Akta kerja yang diwujudkan adalah untuk memastikan hak pekerja dilindungi. Pada asasnya, semua pekerja yang bergaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan, bekerja di Semenanjung Malaysia termasuk WP Labuan adalah tertakluk dibawah akta ini. Cadangan pindaan ini bermula apabila pihak kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah mengemukakan di Parlimen melalui bacaan pertama pada Julai 2010. Akibat bantahan dari MTUC, cadangan ini digugurkan pada Oktober 2010. Kerajaan membuat beberapa pembetulan yang tidak relevan, sekali lagi Bil ini dibentangkan di Parlimen dan seterusnya diluluskan pada Oktober 2011.
AMK Bukit Gantang membantah cadangan iaitu Isu wujudnya kontraktor tenaga kerja dimana dibawah peruntukkan ini, membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor yang dilantik membekalkan tenaga kerja kepada majikan berkenaan.
Melalui sistem ini, seseorang pekerja itu bekerja untuk kontraktor dan bukannya kepada majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak bertanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), juga kemudahan-kemudahan dan hak lain sebagai seorang pekerja. Untuk jangkamasa panjang, AMK Bukit Gantang melihat pindaan ini juga akan mengakibatkan tidak wujud lagi pekerjaan tetap dimana semua tenaga kerja akan diambil secara kontrak melalui pembekal pekerja yang dilantik.

Pekerja |
Kesan dari pindaan akan berlaku kepada generasi antara 5 hingga 10 tahun akan datang. Adik-adik kita yang bakal melepasi zaman persekolahan dan university bakal dilayan lebih sebagai seorang kontraktor. Mereka hanya akan dibayar atas kerja yang dilakukan dan majikan berhak menafikan segala hak mereka.
Bayangkan adik-adik kita kelak tidak akan ada cuti tahunan, penel kesihatan, kenaikan gaji atau dengan mudah apa yang akan berlaku atas kebajikan pekerja majikan akan jawab “Ada aku kisah”.
No comments:
Post a Comment