Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, June 5, 2009

EKONOMI MALAYSIA MAKIN TERUK

Sejak akhir ini, keadaan ekonomi dunia makin lembap sehingga memaksa Syarikat General Motor diisytiharkan muflis.Di Malaysia, Najib pernah membuat kenyataan bahawa ekonomi negara tidak akan terjejas akibat kemelesetan ekonomi dunia.Itu sewaktu Najib memegang jawatan Menteri Kewangan.

Tapi apa yang berlaku?Malaysia mengalami pengucupan sehingga -5 pada ketika ini.Ramai rakyat yang kehilangan kerja akibat kemelesetan ini.banyak juga kilang-kilang dinegara ini terpaksa ditutup.Ini menyebabkan kadar pengangguran meningkat.

Dalam masa ini,kerajaan Amno-BN,yang telah kehilangan sokongan melalui PRK-PRK yang lepas, terpaksa menipu rakyat yang kesekian kalinya dengan menggantikan minyak petrol yang akan digunakan menjelang 1hb September ini,adalah minyak yang paling murah sekitar RM1.75 seliter,tetapi memasarkan dengan harga RM1.80 seliter.

Semalam dalam waktu berbual kosong dengan beberapa kawan aku,mereka menyatakan Amno begitu terdesak untuk menarik semula sokongan oleh rakyat secara halus. bagaimana pula cara mereka ini? mungkin gambar dibawah akan menjawab segala persoalan ini.






Ya ini lah caranye AMNO-BN untuk menarik sokongan pengundi dalam PRU akan datang.Yang aku heran nye ,roti yang pada aku rasa tidak ramai memakan nye,roti itulah yang disubsidikan oleh kerajaan.Pelik-pelik.

Apakah dengan cara ini sokongan rakyat akan meningkat terhadap AMNO-BN.Pada aku tidak mungkin.Sebabnya inflasi akan meningkat dan dalam masa yang sama mereka akan menaikkan harga barang-barang.Mereka akan menyatakan harga barang tersebut terpaksa dinaikkan kerana kerajaan tidak mampu menanggung subsidi lagi.

Pada aku kerajaan akan berjimat sekiranya lawatan-lawatan rasmi kerajaan tidak membawa anakbini ataupun mertua untuk melancong.Jadi pikir-pikir lah wahai rakyat yang budiman.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?