerima rasuah bagi  mendapatkan satu projek iaitu cadangan membangunkan tanah seluas 36.42  hektar bernilai RM180 juta di kawasan pusat bandar Seri Iskandar.
Bagaimanapun kes mereka digugurkan oleh Mahkamah Seksyen pada 23  April 2010. Pihak Pendakwa Raya bagaimanapun tidak berpuas hati dan membuat rayuan atas keputusan dan kes mereka disebut semula 22 April 2011 Mahkamah Tinggi Ipoh. 
Jamaludin dibebaskan kerana rakaman video dan audio yang dijadikan  bukti oleh pihak pendakwa raya tidak jelas.
Transaksi rakaman perbualan telefon Jamaludin dikatakan tidak jelas  dan seringkali terputus.
 Osman dan Jamaludin adalah bekas ADUN Pakatan Rakyat Perak sebelum  melompat ke parti UMNO BN setelah disabitkan kesalahan terlibat dengan  kes rasuah.
http://www.tvsnews.net/




Jangan Risau wahai Osman..jilat bagi rapat sikit..kamu akan terbela..tak payah susah susah bela diri diMahkamah...hi hii sekarang 1malaysia semua boleh..dulu hanya Malaysia Boleh ..sekarang Semua Boleh..berlakon,rogol,songlap dan adakan Tayang Amal VCD Lucah dan tak lama lagi Pendidikan Seks secara Live akan dibolehkan..sooo Jangan Risau anak Jailu...soal kes rasuah rm180juta sap sap soyyy..aje...
ReplyDelete