Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, July 21, 2011

Sudahkan Anda Memiliki Buku Jingga?


Sudahkan Anda Memiliki Buku Jingga? Jika belum anda boleh dapatkan Buku Jingga ini secara percuma di Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang yang terletak di Tingkat 1, No 5, Lorong 1, Taman Molek, Simpang. Anda juga boleh dapatkan penerangan berkenaan program Buku Jingga ini daripada pertugas Parti sepenuh masa kami di sana iaitu En S Tangamani.

Bukan itu sahaja, Anda juga boleh meminta penerangan berkenaan isu-isu semasa yang telah dibangkitkan oleh UMNO-BN hari ini daripada En S Tangamani di Pejabat Cabang Keadilan Bukit Gantang.

Sunday, July 17, 2011

Ceramah Penerangan Gelombang Kuning

Posting sebelumnya adalah berkaitan.

Keadilan Bukit Gantang merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program yang telah diadakan semalam.

Terima kasih daun keladi kepada semua penceramah yang telah menjayakannya termasuk penceramah dari pimpinan cabang sendiri.

Saudara Rafizi Ramli, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor.
Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng
Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan
Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang.
 
Terima kasih daun keladi juga kepada tuan rumah En Lo yang sudi meminjamkan halaman beliau untuk Program ini.
 
Pada program tersebut Keadilan Bukit Gantang turut merasmikan penubuhan ranting terbaru pada cabang iaitu Ranting Sungai Mas.
Hj Ismail Ketua Cabang Bukit Gantang 4 dari kiri, menyerahkan papan tanda ranting kepada ketua Ranting Sungai Mas En Loh- 1 dari kanan.

Friday, July 15, 2011

Ceramah Penerangan Gelombang Kuning

Ceramah peneranan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang dengan tema "Gelombang Kuning" dijadualkan akan diadakan pada 15hb Jul 2011 pada hari Jumaat bertempat di Taman Sungai Mas, Taiping. Program ini dijadual bermula pada jam 9:00 malam.

Taman Sungai Mas terletak 1km simpang sebelah kiri sebelum Taman Kaya dan merupakan kawasan baru dan belum pernah diadakan apa-apa program ceramah besar.

Keadilan Bukit Gantang menampilkan penceramah-penceramah antaranya:-

Penasihat ekonomi di pejabat Mentri Besar Selangor, En Rafizi Ramli yang merupakan seorang yang mahir dalam memberi penerangan berkenaan program Buku Jingga.

Dr Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng yang pada sebelum perhimpunan bersih 2.0 telah ditahan polis hanya kerana beliau memakai baju berwarna kuning, walaupun tidak tercetak berkataan bersih pada baju tersebut.

Dr Mohamad Noor Manuti, Pengerusi Perhubungan Keadilan Negeri Perak dan


Ustz Nordin Jaafar, YDP PAS Bukit Gantang.

Keadilan Bukit Gantang juga akan memberi peluang anak-anak muda yang telah menjayakan perhimpunan bersih 2.0 sabtu lalu untuk menceritakan pengalaman mereka semasa perhimpunan.

Semua dijemput hadir pada program ini.

Sunday, July 10, 2011

Dua Sinario

Hanya 6 ribu orang saja yang hadir pada perhimpunan BERSIH 2.0 sini


Thursday, July 7, 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

6 Julai 2011

Sikap polis tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK Malaysia) mengutuk sekeras-kerasnya terhadap pihak polis kerana membuat pengumuman secara besar-besaran kepada orang ramai bahawa polis telah berjumpa 36 bom petrol dan senjata-senjata di kawasan negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengumuman yang dibuat oleh polis tanpa siasatan yang menyeluruh dan teliti serta terus menuduh bahawa senjata-senjata berikut mempunyai perkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 yang akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat politik jahat.

Walaupun Yang Dipertuan Agong dalam titahnya secara jelas agar pihak kerajaan menyelesaikan perkara tersebut dengan adil dan saksama serta menyelesaikan masalah dengan rundingan bersama organisasi-organisasi yang berkenaan.

Namun demikian, operasi penangkapan masih berterusan malahan menahan Ahli Parlimen dan beberapa pemimpin-pemimpin parti di bawah Odinan Darurat, serta menyerbu pejabat ADUN tanpa waran. Perbuatan polis telah engkar terhadap titah Yang DiPertuan Agong.

Lee Khai Loon
AMK Malaysia amat kesal tentang tuduhan yang tidak benar daripada pihak polis terhadap aktivis-aktivis Bersih 2.0 bahawa 36 bom petrol dan senjata-senjata adalah milik mereka tanpa sebarang penyiasatan yang menyeluruh.

AMK Malaysia ingin mempersoalkan pengumuman polis yang berunsur politik tersebut. Bagaimana polis mendapati bahawa senjata-senjata tersebut dimiliki oleh aktivis Bersih 2.0? Adakah siasatan terhadap kemungkinan untuk provokasi daripada pihak yang tidak bertanggungjawab sedangkan Bersih 2.0 telah banyak kali menegas bahawa perhimpunan Bersih pada Julai 9 adalah aman, rasional dan bertanggungjawab?

AMK Malaysia berpendapat bahawa sikap polis yang tidak professional dan prejudis terhadap Bersih 2.0 kerana sampai hari ini pihak polis tidak mengambil tindakan ke atas pemuda-pemuda UMNO serta PERKASA yang seringkali membuat provokasi sehingga mencabar serta mengugut membakar bangunan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Merchant Square. Ini telah menunjukkan polis mempunyai double standard dalam palaksanaan tugasnya.

AMK Malaysia menyatakan pihak polis telah melanggar prinsip sebagai seorang penjawat awam. Polis diberi kuasa untuk menjaga keselamatan masyarakat dan bertanggungjawab untuk memastikan rakyat negara berada dalam keadaan yang selamat. Mereka tidak seharusnya menjadi jentera kepada UMNO-BN isu yang beragenda politik dan menafikan hak asasi manusia kepada rakyat Malaysia.

Dengan itu, AMK Malaysia mempertikaikan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia telah merosot dan turut menggesa kerajaan menerima cadangan yang diusulkan oleh Suruhanjaya terhadap penstrukturan semula pasukan Polis DiRaja Malaysia dan menubuhkan serta menguatkuasakan IPCMC dengan segera.


LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sunday, July 3, 2011

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama)-Istana Negara mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai.

Berikut adalah sebahagian teks  Titah Khas tersebut:


"
Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

-- BERNAMA sini

Kenapa Aku Di Sini?