Protes Kezaliman Terhadap YB Tian
Ketua AMK Batu-Rozan bersama penyokong YB Tian
Sebentar tadi Mahkamah Rayuan menangguhkan sebutan rayuan YB Tian Chua atas kesalahan yang telah disabitkan kepada beliau.
Tian Chua didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis. Kejadian berlaku semasa Tian Chua dalam perjalanan untuk ke Parlimen yang mana pada waktu yang sama satu bantahan terhadap pindaan usia persaraan Pengerusi SPR.
Sabitan kesalahan dan hukuman terhadap Tian Chua boleh menyebabkan Kerusi Parlimen Batu yang disandang beliau kosong.
Walau bagaimanapun sehingga waktu ini sebab tangguhan sebutan itu tidak dapat dipastikan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada tarikh 29hb Jan tahun depan. Pada masa yang sama penyokong YB Tian Chua berhimpun di luar mahkamah memberikan sokongan moral dan membuat pendirian YB Tian Chua adalah mangsa perbuatan jahat agen UBN.
Rakyat dan orang kebanyakan telah melihat kejadian yang didakwa terhadap Tian Chua dalam siaran youtube. Nyata yang dicederakan adalah Tian Chua bukannya seperti pertuduhan.
No comments:
Post a Comment