Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, June 15, 2009

HARAPAN BARU UNTUK ANGKATAN MUDA CABANG BUKIT GANTANG


Perubahan itu seperti awam menutupi matahari dan kemudian didatangkan hujan, ribut petir dan guruh (Sukar). Setelah itu kita diberi pelangi-Saifuddin Nasution Ismail.



Alhamdulillah, Kongres Nasional Khas 2009 telah diadakan dan ditangguhkan dengan lancar. Seperti yang sedia maklum perlembagaan parti kita telah sebulat suara disetujui untuk dipinda.



Banyak perkara telah dipinda dan ditambah baik, itu bolehlah kita peroleh perinciannya dari bahagian yang kini kita kenali sebagai “Cabang”. Kenalah kita membiasakan diri dengan membahasakan Parti Keadilan Rakyat Bahagian Bukit Gantang sebagai Parti Keadilan Rakyat “Cabang” Bukit Gantang.



Tegaskan juga bahawa ringkasan Parti Keadilan Rakyat bulanlah PKR atau keADILan tetapi “Keadilan”.



Menjadi keutamaan untuk kita maklum pada pindaan fasal 19 yang khusus berlaku beberapa pindaan kepada sayap Angkatan Muda.



Perlu maklum bahawa semua jawatan sedia ada masih berkuatkuasa sehingga pemilihan akan datang. Jika ada perlantikan baru, maksimum umur calun yang dilantik itu mestilah tidak melebihi 35 tahun.



MPT yang kini dikenali sebagai Majlis Pimpinan Pusat telah memberi kita kelonggaran untuk menagguhkan perlaksanaan fasal 19.1 sehingga tarikh pemilihan akan datang.



Apapun menjadi cabaran kepada anak-anak muda keadilan Bukit Gantang khasnya untuk mula menjadi peminpin dalam masa terdekat. Kita tidak boleh menunggu sehingga saat akhir untuk mengenali bakal Ketua Angkatan Muda dan barisan pimpinan Angkatan Muda Cabang.



Khairul Azman Bin Ahmad

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?