Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, August 19, 2009

PENJELASAN MAJLIS PEGUAM MENGENAI KES CALON BN

Tuesday, August 18, 2009

POKOK TAKKAN BERGOYANG SENDIRI

Berkali-kali media UBN menayangkan ahli parlimen Padang Serai menampar seorang anggota polis semasa proses penamaan calun Permatang Pasir. Perbuatan jenayah tidak kira sekecil manapun tidak patut disokong, begitu juga perbuatan seperti yang diulang berkali-kali di media itu.



Saya hanya cuba membawa pembaca dari sudut berbeza. Mengapa ditampar polis yang berada agak jauh darinya sedangkan begitu ramai anggota polis di sekeliling beliau untuk ditampar. Kalau marah pada polis tampar saja yang mana boleh ditampar, tak perlu pilih-pilih.



Kelihatan juga beliau dilayan dengan begitu kasar sebelum dan selepas menampar, tetapi tak pulak menampar polis lain selepas tu.



Timbul beberapa soalan berkenaan insiden ini. Iaitu siapa yang memprovoke siapa? Pokok tak akan bergoyang kalau tak kerana angin.



Hari ini, beberapa akbar melaporkan Gobalakrhisnan cedera dan dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk rawatan. Kalaupun beliau melanggar undang-undang perlukah polis menggunakan kekerasan sehingga seseorang yang hendak ditahan itu dicederakan.



Di sini siapa yang menjalankan tugas dan siapa yang “take law into their on hand”?

untuk melihat video Gobala dikasari polis sila ke
http://www.youtube.com/watch?v=8DFk0T0_mxI

Khairul Azman Bin Ahmad

Monday, August 17, 2009

H1N1 - KEDUDUKAN NEGARA DI DUNIA

http://www.flucount.org/
tengok statistik yang terkini

Argentina 6768 kes 404(mati)
Brazil 3642 kes 338(mati)
Mexico 18861 kes 163(mati)
Australia 28987 kes 109(mati)
Chile 12104 kes 105(mati)
Thailand 11585 kes 97(mati)
Malaysia 2253 kes 59(mati)

kita tangga ketujuh woooo power la .. suma fikirkan duit aje.. apa barang H1N1.. pada pendapat anda.. kenapa bab kesihatan kita teruk sangat dari india dan china.. seserius mana negara kita nak jaga H1N1 sebenarnya ni..

India 1390 kes 28(mati)
China (Hong Kong) 6640 kes 4(mati)
China (Mainland) 2350 kes 1(mati)

Penghormatan Terakhir Kita Bagaimana?

Semalam, aku mendermakan sepetang waktu bersama keluarga aku untuk membantu menguruskan jenazah arwah Kak Raja, seawal jam 11 aku sibuk menghantar SMS kepada semua kenalan Kak Raja.



Berita yang amat memilukan untuk disampaikan, mengetar jari-jari menekan key pad dan dalam hati biarlah ini satu mimpi.



Oleh kerana ini hal kematian, maka SMS juga aku hantar kepada mereka yang tidak lagi sealiran dengan perjuangan aku.



Kak Raja hanyalah seorang pemimpin wanita peringkat cabang, orangnya terlalu merendah diri, amat menghormati orang lain. Tidak kedekut ilmu dan kami sama-sama mencari ilmu jika sama-sama tak tahu.



Amat murah senyuman dan seolah tidak ada masalah diwajahnya. Sentiasa riang dan setiap akhir ayat perbualan akan disertakan dengan senyuman. Pada waktu tertekan semasa PRK Bukit Gantang lalupun beliau masih boleh mengukir senyuman.



Semasa jenazah diuruskan di rumah abangnya. Jumlah yang menziarahi beliau begitu ramai, pada satu ketika melebihi 100 orang. Yang menyampaikan takziah pula merangkumi semua kaum. Turut hadir juga YB-YB dan MP-MP.



Saya juga telah berpesan secara lisan kepada pegawai YB Kapt Osman berkenaan kematian Kak Raja. Dan dimaklumkan oleh adik arwah bahawa Kapt hadir pada sebelah pagi sebelum jenazah tiba lagi.


Aku amat berdoa agar jika tiba hari aku dijemput untuk mengadap Illahi, jenazah aku juga dihormati dan mati dengan meninggalkan jasa walaupun tidak ternama.


Pada waktu ini aku melihat apakah Kapt dapat membayangkan apa bentuk penerimaan kariah yang akan menegakkan fardu kifayah ini terhadap beliau.

Khairul Azman Bin Ahmad


Turut menziarahi keluarga arwah-Dato Seri Anwar Ibrahim


3 saf solat jenazah


Hujan renyai di perkuburan Kampung Jambu, Taiping

Raja Haniza - Lilin Membakar Diri

Jawatan kosong pada Keadilan Cabang Bukit Gantang, kata-kata kasar bagi mereka yang ingin sangat jawatan setelah Ketua Wanita Cabang ini meninggal pagi semalam.



Aku yakin jawatan ini sukar untuk diisi, tidak seperti parti-parti lain dalam komponen Barisan Nasional.



Jawatan bagi aku adalah menyusahkan, tak ada yang boleh memberi keuntungan dunia malah boleh menyebabkan pemegang jawatan menjadi ke tahap pendapatannya hanya untuk hidup sahaja.



Aku dan arwah mempunyai pendirian yang sama, biarlah kami menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain.



Dari sejak pertama kali mengenali arwah, dan kali pertama melihat wajahnya sesiapapun tak akan menyangka arwah meyimpan derita kesihatan. Penyakit yang telah ditanggung sejak 2004 lagi.



Beliau tak pernah sekalipun menceritakan perihal deritanya kepada aku. Dan aku hanya tahu melalui kekerapan beliau tidak hadir bermesyuarat. Sesuatu yang amat mencabar bagi kita golongan muda adalah bagaimana semua tugasan beliau dapat dilaksanakan dengan cemerlang malah lebih cemerlang berbanding kita yang sihat dan gagah ini.



“Acknowledgement” kecemerlangan peranan wanita telah diminitkan dalam mesyuarat pasca PRK Bukit Gantang dan disebut sendiri oleh Ketua Cabang dan Pengerusi Perhubungan Negeri dan di waktu yang sama sayap lain kena “tiau”.



Pada ketika cabaran makin memuncak ini dan pada waktu mereka yang terasa amat tertekan, mungkin mudah saja untuk menawar untuk melepaskan tanggungjawab. Lilin mana pula sanggup membakar diri menggantikan yang pergi dan yang mohon cuti ni?



Apa yang menyebabkan arwah begitu komited untuk menjadi pekerja parti? Aku tak pasti apa sebabnya. Bagi aku aku melihat dari skop Parlimen Bukit Gantang, terlalu ramai lagi manusia yang tersisih dan tidak terbela. Terbela bukan bermaksud mereka ini miskin, daif. Tetapi tidak terbela dari infrastuktur.



Lihat Kampung Teratai Tambahan, sehingga kini masih ada yang bekalan airnya dari sumber perigi, begitu juga Kampung Jebung Kiri, yang mana kemudahan asas ini sepatutnya telah lama diselesaikan.



Lihatnya anak-anak muda naik penambang pergi ke Kampung Seberang, Kuala Sepetang setiap petang Sabtu dan bergelimpangan terbaring di atas jalan setelah khayal akibat rawatan doctor tak bertauliah.



Lihat Trong yang begitu lambat kemajuannya berbanding pekan sekelilingnya.



Lihat bagaimana keamanan penduduk Taman Pengkalan Aur dicemari dengan bingitnya enjin motosikal merempit setiap malam minggu.



Ini adalah antara ratusan persoalan yang perlu diselesaikan dan ia tidak akan selesai jika kita hanya berharap pada orang seperti Raja Haniza.



Arwah mungkin mempunyai kefahaman EQ dan SQ yang tinggi, mungkin beliau dapat merasakan seolah yang merempit, yang menjadi penagih, yang minum air perigi, yang dikatakan bunuh diri di bangunan SPRM itu adalah keluarga atau dirinya sendiri, maka dengan itu arwah perlu berusaha untuk membetulkan keadaan dan cara untuk membetulkan keadaan ini adalah dengan pentadbiran Negara diurus dengan lebih baik dan diurus oleh orang yang lebih amanah. Mungkinkah itu yang dikehendaki. Kalau aku itulah matlamat aku, bukan balak.



Pada peringkat Negara, keadilan memperjuangkan 17 perkara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia (Lihat Slid di bawah). Kita juga tidak sepatutnya hanya mengkritik kegagalan pencapaian arwah atau mana-mana AJK Cabang jika kita hanya berpeluk tubuh memerhati dari jauh mengharapkan semua masalah rakyat dikendalikan oleh arwah adan AJK Cabang. Sepertimana pilihanraya, seseorang calun itu tidak mudah menang jika beliau bekerja seorang diri.



Kami dari Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.



Alfatihah.

Sunday, August 16, 2009

Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Gantang meninggal

Raja Haniza Raja Lope, Ketua Wanita Keadilan Cabang Bukit Gantang meninggal dunia jam 11.00 pagi hari ini di Hospital Taiping. Jenazah Beliau selamat dikebumikan di tanah Perkuburan Kg Jambu Taiping selepas solat asar.

Turut hadir menziarahi jenazah Ketua Umum Keadilan Dato Seri Anwar Bin Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang Dato Seri Nizar.

Al- Fatihah.

Saturday, August 15, 2009

Salleh Man calun PAS untuk Permatang Pasir


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pemilihan Salleh Man Pesuruh Jaya PAS Pulau Pinang sebagai calun PAS untuk Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir.

Sunday, August 2, 2009

Orang Tua Di Stesen Keretapi Taiping


Baru sebentar tadi aku ke Stesen Keretapi Taiping, routine aku setiap minggu untuk beli tiket keretapi untuk balik ke Kuala Lumpur. Kali ni aku terserempak dengan seorang tua yang langsung tidak indahkan orang disekeliling dia. Nyeyak sungguh dia tidur di kaki lima Stesen Keretapi Taiping. Dari pemerhatian aku, agaknya umur dia dalam lingkungan 70 hingga 80 tahun, sebaya dengan orang tua aku.

Pagi tadi aku seperti biasa juga aku ziarah orang tua aku di Kamunting, orang tua ni tak boleh sebarang makan, nanti macam-macam penyakit hinggap. Agaknya tersalah makanlah kaki orang tua aku bengkak dan aku syak sebab gaut. Aku buatlah apa yang terdaya untuk selesakan dia. Seberapa daya dan termampu aku memujuk dia untuk pergi ke hospital. Pada usia ini aku tak boleh sebarang cakap, nanti terasa hati. Sebagai anak, tanggungjawab akulah untuk menjaga dia.

Orang tua aku bernasib baik, ada rumah, isteri dan anak-anak menjaga keperluan harian. Apa yang tak cukup cakap saja akan sampailah, yang membezakan hanyalah cepat atau lambat ia sampai.

Aku rasa lain sungguh nasib orang tua di stesen tadi, berbaring di atas simen dengan lapik kertas tanpa selimut, kepala dilapik bag kain dan kaki bersarung kaki. Aku faham sangat keadaan di tempat macam tu, dengan habuk kereta yang lalu lalang, nyamuk dan apalagi bahaya. Petang tadi pulak hujan, Taiping tentu sejuk malam ni. Kenapalah nasib beliau sampai jadi begitu?

Semasa berpeluang mentadbir DUN Kuala Sepetang aku diberi peluang untuk kelihat pelbagai kesusahan rakyat. Dari situ aku diingatkan semula kenapa aku menjadi pekerja parti. Mengapa aku sanggup bergolok bergadai untuk parti. Dan kejadian di stesen keretapi tadi menguatkan ingatkan aku kembali kenapa aku menjadi pekerja parti.

Rakyat malaysia telah memberi harapan kepada UBN untuk mengubah nasib mereka sejak merdeka. Dan itulah yang di retorikkan di dalam media, yang mana Malaysia adalah negara yang makmur kaya raya. Hasil buminya banyak dan boleh memenuhi keperluan rakyat.

Aku bila mendengar retorik ini akan terus saja menyokong UBN, tapi apa yang ada di depan mata amat berbeza.

Cara bagaimana untuk membantu orang tua tadi? Semasa mentadbir DUN Kuala Sepetang aku telah berurusan dengan banyak agensi kemasyarakatan kerajaan. Begitu banyak tap merah untuk aku tempoh sebelum bantuan dapat diluluskan. Kata lain begitu susah untuk memohon bantuan bagi pihak orang yang memerlukan. Sedangkan diretorik negara yang berdaya saing dan menuju negara maju.

Aku lihat tidak ada kesungguhan untuk membantu rakyat oleh UBN dan semua itu orang tahu. lain pula semasa pilihanraya kecil Bukit Gantang, permohonan yang di katakan tidak layak tiba-tiba diluluskan. atau sebelum ini dikatakan tidak ada peruntukan tiba-tiba ada. Nyata semua itu gula-gula untuk meraih undi.

Cara untuk membantu orang tua di stesen keretapi tadi hanyalah dengan mengubah cara pentadbiran dan pengurusan pada setiap agensi kebajikan. Pada waktu ini perkara itu tidak akan dapat dilakukan selagi pentadbiran negara masih diperintah oleh BN.

Maka malam ini bukan sekadar pakcik tua di Stesen Keretapi Taiping saja yang tidur tidak selesa, malah sebenarnya hampir setiap sudut di negara kita pada waktu ini masih ada yang berharap nasib mereka boleh berubah.

Maka anak-anak muda bantulah kami, berilah harapan baru kepada mereka.

Gambar hiasan

Friday, July 31, 2009

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA


Adun Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman meninggal dunia di IJN Kuala Lumpur pagi ini. Jenazah beliau dijangkakan dikebumikan pada petang ini. Al-Fatihah.

Beliau Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di Kawasan Parlimen Permatang pauh. Berkhidmat sebagai ADUN Permatang Pasir selama 3 penggal (1999-2004, 2004-2008 dan 2008 kini).

Sunday, July 26, 2009

Lagi Pemimpin BN Sertai Keadilan

Bekas Ahli Parlimen Segammat yang juga bekas Naib Presiden MIC Dato S Subramaniam istihar meyertai Parti Keadilan Rakyat dalam satu program Dato Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat india di Petaling Jaya petang tadi.

Ini adalah peyertaan pemimpin besar dari parti komponen BN ke dua selepas Dato Chua Jui Meng dari MCA minggu lepas.

Beliau bersama MIC selama 45 tahun.

Kenapa Aku Di Sini?