Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, June 12, 2009

APA YANG BERLAKU DI KAMUNTING?

Mungkin ramai dah tertanya-tanya, apa yang sebenarnya berlaku di Kamunting? Aku pun nak kata tau pun, xlah sangat. Sebab malam Isnin member call aku, aku tak free nak ulas dan siasat.

Selasa bila aku call balik member aku tu, aku pun dapat lah berita serba sikit. Dan ramai lah kengkawan jauh mula sms aku untuk bertanyakan apa sebenar nya berlaku. Dan jawapan aku paling mudah "Biasalah budak-budak".. Ari ni walapun 1 Malaysia dah tau, aku berharap agar kita tidak terpedaya dengan apa jua berita yang kita terima.

Biar lah pihak polis sedaya upaya menyelesaikan insiden yang pada aku ianya bermula akibat perbuatan bodoh oleh kenakalan beberapa budak. Cuma aku berharap agar kita rakyat Malaysia bersatu dalam apa jua rintangan yang dihadapi oleh semua kaum. Maklumlah kita semua berada di negara bertuah walaupun kita tak bangga dengan Pi Em kita.

Harapan aku biarlah kes-kes sebegini diselesaikan oleh pihak yang bertanggungjawab dan kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, janganlah terpedaya terhadap sms-sms yang diterima oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. Ini sebagai ujian untuk Menteri Besar Mahkamah. Sapa? Takkan tak tau? ZAMBRY le, sapa suruh rampas.

Setahu aku, waktu DS Nizar dan PR memrintah Perak semua Bersatu. Kerajaan HARAM lah penyebab budak-budak sekarang makin kurang ajar.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?