Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, April 30, 2009

Nizar dedahkan penyelewangan wang rakyat dalam PRK Bukit Gantang


Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, YAB. DS. Muhamaad Nizar Jamaluddin mendedahkan secara secara terbuka mengenai satu bahan kempen BN dan UMNO dalam kempen PRK Parlimen Bukit Gantang yang menggunakan bendera Perak dan logo BN,"Saya dedahkan bahawa penerbitnya adalah pejabat MB Perak, bahawa JK Kira-kira Wang Awam (PAC) perlu membuat sedikit kajian dan tindakan sewajarnya kalau perlu.

"Kita mahu seluruh rakyat negeri Perak mengetahui penyalahgunaan wang rakyat untuk mengundi BN. Saya akan menyerahkan bahan ini kepada pengerusi PAC, YB. Wong Kar Woh,

Buku berkualiti tinggi sebanyak 10 muka itu didapati disebar secara meluas semasa kempen PRK Bukit gantang seperti yang dijelaskan oleh pihak yang menyerahkan bahan itu kepada DS. Nizar.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM

ADUN DAP ditahan ISA letak jawatan? Tunggu Sabtu, kata isteri Mano


PETALING JAYA: Kemungkinan negara perlu bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil yang ketujuh? Kemungkinan ini mula ‘terbayang’ ekoran desas-desus bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah di Selangor, M. Manoharan, (gambar) yang kini ditahan di Kamunting, akan melepaskan kedudukannya.

Bagaimanapun sama ada beliau, antara pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), hanya akan diketahui Sabtu ini.

“Saya tidak mengesahkan apa-apa, tunggu sehingga Sabtu, saya menemui suami saya di Kamunting Sabtu ini,” kata isterinya, S. Puspaleela ketika dihubungi sebentar tadi.

Puspaleela ditanya mengenai laporan media bahawa suaminya sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan sebagai ADUN.

“Saya tidak tahu… tunggu sehingga saya menemui suami saya, tunggu saya di Kamunting Sabtu ini,” katanya.

Manoharan antara satu-satunya tahanan ISA yang bertanding dan memenangi pilihan raya umum 2008.

Beliau merupakan antara lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA sejak Disember 2007.

Empat yang lain ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, V. Ganabatirau dan T. Vasanthakumar.

Bagaimanapun Kenghadharan dan Ganabatirau telah pun dibebaskan oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebaik sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri awal bulan ini.

Walaupun dalam tahanan ISA, Manoharan bertanding dalam pilihan raya umum dan menang kerusi tersebut.

KOMEN DAP

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua ketika dihubungi turut mengesahkan mengetahui mengenai khabar angin tersebut.

“Ya kita juga ada mendengar khabar angin tersebut, tapi saya tak dapat pastikan mengenai kesahihannya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara.

http://www.mstar.com.my

Kenapa Aku Di Sini?