Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, July 7, 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

6 Julai 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak polis kerana membuat pengumuman secara besar-besaran kepada orang ramai bahawa polis telah berjumpa 36 bom petrol dan senjata-senjata di kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengumuman yang dibuat oleh polis tanpa siasatan yang menyeluruh dan teliti serta terus menuduh bahawa senjata-senjata berikut mempunyai perkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat politik jahat.

Walaupun Yang Dipertuan Agong dalam titahnya secara jelas agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan adil dan saksama serta menyelesaikan masalah dengan rundingan bersama organisasi-organisasi yang berkenaan.

Namun demikian, operasi penangkapan masih berterusan malahan menahan Ahli Parlimen dan beberapa pemimpin-pemimpin parti di bawah Odinan Darurat, serta menyerbu pejabat ADUN tanpa waran. Perbuatan polis telah engkar terhadap titah Yang DiPertuan Agong.

Lee Khai Loon
AMK Malaysia amat kesal tentang tuduhan yang tidak benar daripada pihak polis terhadap aktivis-aktivis Bersih 2.0 bahawa 36 bom petrol dan senjata-senjata adalah milik mereka tanpa sebarang penyiasatan yang menyeluruh.

AMK Malaysia ingin mempersoalkan pengumuman polis yang berunsur politik tersebut. Bagaimana polis mendapati bahawa senjata-senjata tersebut dimiliki oleh aktivis Bersih 2.0? Adakah siasatan terhadap kemungkinan untuk provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan Bersih 2.0 telah banyak kali menegas bahawa perhimpunan Bersih pada Julai 9 adalah aman, rasional dan bertanggungjawab?

AMK Malaysia berpendapat bahawa sikap polis yang tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0 kerana sampai hari ini pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pemuda-pemuda UMNO serta PERKASA yang seringkali membuat provokasi sehingga mencabar serta mengugut membakar bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Ini telah menunjukkan polis mempunyai double standard dalam palaksanaan tugasnya.

AMK Malaysia menyatakan pihak polis telah melanggar prinsip sebagai seorang penjawat awam. Polis diberi kuasa untuk menjaga keselamatan masyarakat dan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat negara berada dalam keadaan yang selamat. Mereka tidak seharusnya menjadi jentera kepada UMNO-BN isu yang beragenda politik dan menafikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.

Dengan itu, AMK Malaysia mempertikaikan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia telah merosot dan turut menggesa kerajaan menerima cadangan yang diusulkan oleh Suruhanjaya terhadap penstrukturan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia dan menubuhkan serta menguatkuasakan IPCMC dengan segera.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?