Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, August 17, 2009

Raja Haniza - Lilin Membakar Diri

Jawatan kosong pada Keadilan Cabang Bukit Gantang, kata-kata kasar bagi mereka yang ingin sangat jawatan setelah Ketua Wanita Cabang ini meninggal pagi semalam.



Aku yakin jawatan ini sukar untuk diisi, tidak seperti parti-parti lain dalam komponen Barisan Nasional.



Jawatan bagi aku adalah menyusahkan, tak ada yang boleh memberi keuntungan dunia malah boleh menyebabkan pemegang jawatan menjadi ke tahap pendapatannya hanya untuk hidup sahaja.



Aku dan arwah mempunyai pendirian yang sama, biarlah kami menjadi lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain.



Dari sejak pertama kali mengenali arwah, dan kali pertama melihat wajahnya sesiapapun tak akan menyangka arwah meyimpan derita kesihatan. Penyakit yang telah ditanggung sejak 2004 lagi.



Beliau tak pernah sekalipun menceritakan perihal deritanya kepada aku. Dan aku hanya tahu melalui kekerapan beliau tidak hadir bermesyuarat. Sesuatu yang amat mencabar bagi kita golongan muda adalah bagaimana semua tugasan beliau dapat dilaksanakan dengan cemerlang malah lebih cemerlang berbanding kita yang sihat dan gagah ini.



“Acknowledgement” kecemerlangan peranan wanita telah diminitkan dalam mesyuarat pasca PRK Bukit Gantang dan disebut sendiri oleh Ketua Cabang dan Pengerusi Perhubungan Negeri dan di waktu yang sama sayap lain kena “tiau”.



Pada ketika cabaran makin memuncak ini dan pada waktu mereka yang terasa amat tertekan, mungkin mudah saja untuk menawar untuk melepaskan tanggungjawab. Lilin mana pula sanggup membakar diri menggantikan yang pergi dan yang mohon cuti ni?



Apa yang menyebabkan arwah begitu komited untuk menjadi pekerja parti? Aku tak pasti apa sebabnya. Bagi aku aku melihat dari skop Parlimen Bukit Gantang, terlalu ramai lagi manusia yang tersisih dan tidak terbela. Terbela bukan bermaksud mereka ini miskin, daif. Tetapi tidak terbela dari infrastuktur.



Lihat Kampung Teratai Tambahan, sehingga kini masih ada yang bekalan airnya dari sumber perigi, begitu juga Kampung Jebung Kiri, yang mana kemudahan asas ini sepatutnya telah lama diselesaikan.



Lihatnya anak-anak muda naik penambang pergi ke Kampung Seberang, Kuala Sepetang setiap petang Sabtu dan bergelimpangan terbaring di atas jalan setelah khayal akibat rawatan doctor tak bertauliah.



Lihat Trong yang begitu lambat kemajuannya berbanding pekan sekelilingnya.



Lihat bagaimana keamanan penduduk Taman Pengkalan Aur dicemari dengan bingitnya enjin motosikal merempit setiap malam minggu.



Ini adalah antara ratusan persoalan yang perlu diselesaikan dan ia tidak akan selesai jika kita hanya berharap pada orang seperti Raja Haniza.



Arwah mungkin mempunyai kefahaman EQ dan SQ yang tinggi, mungkin beliau dapat merasakan seolah yang merempit, yang menjadi penagih, yang minum air perigi, yang dikatakan bunuh diri di bangunan SPRM itu adalah keluarga atau dirinya sendiri, maka dengan itu arwah perlu berusaha untuk membetulkan keadaan dan cara untuk membetulkan keadaan ini adalah dengan pentadbiran Negara diurus dengan lebih baik dan diurus oleh orang yang lebih amanah. Mungkinkah itu yang dikehendaki. Kalau aku itulah matlamat aku, bukan balak.



Pada peringkat Negara, keadilan memperjuangkan 17 perkara untuk kesejahteraan rakyat Malaysia (Lihat Slid di bawah). Kita juga tidak sepatutnya hanya mengkritik kegagalan pencapaian arwah atau mana-mana AJK Cabang jika kita hanya berpeluk tubuh memerhati dari jauh mengharapkan semua masalah rakyat dikendalikan oleh arwah adan AJK Cabang. Sepertimana pilihanraya, seseorang calun itu tidak mudah menang jika beliau bekerja seorang diri.



Kami dari Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang dikasihi Allah.



Alfatihah.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?