Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Friday, February 24, 2012

KEADILAN Gesa Kerajaan Pertimbang Tuntutan CUEPACS Dan Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat terbuka dengan tuntutan terbaru CUEPACS agar kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2500 untuk pekerja-pekerja di dalam perkhidmatan awam gred 1 hingga gred 54 menerusi skim yang sedia ada sebelum melaksanakan sebarang pembaharuan menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Di dalam Belanjawan Alternatif Pakatan Rakyat 2012 yang dibentangkan sebelum Bajet 2012 Kerajaan Persekutuan, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi komitmen bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk kerajaan pusat, gaji minima pada kadar RM1,100 akan dikuatkuasakan buat penjawat awam. Ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 penjawat awam yang masih menerima gaji di bawah kadar tersebut di bawah skim saraan sedia ada.

Pakatan Rakyat juga komited untuk menyelaraskan tangga gaji perkhidmatan awam secara lebih saksama berikutan pengenalan gaji minima tersebut, selain insentif khas RM500 sebulan bagi setiap guru sebagaimana dijanjikan di dalam Buku Jingga.

Ini berbeza dengan syor awal SBPA yang dibentangkan kerajaan di mana seorang penjawat tertinggi kerajaan di dalam kategori Premier akan menerima sehingga RM80,000 sebulan sedangkan kenaikan pemandu serendah RM1.70 sebulan.

Mengikut maklumat dari laporan 2006 United Nations (UN) Public Administration Network Public Service, Malaysia mempunyai nisbah jurang gaji antara yang tertinggi dan terendah yang paling tinggi berbanding negara-negara jiran, iaitu sekitar 19.5:1. Ini bermakna
gaji penjawat tertinggi adalah 19.5 kali lebih tinggi dari gaji pegawai kerajaan yang terendah. Oleh itu, KEADILAN menyeru agar jurang nisbah gaji di antara yang tertinggi dan terendah dirapatkan, dan bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak untuk merealisasikan
visi ini.

KEADILAN turut menyarankan agar semakan gaji dimandatkan supaya dibuat setiap 5 tahun, agar kenaikan yang selaras dengan inflasi akan dapat dilaksana dengan lebih mudah dan adil.

Justeru KEADILAN menggesa Perdana Menteri untuk mengkaji syor terbaru yang dibentangkan CUEPACS serta saranan Pakatan Rakyat sebelum ini demi membela nasib penjawat awam.

NURUL IZZAH ANWAR
NAIB PRESIDEN

PARTI KEADILAN RAKYAT

Wednesday, February 22, 2012

AMK Bukit Gantang Mengalukan Kehadiran YB Nurul Izzah Ke DUN Changkat Jering


Mengikut jadual petang esok, DUN Changkat Jering bakal didatangi tetamu istimewa iaitu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) YB Nurul Izzah Anwar untuk Program Diolog Bersama YB Nurul Izzah.

Maklumat Program adalah seperti berikut : 
             
        Tarikh : 23 Feb 2012 (Khamis)
        Masa   : 5 Petang - 7 Petang
        Tempat : Restoran Hup Hing, Lot 1325, Jalan Kuala Kangsar, 34700 Simpang
                      (Arah dari lampu trafik Simpang ke Changkat Jering, Kedai sebelah kiri 
                       selepas Pejabat POS  Simpang dan Stesen Caltex Simpang)

Diharap kepada sesiapa yang berkelapangan petang esok. Bolehlah bersama-sama menyertai program ini. Semoga dengan kehadiran kalian bakal memeriahkan lagi majlis.

Wednesday, February 15, 2012

Ceramah 19 Februari 2012

Monday, February 6, 2012

Tarikh PRU13

Sehari dua ni beberapa ceramah di kawansan Parlimen Bukit Gantang banyak menyentuh hal tarikh pilihanraya. Kita bagaikan tak sabar-sabar untuk mengambil alih pimpinan Malaysia. Alhamduliilah kemenangan nampak akan meyebelahi kita. Blog-blog juga memberi gambaran pilihanraya ke 13 akan berlaku sekitar bulan Mac 2012. Tak dinafikan kami juga teruja untuk menanti keputusan PRU13.


Sedar atau tidak dengan berlangsungnya PRU13 pada masa terdekat, maka kita sekali lagi dinafikan dan tertipu oleh Barisan Nasional (BN). Tuntutan pada BERSIH 2.0 seperti imej.


Tuntutan BERSIH 2.0 belum lagi dibuktikan tertunai. Cuma penggunaan dakwat kekal saja dijanjikan untuk ditunaikan. Mengimbau kembali peristiwa PRU12, penggunaan dakwat kekal juga ditarik balik hanya beberapa hari sebelum tarikh membuang undi dan kita kini tahu atas pengakuan pimpinan negara sendiri ia sebenarnya diarah oleh pimpinan BN. Jadi jangan yakin penggunakan dakwat itu akan terlaksana pada PRU13.


Jika terlaksana juga PRU13 sebelum tuntutan BERSIH 2.0, ia membawa maksud BN tidak pernah ada niat untuk menunaikan apa-apa pun yang dituntut oleh BERSIH 2.0 malah kita telah dipermainkan dengan janji itu dan ini. 


Apapun Malaysialah antara negara yang tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh PMnya sahaja. Jika ia berlaku esok, Keadilan Bukit Gantang telah bersedia dengan calun-calun terbaik dan telah diuji untuk kedua dua DUN yang diamanahkan. Changkat Jering dan Kuala Sepetang.

Kenapa Aku Di Sini?