Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, August 17, 2009

Penghormatan Terakhir Kita Bagaimana?

Semalam, aku mendermakan sepetang waktu bersama keluarga aku untuk membantu menguruskan jenazah arwah Kak Raja, seawal jam 11 aku sibuk menghantar SMS kepada semua kenalan Kak Raja.



Berita yang amat memilukan untuk disampaikan, mengetar jari-jari menekan key pad dan dalam hati biarlah ini satu mimpi.



Oleh kerana ini hal kematian, maka SMS juga aku hantar kepada mereka yang tidak lagi sealiran dengan perjuangan aku.



Kak Raja hanyalah seorang pemimpin wanita peringkat cabang, orangnya terlalu merendah diri, amat menghormati orang lain. Tidak kedekut ilmu dan kami sama-sama mencari ilmu jika sama-sama tak tahu.



Amat murah senyuman dan seolah tidak ada masalah diwajahnya. Sentiasa riang dan setiap akhir ayat perbualan akan disertakan dengan senyuman. Pada waktu tertekan semasa PRK Bukit Gantang lalupun beliau masih boleh mengukir senyuman.



Semasa jenazah diuruskan di rumah abangnya. Jumlah yang menziarahi beliau begitu ramai, pada satu ketika melebihi 100 orang. Yang menyampaikan takziah pula merangkumi semua kaum. Turut hadir juga YB-YB dan MP-MP.



Saya juga telah berpesan secara lisan kepada pegawai YB Kapt Osman berkenaan kematian Kak Raja. Dan dimaklumkan oleh adik arwah bahawa Kapt hadir pada sebelah pagi sebelum jenazah tiba lagi.


Aku amat berdoa agar jika tiba hari aku dijemput untuk mengadap Illahi, jenazah aku juga dihormati dan mati dengan meninggalkan jasa walaupun tidak ternama.


Pada waktu ini aku melihat apakah Kapt dapat membayangkan apa bentuk penerimaan kariah yang akan menegakkan fardu kifayah ini terhadap beliau.

Khairul Azman Bin Ahmad


Turut menziarahi keluarga arwah-Dato Seri Anwar Ibrahim


3 saf solat jenazah


Hujan renyai di perkuburan Kampung Jambu, Taiping

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?