Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Wednesday, August 19, 2009

TAHNIAH YB


Pada mesyuarat khas Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Perak 1 Ogos lalu telah mempersetujuai YB Abd Yunus Jamhari sebagai Ketua AMK Negeri yang baru, menggantikan Saudara Anwar Zakaria yang dikira dinaikkan pangkat untuk berkhidmat bersama perhubungan negeri.

Jika mengikut perlembagaan parti, tidak perlupun diadakan mesyuarat khas ini, perlantikan seseorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri adalah 100% di tangan ketua AMK Pusat dengan cadangan dari Perhubungan Negeri.

Nyata langkah yang diambil Saudara Shamsul sebenarnya untuk menyemai amalan demokrasi.

Dan pada 16 Ogos 2009 bermulalah tugas YB Yunus mengepalai AMK Negeri setelah satu lagi mesyuarat AMK pusat memperakuinya. Perlantikan beliau bukan bersandarkan kepada dirinya sebagai seorang YB tetapi sejarah panjang perjuangan beliau mungkin menjadi kayu pengukur kepada ketokohan beliau.

Bermula bersama penubuhan Parti Keadilan Nasional. Daripada seorang yang hanya ditugaskan untuk mengangkat barang, memasang bendera seterusnya sinar bakatnya berkembang naik dari satu jawatan ke jawatan yang lebih berat.

YB Yunus juga pernah memegang jawatan setiausaha Bahagian Parit Buntar seterusnya menjadi Ketua Cabang tersebut hingga kini. Beliau juga kini memegang jawatan sebagai timbalan pengerusi Keadilan Perak.

AMK Cabang Bukit Gantang mengucapkan tahniah atas perlantikan dan semoga dengan kepimpinan baru ini akan membawa AMK Perak ke tahap yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?