Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, December 29, 2010

Bigscreen


    
Adakah sejarah baru akan tercipta? Adakah Malaysia mampu menjuarai Piala AFF buat kali pertama? Malam ini akan terjawab segala persoalan ini. Ayuh kita sama-sama menberikan sokongan terhadap Skuad Bola Sepak negara. Sebagai tanda sokongan terhadap skuad bola sepak negara anda digalakkan memakai baju berwarna kuning.

Tonton perlawananan ini di layar besar "big screen" yang disediakan di Lorong 1, Taman Molek, Simpang.

Friday, December 17, 2010

ADUN N5 Tenang Datuk Sulaiman Taha (BN) Meninggal

Monday, December 13, 2010

Sambutan Maal Hijrah

Sambutan Maal Hijrah 1432 Keadilan Bukit Gantang akan diadakan seperti berikut:

Tempat: Dewan Markas PAS Air Kuning, Changkat Jering, Taiping
Masa: 7.00 malam Hingga 8.00 Malam
Majlis akan dimulakan dengan solat maghrib dan hajat diikuti dengan amanat daripada pemimpin seterusnya ceramah Maal Hijrah oleh Dr Mohd Nur Manuty.

Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan kehadiran pada majlis ini.

Semua dijemput hadir

Saturday, December 4, 2010

Dato' Seri Anwar Ibrahim Di Changkat Jering

Dato' Seri Anwar Ibrahim akan bertandang dan berprogram di Changkat Jering pada 18 Dis 2010. Maklumat lanjut akan meyusul.

Saturday, October 23, 2010

Jom Kita Ber BBQ

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Bukit Gantang bercadang untuk mengadakan majlis ramah mesra serta berkenal-kenalan antara ahli-ahli AMK Bukit Gantang.

Kami AMK Bukit Gantang juga menjemput semua AMK yang berdekatan untuk sama-sama hadir dan kenal-mengenali.

Majlis dijangka dimulakan pada jam 9.30 malam dengan hidangan BBQ istimewa (Kambing). Majlis dialog pula dijadual akan diadakan jam 10.00 malam untuk mendengar hasrat anak-anak muda untuk manfaat dan kebaikan mereka.

Majlis ini juga untuk merakamkan penghargaan kepada ahli yang telah mengundi dan  memberi kemenagan kepada Naib Ketua Cabang.  

Lokasi: No 5 Lorong 1, Taman Molek SIMPANG Perak: 600 meter selepas simpang Simpang dan 500 meter sebelum simpang Taman Kaya.

Chegubard
Pada majlis ini dijangka rombongan En Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali "Chegubard" turut hadir Klik sini untuk profile beliau.

Wednesday, October 20, 2010

Amanah Kepada Pekerja


Wakil rakyat, samada ahli parlimen atau ahli dewan undangan adalah wakil kepada rakyat. Antara tugas mereka adalah menjadi perantara atau penyelesai masalah rakyat.

Suara yang dibawa ke parlimen atau DUN adalah suara yang mewakili rakyat tidak kiralah masalah itu seremeh tak mampu membayar bil utility hinggalah masalah dunia. Keputusan mereka juga akan memberi kesan pada waktu lani dan juga masa depan. Semestinya rakyat amat berhapap pada mereka untuk masa depan yang terbaik.

Naïve nya aku katakan, rakyat dan kebajikan rakyat purlulah diletakkan diatas pada senarai keutamaan tugas wakil rakyat.

“Berikan upah pekerja sebelum kering keringatnya”

 

Malaysian Insider hari ini melaporkan “Muflis: Umno mahu rayu, elak pilihan raya kecil DUN Kuala Nerang” data pada laporan ini mengaitkan wakil rakyat ini atau syarikat yang diwakilinya berhutang RM700,000.00 kepada KWSP untuk caruman bulanan untuk pekerja.

 

Jumlah RM700,000.00 terhutang sejak tahun 2003 merupakan jumlah besar untuk rakyat biasa, rakyat yang mewakilkan beliau untuk menjaga amanah. Jika pada tahun itu seorang pekejanya menerima gaji RM1,000.00 sebulan, maka 22% atau RM220.00 caruman untuk KWSP yang tidak dicarumkan. Juga bermaksud 3182 bulan caruman pekerjanya tidak dicarum. Senang kira lagi bersamaan 265 tahun.

 

Jumlah 265 tahun adalah untuk seorang pekerja, tentu saja jumlah tahun ini berkurang jika bertambah jumlah pekerja, tatapi realitinya, tentu melibatkan amanah pekerja atau pekerja-pekerjanya.

 

Datuk Syed Sobri menjadi wakil rakyat selepas beliau gagal menunaikan amanah pekerjanya yang telah termaktub dalam undang-undang. Bayangkan bagaimana beliau akan menunaikan tanggungjawabnya sebagai wakil rakyat yang tanggungjawabnya tidak termaktub pada mana-mana undang-undang.

 

Mampukan beliau menanggung amanah?

Saturday, October 16, 2010

Calun-calun Majlis pimpinan Angkatan Muda Pusat


Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Badrul Hisham Shaharin
2 Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua

Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Khairul Anuar Bin Ahmad Zainudin
2 Chang Li Kang

Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
1 Abdul Yunus Jamhari Naib
2 Azmizam Bin Zaman Huri Naib
3 Chan Ming Kai
4 Erviana Ansari
5 Farhash Wafa Salvador
6 Lee Khai Loon
7 Mohd Nazree Mohd Yunus
8 Nicholas Guntobon
9 Rozan Azen Mat Rasip Naib
10.Kesavan
11 Sivam A/L Veeramuthu

Lain-lain, klik pada tajuk

Saturday, October 9, 2010

PRK Batu Sapi Sabah

MP Batu Sapi-Sabah: Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah (BN) meninggal pada usia 54 tahun setelah terbabit dalam kemalangan pagi tadi.sini

Rumah Terbuka Ranting Matang Gelugur



30 Sept Ranting Matang Gelugur di dalam DUN Kuala Sepetang telah menganjurkan rumah terbuka Aidil Fitri. Walaupun ranting ini dan sekitarnya didiami oleh masyarakat melayu, namun kehadiran tetamu menunjukkan bagaimana eratnya ahli keadilan Bukit Gantang dalam bermasyarakat. Kaum cina dan india turut hadir pada rumah terbuka ini.


Naib ketua cabang yang juga ketua angkatan muda dalam ucapannya juga menegaskan perlunya rakyat Malaysia memahami adat budaya kaum lain dan bertoleransi dalam bernegara. Semangat ini telah tersemai sejak penubuhan keadilan pada 4 April 1999. Muafakat yang diamalkan pada majlis ini juga perlu dijadikan contoh pada program-program lain.


Pada majlis ini juga beberapa penduduk yang kurang berkemampuan dibantu dengan  peyampaian sumbanganan barangan keperluan harian yang didermakan oleh badan koperat dan individu: Terima kasih daun keladi kami uncapkan kepada semua penderma.










Wednesday, October 6, 2010

Fitnah Baru

Rahimi Osman
Menjadi lumrah dan trand boleh dibaca dari awal, jika ada PRU atau PRK, maka adalah fitnah baru untuk memenangkan UBN, PRK DUN Galas memaksa fitnah baru dicipta semata-mata untuk memenangkan UBN.

Tidak pelik kerana skipnya sama.

Penamaan Dan Pembuangan Undi DUN Galas

SPR hari ini menetapkan 26 Okt sebagai tarikh penamaan calun dan pembuangan undi pada 4 Nov.

Monday, October 4, 2010

Monday, September 27, 2010

Al Fatihah Untuk ADUN Galas, Che Hashim Sulaima

ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48, yang menghidap barah usus meninggal dunia di Hospital Al-Islam Kampung Baru di Kuala Lumpur.

Sunday, September 19, 2010

AJK Cabang 2010-2013

Mesyuarat Agung Keadilan Cabang Bukit Gantang 2010


18hb Sept 2010 menjadi sejarah kepada Keadilan Cabang Bukit Gantang apabila senarai pimpinan baru terpilih pada pemilihan yang diadiadakan.

Kepimpinan ini berkuatkuasa pada tarikh yang sama hinggalah pada tahun 2013 atau pada pemilihan akan datang (Yang mana sampai dahulu) dan ia jugalah yang akan menerajui pilihanraya akan datang.  

Ketua Cabang
ISMAIL BIN YUSOP

Timbalan
ABDUL LATIP BIN ARIFIN

Naib
KHAIRUL AZMAN BIN AHMAD

AJK
TAN KYOO WAT
ABDUL HALIM BIN SABU
ABDULLAH HALIM BIN ABDUL HAMID
ROSDI BIN MOHAMAD
KAMAL RUZAMAN BIN YUSUF
SAZALI BIN SAAIDIN
LAU TEK HAI
MOHD YUSOF BIN IDRIS
KARTHIGESU A/L THIRUMAL
JAMALUDDIN BIN MOHD NORDIN
HWANG CHEONG KENG
MAJMIN YUS BT MOHD GHOUS
ROZAIDA RAZALI

Thursday, September 16, 2010

Hari Lahir Malaysia

Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman pada 16hb September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ekoran daripada perjanjian  antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9hb Julai 1963.

Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketiga-tiga negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan takluk British.

Hari ini 16hb Sept 2010 genap Malaysia 47 tahun. Selamat Hari Lahir Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

Notis Mesyuarat Online



Notis mesyuat Agung Angkatan Muda, Wanita dan Cabang Keadilan Bukit Gantang telah dihantar dan kini tinggal 3 hari lagi untuk hari jadi. Sama-samlah kita menunaikan tanggungjawab untuk memilih kepimpinan cabang dan hadir dan terlibat dalam proses mendemokrasikan parti.

Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang akan diadakan di Dewan Pejabat Keadilan Bukit Gantang Taman Molek pada jam 2.00 petang 18hb Sept 2010 dangan tema "Sinar Baru".
Sayap Wanita pula pada jam 3.00 petang dan cabang pada jam 4.00 petang kedua-duanya di lokasi  dan tarikh yang sama.

Pemilihan dan pembuangan undi akan belangsung pada hari yang sama bermula jam 10.00pagi hingga 4.00 petang.

Semua ahli keadilan Bukit Gantang dijemput hadir.

Thursday, September 9, 2010

Salam Syawal

Syawal hadir lagi, dalam kebanyakan kita tidak tahu memilih juadah, tidakkah kita insaf dengan sesetengah kita yang tidak ada apa untuk dipilih.

Tuesday, September 7, 2010

Jemputan Untuk Semua Ahli Keadilan Perak



Turut hadir pada majlis ini:

Sanator Zamri
YB Dollah Sani
YB Amiruddin
YB Azmin Ali
Shamsul AMK
Rafizi AMK
YB Fauziah
YB Dr Lee
YB Sivarasa
YB Zuraida
YB Kamarul Baharin 
YB Tian Chua
YB Amran
YB Aziz
YB Dt Johari Abdul
YB Dt Dr Mansor

Sunday, September 5, 2010

We choose to disagree


Sidang akhbar MPN Perak pada 31hb Ogos 2010. Mesyuarat MPN yang bersidang pada hari ini bersetuju sabulat suara mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj.Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang.
We choose to disagree


Mesyuarat AJK Cabang Bukit Gantang yang diadakan pada 5hb Sept 2010 telah memutuskan untuk menolak beberapa desakan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) "mendesak Pengerusi MPN Perak Tuan Hj. Mustafa Kamil Ayub bertanding sebagai Timbalan Presiden Parti Keadilan dan kesemua cabang di negeri Perak akan mencalunkan beliau jawatan tersebut dalam MATC cabang yang akan datang".
Bukit Gantang berpendapat, keputusan MPN telah menidakkan hak setiap ahli untuk memilih kepimpinan yang termaktub di dalam perlembagaan parti pindaan 2009.
Bukit Gantang akan menyerahkan 100% pencalunan kepada ahli pada  Mesyuarat Agungnya yang dijadual akan diadakan pada 18hb Sept ini. Dan jika ahli mencalunkan Tuan Hj.Mustafa Kamil maka AJK Cabang dengan rasa bangga mematuhinya.



Sunday, August 29, 2010

Pemilihan 2010 Bukit Gantang

Hari ini terisi semua jawatan selepas beberapa tahun ia kosong dan hanya disandang oleh pemangku. Antara jawatan-jawatan itu adalah Timbalan Ketua, Ketua Wanita dan Naib Ketua.

Hampir semua jawatan dimenangi tanpa pertandingan antaranya Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Cabang.

Jawatan Ketua Wanita yang dipangku oleh Puan Zaitun kini sah milik beliau setelah tiada lagi borang pencalunan diterima selepas tempoh penamaan calun tamat.

Walau bagainamapun pemilihan tetap akan berlaku pada 18 Sept ini selepas tiga pencalunan diterima untuk jawatan Naib Ketua.

Mereka yang telah diterima pencalunan adalah En Lee Ling Kong, En Jamaluddin Nordin dan En Khairul Azman.


Tahniah kepada yang telah berjaya dan selamat menjalankan tugas.

Monday, August 16, 2010

Kredibiliti Pendakwaan Terjejas

Seperti yang diduga mahkamah telah menolak permohonan untuk membatalkan pertuduhan fitnah ke atas saya. Walaupun hakim akur pihak pendakwa gagal menafikan samada wujudnya hubungan sulit di antara Farah Azlina dan Saiful Bukhari, namun hanya kerana berasaskan pengakuan Mohd Hanafiah dan Jude Pereira, Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah merasakan ianya memadai membuktikan Saiful tidak mempunyai akses kepada dokumen penyiasatan serta perbicaraan.
Sebelum inipun hakim yang sama menolak permohonan Pasukan Pembela agar Farah dan Saiful dipanggil untuk menjawab dan berhadapan dengan persoalan samada wujudnya hubungan sulit serta wujudnya kebocoran maklumat dokumen perbicaraan dan penyiasatan. Mahkamah seperti mahu memberi perlindungan kepada Farah dan Saiful sedangkan kedua-dua mereka sewajarnya memfailkan affidavit membela kehormatan jika benar tuduhan itu palsu. Mengapa gentar berhadapan dengan kebenaran!
ANWAR IBRAHIM

sumber :anwaribrahimblog.com

Wednesday, August 11, 2010

Monday, August 2, 2010

Monday, July 26, 2010

Program 1 Ogos 2010



Turut hadir:DS Nizar

Program akan berlangsung pada jam 9 malam 1hb Ogos 2010 (Ahad) di perkarangan Pejabat Keadilan Bukit Gantang, No 5 Lorong 1, Taman Molek, Simpang.

Semua dijemput hadir.

Wednesday, July 21, 2010

Program Cabang



Dijadualkan Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin: Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia akan meyampaikan kuliah politik di Pejabat Keadilan Bukit Gantang, beralamat No 5, Lorong 1, Taman Molek Simpang.

Program dijadualkan pada jam 9.00 malam 21hb Jul 2010.

Semua dijemput hadir.

Wednesday, July 14, 2010

Ramalan Seterusnya

FIFA 2010 telah berakhir dengan Sepanyol sebagai Juara. Ramalan  Paul the Octopus telah menjadi kenyataan. Nampaknya Paul the Octopus ini bukan sembarangan sotong.  Sekadar  kebetulan. Walaupun sesetengah orang mendakwa 80 peratus ramalan Paul the Octopus ni dah menjadi kenyataan. 
 
Beberapa hari ni, email penuh dengan gambar Paul the Octopus. Walaupun nampak sangat super imposenya tapi seronok tengok gambar ni. Enjou.
 
 
 


Monday, July 5, 2010

RAJAWALI TERBANG TINGGI

Terdengar gendang-genderang
Gema menghentam dada
Seluruh nusantara
Rentak yang sama

Pergolakan drama manusia
Masing-masing mahu buktikan
Kuat lemah

Langit mana pun sama
Bulan pun redha
Sinar bumi ayahku
Dan ayahmu jua


Gugur daun
Di telapak tangan
Terpijak ranting di jalanan

Aku rindu oh! kampungku
Aku tak mahu dijadikan hamba lagi
Aku tak mahu dijajah lagi


Biar terkubur jasad terbujur
Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu

Dan Rajawali terbang tinggi

Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang

Rajawali terbang tinggi
Dan rajawali terbang tinggi

Rajawali terbang tinggi... terbang

Aku tak mahu dijadikan hamba lagi

Aku tak mahu dijajah lagi
Biar terkubur jasad terbujur

Tak rela aku berpisah
Dari cintaku yang satu
Dan Rajawali terbang tinggi

Rajawali terbang tinggi
Rajawali terbang tinggi... terbang

Dan rajawali terbang tinggi
Dan rajawali terbang tinggi

Dan rajawali terbang tinggi ... oooooo
Rajawali terbang tinggi

Dan rajawali terbang tinggi... terbang

Thursday, June 10, 2010

Tak Kan Baru Tahu

Tulisan Zaini Hassan (Klik Tajuk) seolah beliau tidak tahu atau tidak sedar bendera Israil sebenarnya telah lama berada di negara ini.

Jika ada kesungguhan politik, perkara yang ditulis tersebut tidak mungkin berlaku. Malah nampak sebaliknya apabila (Gambar atas) diambil di PWTC Kuala Lumpur.

Dan semasa Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang replika ini (Gambar bawah) pula diujudkan di bawah Jejantas Changkat Jering.

Ternyata hipokritnya mereka.

Tuesday, June 8, 2010

Where to Cross The Border?


If You Cross The North Korean Border Illegally
You get 12 years Hard Labour.

If You Cross The Iranian Border Illegally
You Are Detained Indefinitely.

If You Cross The Afghan Border
Illegally, You Get Shot.

If You Cross The Saudi Arabian Border Illegally
You Will Be Jailed.

If You Cross The Chinese Border Illegally
You May Never Be Heard Again.

If You Cross The Venezuelan Border Illegally
You Will Be Branded A Spy And Your Fate Will Be Sealed.

If You Cross The Cuban Border Illegally
You Will Be Thrown Into Political Prison To Rot.

If You Enter Britain Illegally
You Will be Arrested, Prosecuted And Sent To Prison And Deported.

If You Are An Indonesian AND ILLEGALLY CROSS THE MALAYSIAN BORDER

YOU GET:
 MyPR (Permanent Residence / Pemastautin Tetap)
 A Driving License,
 Voting Rights
 Job Reservation,
 Special Privilege to be Consider as Bumi,
 Credit Cards,
 Subsidized Rent Or A Loan To Buy A House,
 Free Education,
 Free Health Care,


 Oh Malaysia, what a great country!!

Thursday, June 3, 2010

Untuk Kesejahteraan Dan Untuk Membantu Palestin: Jauhi Produk Berikut

Kehilangaan Seorang Lagi Teman



Abd Rani 2 dari kiri di perkarangan Kelantan Trade Center, Kelantan pada 29hb Jun bersama-sama kepimpinan Keadilan Bukit Gantang.

Mantan Ketua AMK (Sekarang menjawat jawatan Naib Ketua Cabang) saudara Abdul Rani Bin Mat Kasim telah meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 11.30 malam semalam .Jenazah beliau berada di rumah abang beliau di alamat 140 Blok G RPA Batu 2 1/2 Jalan Simpang Taiping.

Jenazah dijadual dikebumikan selepas solat Zohor hari ini. Al fatihah.

Kenapa Aku Di Sini?