Salam perjuangan kepada semua. Terlalu lama tidak menulis di blog disebabkan urusan yang terlalu banyak untuk di settlekan. Hari ini mungkin kerana terlalu banyak isu2 semasa yang semakin hari semakin menggelabahnya UBN terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat yang sangat diterima oleh rakyat.
Bermula dengan isu rampasan kuasa di Perak pada awal tahun, ianya telah merumitkan perjalanan kehidupan rakyat di Perak khususnya dan di '1 Malaysia' amnya kerana ianya berjaya membuktikan sistem kehakiman di Malaysia semakin 'membusuk' di mata dunia.
Selepas dari isu rampasan kuasa di Perak, kita melihat UBN semakin hari semakin kucar-kacir. Bermula dari isu perebutan kuasa Parti komponen UBN iaitu PPP ianya bertambah buruk semenjak merebak kesemua parti yang diterajui oleh UMNgOk.
Apabila kuasa PM di ambil-alih oleh PM sekarang, banyak lagi isu2 yang pada aku tekanan besar buat UBN. Selepas tewas dlm 7 siri PRK yang lalu, UBN semakin hari mengajak rakyat untuk memusuhi Pakatan Rakyat. Cuma bila PR kalah di DUN Bagan Pinang, media arus perdana UBN mula memainkan isu yang pada aku amat remeh.
Isu Kerajaan Perpaduan yang dilaungkan oleh UBN sememangnya tiada dalam kamus pimpinan PR, baik DAP, PAS mahupun KEADILAN. Selepas Pas tidak mahu bekerjasama dalam 'Kerajaan Perpaduan', UBN mula menyerang satu persatu pimpinan2 dari Pakatan Rakyat.
Ada yang mempertahankan pemimpin tersebut, ada pula yang terpaksa menyokong kenyataan yang dibuat oleh pimpinan musuh, baik di laman sesawang mahupun di media akhbar parti.
Tindakan perakexpress yang menubuhkan UREKA adalah terpuji kerana sedikit-sebanyak bloggers dari Pakatan Rakyat mula berkongsi pendapat untuk menyerang UBN, tetapi malangnya kerana hanya lebih kurang 30% dari blog-blog Pakatan Rakyat yang menyerang UBN ( termasuklah blog AMK Bukit Gantang)
Mungkin selepas ini semua bloggers PR akan lebih bekerjasama terhadap isu2 yang sensitif terutama isu yang boleh menghalang Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan Persekutuan pada PRU akan datang. tetapi harus diingat jua PRK akan datang ( Kota Seputeh) akan menjadi satu transformasi kepada bloggers PR untuk memainkan peranan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.
Okaylah aku rasa cukuplah aku sentuh isu blog-blog PR terutama dari AMK seluruhnya. Insyaallah pada masa akan datang aku mungkin akan menyentuh isu kehakiman di 'Negaraku' pula. Jika ada komen mengenai tulisan aku yang kureng ini, emailkanlah kritikan anda kepada azrinirwan@yahoo.com
SALAM PERJUANGAN
No comments:
Post a Comment