Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, July 31, 2009

ADUN PERMATANG PASIR MENINGGAL DUNIA


Adun Permatang Pasir, Dato' Mohd Hamdan Abd Rahman meninggal dunia di IJN Kuala Lumpur pagi ini. Jenazah beliau dijangkakan dikebumikan pada petang ini. Al-Fatihah.

Beliau Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, juga merupakan Calon Barisan Alternatif yang mewakili PAS bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir di Kawasan Parlimen Permatang pauh. Berkhidmat sebagai ADUN Permatang Pasir selama 3 penggal (1999-2004, 2004-2008 dan 2008 kini).

Sunday, July 26, 2009

Lagi Pemimpin BN Sertai Keadilan

Bekas Ahli Parlimen Segammat yang juga bekas Naib Presiden MIC Dato S Subramaniam istihar meyertai Parti Keadilan Rakyat dalam satu program Dato Seri Anwar Ibrahim bersama masyarakat india di Petaling Jaya petang tadi.

Ini adalah peyertaan pemimpin besar dari parti komponen BN ke dua selepas Dato Chua Jui Meng dari MCA minggu lepas.

Beliau bersama MIC selama 45 tahun.

Sunday, July 19, 2009

Saturday, July 18, 2009

CHUA JUI MENG SERTAI PKR


Dalam 2-3 hari ini kecoh Presiden MCA Bakri, Chua Jui Meng nak sertai Keadilan. Tetapi dinafikan sendiri oleh beliau. Pada aku mungkin bersebab beliau menafikan. Dan sehari selepas mayat SETPOL Exco Selangor dijumpai di banguna SPRM, Chua Jui Meng membuat satu kenyataan mengapa beliau bersama David Yeoh-bekas Senator MCA dan bekas MP Lumut.

Berikut adalah kenyataan Chua Jui Meng yang di petikdari Malaysiakini.com:

Terdapat banyak spekulasi baru-baru ini mengenai apakah langkah saya seterusnya dalam politik.

Hari ini, saya membuat satu keputusan penting dalam hidup saya - meninggalkan MCA dan menyertai Keadilan. Saya meletak jawatan sebagai pengerusi MCA bahagian Bakri, jawatan yang saya pegang selama 23 tahun, membebas diri ini untuk memikul perjuangan baru bagi merealisasi wawasan saya untuk perubahan. Semua ini terkandung dalam manifesto yang saya tulis sewaktu bertanding jawatan presiden MCA pada 2005 dan 2008.

Hari ini saya mengumumkan bahawa saya keluar daripada MCA. Sekarang saya mengumum saya menyertai Keadilan.

Hari ini saya yakin yang saya berada di pihak yang betul dalam sejarah, pada saat yang amat genting dalam sejarah negara kita. Apa yang mendorong saya untuk berbuat demikian?

Pilihanraya umum 2008 menyaksikan kesungguhan 52 peratus rakyat Malaysia di Semenajung untuk melakukan perubahan. Kuasa undi yang menakjubkan ini telah melahirkan, bagi pertama kalinya, sistem dua parti. Hasilnya, kita menyaksi fenomena sehingga ini di mana pemimpin Umno berkata "jika kita tidak berubah, rakyat akan menukar kerajaan".

Kerana tiada pilihan, rakyat Malaysia kini menyaksikan kerajaan yang didukung oleh Umno, membuat beberapa usaha memenangi hati rakyat. Itu adalah hasil daripada kuasa rakyat.

Hari ini kita menyaksikan kelahiran sistem dua parti kini berdepan dengan ancaman kemusnahan, gangguan yang berterusan daripada kerajaan yang didukung oleh Umno untuk memisah dan memusnahkan sistem dua parti, yang terhasil daripada pilihanraya umum tahun lalu.

Thursday, July 16, 2009

SU politik exco mati jatuh bangunan SPRM

# kemaskini 6.23pm Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.LAGI
#
Polis sah mayat ditemui
Pembantu disoal siasat

Janji dulu dengan peruntukan berbillion tak tertunai


Aku hari ni kena kerja di Klang, pukul 6 dah bersiap. Aku dah tau perjalanan tran komuter dari KL Central ke Klang makan masa cukup-cukup sejam. Yang aku tak tau keadaan pada jam 7 di stesen Bandar Tasik Selatan.



Lepas subuh terus memandu ke Tasik Selatan, waktu tu pun dah jammed, dari rumah aku ke tasik selatan 5km je tapi dari jam 6 mula keluarrumah dan bertolak sampai stesen jam 7am. Sampai stesen kena bayar pulak RM3.00 untuk parking. Kira murahla tu untuk satu hari, tempat lain tak dapatla.



Gelap lagi cuaca di luar dan komuter sampai jam 7.17am. aku tengok dalam komuter dah macam sardin. Dah, macam mana niiii? Aku kena sampai Klang jugak sebelum jam 9. aku tengok orang masuk jugak walaupun dah macam tak boleh, tolak punya tolak celus juga aku masuk. Tapi kaki kanan hala ke selatan, kaki kiri ke timurlah posisinya dalam train tu.



Aku tak taula berapa orang ada dalam gerabak tu, tapi aku ingat lagi tahun 1994, masa tu aku pi kerja dengan bas mini, samalah keadaan waktu ni, Cuma tak bergayut di pintu je.



Dalam perjalanan tu adala yang terbersin, terbatuk dan mengeluarkan bau pun ada. Isss, rasa tak selesa betul. kalaulah ada yang bawa H1N1, ramai juga yang kena cuti. Awatla aku tak bawak kereta ja ke Klang? Kalau itu pertanyaan pembaca ini jawapannya.



Mula tadi aku dah sebut, jarak rumah aku ke stesen hanya +-5km tapi nak setengah jam jugak sampai. Aku pakai kembara manual, kembara ni bukan pakai minyak tapi minum minyak kalau 5 km makan masa nak setengah jam bagaimana pulak 40km nak ke Klang, betul bukan semua tempat jam tapi nak pi kelang dari rumah aku kena lalu Lebuh Raya Kesas, sebelum tu kena ke Sungai Besi, Bukit Jalil, USJ, Shah Alam dan Klang, lepas tu Parking pulak. Campur tolak mau RM40.00 melayang. Belum lagi cerita nak marah orang potong Q, sakit kaki tekan klash. Pikir semua tu aku ambil keputusan naiklah komuter, campur tolak semua kena bayar Parking RM3.00 Tiket RM3.70 dan minyak kereta sejauh 5km tadi RM5 ringgit kut. Sebab nak jimat naiklah komuter.



Dalam bersesak tu mulalah aku dok fikir. Masa harga minyak dunia naik dulu kerajaan naikkan harga minyak di Malaysia, alasan Pak Lah harga minyak dunia naik. Tapi bila harga minyak dunia turun, Pak Lah tak turunkan harga minyak tapi mem beri alasan sabsidi akan digunakan untuk menaik taraf sistem pengangkutan awam di KL. Benda ni dah 4 tahun kut berlalu. Apa yang aku rasa pagi tadi tak menggambarkan duit berbilion tu dah digunakan untuk apa yang dikatakan.



Kajadian hari ni pulak bukan kejadian untuk system komuter saja. Aku tau sebab aku la ni sesak dan kena cari alternative pengangkutan yang lebih murah. Aku dah cuba LRT, STAR, Aliran Kelana Jaya, dan Monorail semua sesak macam tadi jugak. Terutama yang melalui Masjid Jamik dan KL Central. Yang masih ok aku rasa apa nama tah yang pi KL Airport-itupun sebab dia tak banyak stesen. Kalau naik bas baik aku naik kembara, sekurangnya aku boleh duduk, kalau naik bas dah tentu berdiri sepanjang perjalanan.



Pi mai pi mai nak utarakan kepada pimpinan kerajaan sekarang, apa sangat yang dihadiahkan baru-baru ni berbanding duit yang entah ke mana untuk naik taraf system pengangkutan awam di KL. Dah la orang Bukit Gantang pun turut bayar untuk orang KL tak dapat rasa pulak. Ni orang Bukit Gantang akan dapat apa dari hadiah tu?



Jadi Pak Lah dah janji dan duit dah habis, tapi tak dak perubahan.Baru ni Najib bagi hadiah dan hadiah tu ciput je. Tulisan sebelum ni menyatakan diskaun untuk ambil lesen, tu pun sebab nak ambil hati anak-anak muda. Sebab anak-anak muda dah mula renggang Dengan BN. dan tulisan dalam blog-blog lain pun menggambarkan BN pun berjanji je tapi dok lagu tu jugak.

Ingat la dia bagi sikit je, kalau berbilion boleh jadi entah kemana. nanti di charge hampa kot lain. Hangpa tunggu la kalu hangpa bagi mandate lagi kat depa. Silap-silap motor pun kena tol. ( Dulu dah ada cadangan dah tu).

Monday, July 13, 2009

Pemuda GERAKAN sertai demo anti-ISA?

Sejak beberapa bulan yang lalu,banyak isu-isu yang diperjuangkan oleh PR mendapat reaksi yang berbeza dari pelbagai pihak.Paling mendapat keprihatinan ialah isu RAMPASAN KUASA DI PERAK OLEH BN.

Dan sejak beberapa minggu ini pula isu-isu yang diperjuangkan oleh PR mendapat reaksi yang positif baik oleh rakyat jelata mahupun dari parti-parti kompenan BN sendiri.Terbaru Pemuda dari GERAKAN akan menyertai PERHIMPUNAN BESAR-BESARAN HAPUSKAN ISA yang akan dianjurkan oleh GMI.

Nah!Apa yang kita tunggu lagi.Meminjam kata dari DS Nizar, kalau ada sekupang dua kasihan kamu terhadap parti AMNO,buangkan terus dari hati kamu wahai rakyat sekalian.(kalau tak salah aku lah.Aku pun dah lupa)

Semakin hari kita bakal menyaksikan sedikit demi sedikit AMNO yang akan terkubur. DAn aku berharap agar 'kematian' AMNO ini akan cepat dari yang kita jangkakan.

Kelmarin isu PPSMI rakyat menang,hari ini isu ISA bakal disertai oleh Pemuda Gerakan dan aku berharap agar esok kita akan kekalkan kerusi DUN Manek Urai. Semoga kita akan terus berjaya dan membentuk kerajaan persekutuan dalam tempoh yang singkat ini. Insyaallah.

Sunday, July 12, 2009

11 HADIAH UNTUK RAKYAT?

Genap sudah 100 hari pimpinan Najib.Dengan bangganya beliau mengumumkan 11 hadiah untuk rakyat. Pada aku,kalau dah namanya hadiah biar lah rakyat di seluruh pelusuk Malaysia menikmatinya.

Tapi cuba kita perhati,apa yang rakyat di luar bandar mahupun pendalaman akan dapat?Betul, tiada apa yang rakyat nak bangga dengan 11 hadiah tersebut.Kecuali kadar bayaran permohonan lesen motorsikal sebanyak RM211 bermula 1 September.

Yang tu pun aku rasa bohong.Sebabnya kerajaan pernah umumkan yuran persekolahan adlah percuma,tetapi sekarang kena bayar.Dan pada aku kadar bayaran lesen motorsikal tu pun hanya untuk pendaftaran sahaja.Cuba campur nak bayar sebelum kursus,nak ambil ujian komputer dan ujian praktikal,jumlah keseluruhan masih tak berubah dari apa yang kita kena bayar sekarang.

Yang itu janji Najib.Kalau kita perhatikan betul-betul Isu PPSMI yang akan dimansuhkan oleh kerajaan adalah amat wajar.Ianya memberi kemenangan kepada kita kerana kerajaan telah pun tunduk terhadap isu ini.Tetapi mengapa tidak dimansuhkan pada tahun depan.Apa istimewa nya 2012?Kalau lah kita sentiasa mengikuti perkembangan politik negara,PRU 13 akan datang adalah pada 2012 kalau mengikut kiraan sekarang.Sebab itu sahaja PPSMI akan dimansuhkan pada 2012. Atau dalam istilah paling senang, pemansuhan PPSMI pada 2012 adalah untuk meraih undi BN semula.

Jadi,fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.Jangan lah kerana nak raih undi berbohong pada rakyat.Dan jangan lah kita terpedaya dengan dakyah dakyah yang disuarakan oleh Kerajaan BN sekarang.

Rakyat Malaysia Perlu Tahu Kisah Sebenar Konspirasi Jahat Terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim


Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari.

Saturday, July 4, 2009

Perak semakin getir


Mengapa Jamal dan Osman melompat keluar dari PKR dan menjadi ADUN Bebas? Tidak seperti Hee yang melompat keluar DAP kerana tak dapat Camry, Jamal dan Osman memberikan pelbagai alasan. Diantaranya kerana memperjuangkan Bangsa Melayu…Nizar Boneka DAP…blah..blah..blah.

Semua itu adalah alasan-alasan untuk menutup kisah sebenar.

Thursday, July 2, 2009

APA KHABAR MALAYSIA?

Apa khabar Malaysia? Lama jugak blog ini tidak diupdate. Pada aku mungkin takde isu yang hangat untuk diperkatakan walaupun 1 Malaysia dok bising tentang isu kerajaan Perpaduan@Talian Hayat terakhir bagi AMNO atau isu PAS yang diperkatakan sebagai kuda tunggangan PKR dan DAP oleh AMNO jugak.

Isu isu ini aku rasa tiada apa untuk di'hangat'kan sebab TGHHA tidak membuat kenyataan pada umum. Dan aku yakin ramai yang menarik nafas lega bila TGHHA bermesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan keputusan yang di buat oleh Pimpinan ini sesuatu yang memberi kelegaan pada kita.

Hari ini, disebalik kekecohan yang mengatakan DUN Perak dibubarkan, disebalik perbicaraan DSAI terhadap tuduhan konspirasi liwat, TV3 suku memainkan isu yang dianggap oleh puak mereka sebagai perpecahan antara parti Pakatan Rakyat.

Dan ada yang menganggap isu ini sememangnya dah lama sehingga Presiden MCA menggelarkan pakatan Rakyat Sebagai Pakatan Pilihanraya sahaja. Bagi aku senang, sebagai orang muda yang sedang belajar Politik di Malaysia, aku nampak Pihak Pakatan baik PKR PAS mahupun DAP terlalu tergesa-gesa dalam membuat sesuatu kenyataan biarpun untuk menunjuk kekuatan ataupun kelemahan.

Apa yang berlaku di Kedah mungkin tidak sehangat apa yang berlaku di Terengganu dan Perlis terhadap Amno-BN sehinggakan di Perlis cawangan PKR ataupun Pakatan Rakyat mendadak ditubuh dalam masa 2 bulan ini.

Cuma aku mengharap agar DAP, PKR dan PAS baik di Kedah ataupun di peringkat pusat tidak tergesa-gesa membuat keputusan terhadap apa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Jangan pula kita lupa bahawa Pakatan Rakyat adalah 'Gorvement In Waiting' pada PRU 13. Jangan lah kerana tidak boleh bertolak ansur antara kita menyebabkan rakyat semakin meluat pada kita seperti AMNO_BN sekarang.

Kenapa Aku Di Sini?