Program penerangan anjuran Cabang Keadilan Bukit Gantang ini bakal diadakan pada sabtu malam ahad bertarikh 10 mac 2012. Program penerangan ini bakal diadakan di Rumah En Sazali (Salah seorang ahli Keadilan), Jalan Mewah Utama, Taman Mewah, Kemunting. Untuk maklumat, Taman Mewah masih lagi di dalam Kawasan DUN Kuala Sepetang.
Antara penceramah yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ialah YB V Sivakumar (ADUN Tronoh) Dr Muhd Nur Manuty (Pengerusi MPN Perak) Laksanama (B) Haji Imran (Penasihat KERABAT) dan berberapa pemimpin tempatan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang.
Semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi mendengar sendiri penjelaskan dari wakil Keadilan mengenai kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim di Wall Street Journay berhubung sokongannya terhadap Israel. Kerana sejak akhir-akhir ini, media massa tiap-tiap hari menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya di media antarabangsa itu. Ramai rakyat Malaysia telah terkeliru dengan isu ini. Oleh itu, datanglah ke program penerangan keadilan ini dan fikirlah dengan sendiri yang mana betul yang mana salah.
No comments:
Post a Comment