Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Monday, December 31, 2012

Kuala Lumpur #112


Tuesday, December 18, 2012

Kezaliman Perlu Ditentang-Ingat Ini

Saiz Teks: A A A

Insiden mata lebam: Lepas belasah, polis ‘sujud’ minta maaf – Anwar

(Oleh Aedi Asri)
KUALA LUMPUR 17 Dis: Menyingkap kembali keperitan dilaluinya semasa ditahan Umno BN di penjara Sungai Buloh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ada beberapa polis memohon maaf dan menginsafi kekejaman yang dilakukan anggota pasukan itu ke atasnya.

“(Selepas) dipukul setengah mati, komandan kem jumpa saya pagi esoknya (dan) saya tengok dia menangis…Dia tunduk, pegang lutut saya dan mohon maaf. “Saya tanya sebab apa, awak pukul (saya)? Dia jawab tidak (bukan dia yang pukul). Dia kata, semalam beliau dan isteri solat hajat minta saya selamat.

“(Kemudian) dia kata, ‘kalau saya ada wang (dan) boleh jaga keluarga, saya akan berhenti (menjadi polis). Saya tak boleh tahan dengan kerja macam ini’,” cerita Anwar kepada 50,000 hadirin pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Dungun, Jumaat lalu, mengenang kebaikan beberapa anggota polis terhadapnya ketika ditahan pada 1998.

Ekoran kejadian tersebut, Ketua Umum KEADILAN itu mengingatkan bahawa bukan semua polis menurutnya, ‘jahat’ seperti mantan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Ini terbukti apabila seorang anggota polis turut datang dan menyapu ubat pada lukanya, selepas polis peringkat atasan melarang doktor memberi rawatan. “Seorang korporal polis ada bawa ‘Tiger Balm’ (ubat sapu), dia datang dan sapu (pada luka). Itu sahaja rawatan untuk beberapa hari,” kata Anwar.
Pada 29 September 1998, Anwar ke mahkamah dengan mata lebam. Imej itu menjadi simbol kezaliman Umno BN dan penentangan rakyat ketika era reformasi.

Rahim Noor kemudian didapati bersalah memukul Anwar. Pada 15 Mac 2000, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 terhadapnya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, tidak ada siasatan bebas mengenai penglibatan Umno BN dalam serangan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada malam 20 September 1998 oleh Rahim Noor, KPN ketika itu. “Selepas 14 tahun, serangan mengerikan itu masih menjadi trauma seluruh negara,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Beliau merupakan peguam Anwar untuk kes perbicaraan insiden mata lebam yang sepatutnya berlangsung 16 Oktober lalu tetapi dibatal setelah Tan Sri Musa Hassan menarik balik saman fitnah terhadap Anwar berhubung pemalsuan keterangan laporan perubatan oleh beliau dan Ketua Pasukan Pendakwa Raya, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Surendran berkata, ketika ditangkap, Anwar diikat tangan, ditutup mata, ditampar dan ditumbuk berulangkali sehingga jatuh ke lantai. “Dalam keadaan separuh sedar, darah keluar dari mulut dan hidung, Anwar dinafikan hak mendapat rawatan. Malah dipaksa menandatangani perintah tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri). “Pegawai tertinggi polis ada di tempat kejadian. Namun tidak seorang pun yang mengambil tindakan membuat laporan,” ujarnya.

Pada malam tersebut, Anwar ditangkap secara salah oleh pasukan khas polis yang menerima arahan kerajaan Umno BN diketuai Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Tangkapan dan serangan itu sebahagian dari perancangan Umno BN mensabitkan Anwar dengan salah laku seks dan pertuduhan rasuah, selepas beliau dipecat pada 2 September 1998. Namun kes berkenaan mendapat liputan meluas antarabangsa dan desakan berterusan mengheret Rahim ke penjara serta dipecat dari jawatannya sebagai ketua nombor satu dalam PDRM. Lebih teruk, kata Surendran, Anwar hanya diberi rawatan selepas empat hari serangan dan dalam keadaan itu, beliau dipaksa memberi keterangan. 

Pada 1 Oktober 1998, Dr Mahathir berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mengatakan bahawa "kecederaan itu dilakukan Anwar sendiri".

Tuesday, December 11, 2012

Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Perak


Wednesday, November 14, 2012

Salam Maal Hijrah 1434

Tinggalkanlah yang buruk dan ambil yang lebih baik

Tuesday, November 13, 2012

Selamat Hari Depavali

Selamat hari Depavali, Semoga cahaya menerangi perjalanan hidup kita

Monday, August 27, 2012

Keadilan Cabang Bukit Gantang: Tuan Rumah Majlis Rumah Terbuka Keadilan Perak

Bukit Gantang 26 OGOS 2012 : Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1433h bagi Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak berlangsung meriah dengan kehadiran Ketua Umum Keadilan, Dato'Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan Perak, Dr. Muhammad Nor Manuty dan barisan kemimpinan Keadilan Cabang di seluruh negeri termasuk Pimpinan DAP dan PAS.

Program yang yang bermula jam 4 petang dan berakhir jam 6.30 petang di Dataran Lot 930 (Dataran Funfair), Jalan Simpang, Simpang dengan semangat perubahan luar biasa dibanjiri lebih 2000 rakyat dari pelbagai kaum.

Antara tetamu pimpinan DAP yang hadir ialah Ahli Parlimen Beruas, Dato' Ngeh Koo Ham dan Ustaz Idris Ahmad mewakili PAS.

Rumah terbuka itu menyaksikan Dato Seri Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh dan pemimpin Keadilan negeri turun padang untuk beramah mesra dengan rakyat pelbagai lapisan.

Kehadiran masyarakat pelbagai kaum bukti rakyat mahukan perubahan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK Perak) menaja kuewtiaw goreng
Antara hidangan yang disajikan lemang,ketupat dan rendang. Air cendol,bihun sup,mee rebus, sate dan 3 ekor kambing bakar yang ditaja khas juga habis kurang 2 jam.



































 

Friday, August 24, 2012

Program Anwar Ibrahim 26/8/2012

Anwar semasa program Merdeka Rakyat Taman Ria Bukit Gantang

Program Sambutan Eidul Fitri Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Perak

26 Ogos 2012 (Ahad)

1) 4.00 – 6.00 ptg –
Rumah Terbuka Eidul Fitri KeADILanPerak
Lokasi: Lot 930, Dataran Fun Fair, Jalan Simpang, Simpang
Taiping

2) 7.30 mlm - Solat & Tazkirah Maghrib
Lokasi: Surau Baru Tengah, Kuala Kurau

3) 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Demi Rakyat
Lokasi : Batu 8, Jln Parit Buntar, Bagan Serai

Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB S Kesavan
iv. YB Haji Ramli Tusin
v. YBhg Mustafa Kamil Ayub
vi. YBhg Che Gu Bard

Wednesday, August 1, 2012

Lawatan Ketua AMK Pusat Ke Bukit Gantang













Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Saudara Shamsul Iskandar Mat Akin dan rombongan pimpinan muda pusat telah mengadakan lawatan ke Cabang Bukit Gantang.

Rombongan berjumlah 40 orang telah singgah ke Masjid Simpang untuk solat asar seterusnya berprogram dengan Angkatan Muda Keadilan Negeri Perak.

Ketua AMK dan rombongan juga telah singgah di Pasar Ramadan Batu 2 ½ Jalan Simpang untuk beramah mesra dengan pengunjung disamping mengedarkan kurma. Sejumlah 400 bungkus kurma telah diedarkan pada petang itu.

Amanat Ketua AMK dan pimpinan cabang telah diadakan di pejabat cabang disusulu sumbangan 20 naskah Al Quran dan duit raya kepada Maahad Tahfiz Wa Ta'akimul Quran Arrahimiyah Asam Kumbang yang diwakili Mudirnya Ust Khairul Afrif Al Hafiz.

Majlis berbuka (Iftar) menamatkan program kunjungan ini.

AMK Bukit Gantang mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ini.

Kenapa Aku Di Sini?