Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Thursday, March 29, 2012

Ceramah Mat Sabu Di Ampang 27 Mac 2012

Monday, March 26, 2012

Ceramah DSAI di Kepala Batas, Pulau Pinang Pada 24 Mac 2012

Part 1
Part 2

Ceramah DSAI di Lukut, Negeri Sembilan Pada 22 Mac 2012

Part 1
Part 2

Ceramah 13 April 2012 Bertukar Tempat


AMK Bukit Gantang telah membuat keputusan rasmi bahawa tempat ceramah pada 13 April 2012 ini bakal diadakan di perkarangan Pejabat Keadilan Cabang Bukit Gantang Taman Molek.

Mengikut perangan awal ceramah ini dirancang mahu buat di Taman Mewah, Kemunting. Namun, atas beberapa faktor, AMK Bukit Gantang telah menbuat keputusan dan mengesahkan bahawa tempat ceramah bakal diadakan di Taman Molek.

Barisan penceramah yang bakal mengegarkan Taman Molek, Simpang, Bukit Gantang pada tarikh berkenaan ialah YB Amirul Shari (ADUN Batu Caves), Hilman Idham (Aktivis Mahasiswa), Hasmi Hashim (Ketua Cabang Parit Sulong) serta beberapa pemimpin tempatan.

Ayuh! Anak Muda jom gegarkan Bukit Gantang pada 13 April 2012 ini.

Wednesday, March 21, 2012

Ceramah Penerangan Parti Keadilan Rakyat Pada 13 April 2012


Sekali lagi bertempat diperkarangan rumah En Sazali (Ahli Keadilan) Lorong Mewah Utama, Taman Mewah, Kemunting, Taiping. Keadilan Cabang Bukit Gantang bakal mengadakan satu lagi ceramah penerangan tentang isu-isu semasa.

Kali ini Keadilan Cabang Bukit Gantang memperkenalan penceramah muda yang hebat-hebat terdiri daripada pelbagai latar belakang. 

Antaranya penceramah yang bakal mengegarkan Bukit Gantang pada program ceramah berkenaan ialah YB Amirudin Shaari (ADUN Batu Caves) iaitu wakil rakyat muda yang sentiasa lantang bersuara memperjuangan hak rakyat selangor ketika dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor. Sudah tentu YB Amirudin bakal memberi penerangan yang jelas kepada rakyat di Bukit Gantang mengenai isu-isu semasa yang berlaku di Selangor .

Kemudian penceramah lain tidak kurang hebatnya ialah Hasmi Hashim atau lebih dikenali dengan nama Buddi Hikayat iaitu seorang penulis lirik lagu terkenal. Antara lirik-lirik lagu popular yang telah ditulisnya ialah Awan Nano nyanyian Hafiz AF, Ajaib nyanyian nyanyian kumpulan Spider dan banyak lagi. 

Turut serta didalam program ceramah pentas pemuda ini ialah Hilman Idham iaitu seorang aktivis mahasiswa. Bagi yang belum mengenali Saudara Hilman Idham, beliau adalah seorang aktivis mahasiswa begitu lantang menyuarakan tuntutan pemahsuhan Akta AUKU. Beliau juga pernah didakwa bawah Akta AUKU kerana terlibat dalam kempen Pilihanraya Kecil Hulu Selangor yang diadakan pada April 2009 semasa beliau masih lagi bergelar pelajar.

Serta seorang lagi penceramah ialah wakil dari AMK Selangor iaitu saudara Najwan Halimi. Untuk pengetahuan, Saudara Najwan Halimi pernah menjadi saksi didalam Perbicaraan Kes Liwat 2 DSAI dengan Saiful Buhkari. 

Oleh itu, kepada semua anak muda yang berada disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang, jangan lepaskan peluang anda untuk hadir mendengar program ceramah pentas pemuda ini.

Tuesday, March 20, 2012

Hasmi Hashim bakal ke Bukit Gantang


Hasmi Hashim atau lebih dikenali dengan nama Buddi Hikayat telah bersetuju untuk hadir berceramah di Parlimen Bukit Gantang pada 13 April 2012 (Jumaat) bulan depan. Kemungkinan besar tempat ceramah bakal diadakan di Taman Mewah, Kemunting. Namun, sebarang pengesahan tempat bakal disahkan secara rasmi oleh AMK Bukit Gantang kelak.

Buddi Hikayat merupakan penulis lirik lagu popular Awan Nano nyanyian Hafiz AF7. Seperti diketahui umum bahawa lagu tersebut telah menjuarai pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL 25) yang diadakan pada Januari lepas. AMK Bukit Gantang mengucapkan tahniah kepada Buddi Hikayat diatas kemenangan beliau.

AMK Bukit Gantang amatlah berbesar hati dengan persetujuan Buddi Hikayat untuk hadir berceramah di Bukit Gantang pada 13 april depan. Penceramah lain yang turut mengesahkan kehadiran bersama Buddi Hikayat ke program ceramah penerangan pada tarikh tersebut ialah YB Amirudin Shaari (ADUN Batu Caves), Hilman Idham (Aktivis Mahasiswa) dan Najwan Halimi (Wakil dari AMK Selangor).

Diharap dengan kehadiran ramai penceramah muda yang hebat-hebat ini dapat menarik semua anak muda yang berada disekitar kawasan Parlimen Bukit Gantang bagi membanjiri program ceramah anjuran AMK Bkt Gantang pada tarikh berkenaan.





Wednesday, March 7, 2012

Ceramah Penerangan Parti Keadilan Berhubung Kenyataan DSAI Terhadap Israel


Program penerangan anjuran Cabang Keadilan Bukit Gantang ini bakal diadakan pada sabtu malam ahad bertarikh 10 mac 2012. Program penerangan ini bakal diadakan di Rumah En Sazali (Salah seorang ahli Keadilan), Jalan Mewah Utama, Taman Mewah, Kemunting. Untuk maklumat, Taman Mewah masih lagi di dalam Kawasan DUN Kuala Sepetang. 

Antara penceramah yang sudah mengesahkan kehadiran mereka ialah YB V Sivakumar (ADUN Tronoh) Dr Muhd Nur Manuty (Pengerusi MPN Perak) Laksanama (B) Haji Imran (Penasihat KERABAT) dan berberapa pemimpin tempatan dari Keadilan Cabang Bukit Gantang. 

Semua rakyat Malaysia dijemput hadir bagi mendengar sendiri penjelaskan dari wakil Keadilan mengenai kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim di Wall Street Journay berhubung sokongannya terhadap Israel. Kerana sejak akhir-akhir ini, media massa tiap-tiap hari menyerang Dato Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya di media antarabangsa itu. Ramai rakyat Malaysia telah terkeliru dengan isu ini. Oleh itu, datanglah ke program penerangan keadilan ini dan fikirlah dengan sendiri yang mana betul yang mana salah.


Kenapa Aku Di Sini?