Ceramah  peneranan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang dengan tema "Gelombang  Kuning" dijadualkan akan diadakan pada 15hb Jul 2011 pada hari Jumaat  bertempat di Taman Sungai Mas, Taiping. Program ini dijadual bermula  pada jam 9:00 malam.
Taman  Sungai Mas terletak 1km simpang sebelah kiri sebelum Taman Kaya dan  merupakan kawasan baru dan belum pernah diadakan apa-apa program ceramah  besar.
Keadilan Bukit Gantang menampilkan penceramah-penceramah antaranya:-
Penasihat  ekonomi di pejabat Mentri Besar Selangor, En Rafizi Ramli yang  merupakan seorang yang mahir dalam memberi penerangan berkenaan program  Buku Jingga.
Dr  Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang pada sebelum perhimpunan  bersih 2.0 telah ditahan polis hanya kerana beliau memakai baju berwarna  kuning, walaupun tidak tercetak berkataan bersih pada baju tersebut.
Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan
Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang.
Keadilan  Bukit Gantang juga akan memberi peluang anak-anak muda yang telah  menjayakan perhimpunan bersih 2.0 sabtu lalu untuk menceritakan  pengalaman mereka semasa perhimpunan.
Semua dijemput hadir pada program ini.




No comments:
Post a Comment