Tempah & Merekabentuk Semua Jenis Banner Pelbagai Saiz Dengan Harga RM1.99 Sekaki Persegi | Telefon 012-286 36 17 Untuk Maklumat & Tempahan

Saturday, September 26, 2009

29hb Sept ini


Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar dan enam yang lain akan mengetahui pada 29 Sept. ini sama ada mereka boleh mencabar keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi negeri.

Bagi aku, aku nak lihat bagaimana undang-undang berjalan di Malayisa.

Apa-apa keputusan mahkamah yang akan diputuskan hendaklah berasaskan kes-kes lampau, yang ni kita sebut president.

Adaka kes seumpama pernah diputuskan oleh mahkamah sebelum ni? Tak payah kita cari dalam MLJ (Malaysian Law Jernel) sebab semua orang masih ingat lagi kes V Sivakumar terhadap Datuk R Ganesan berhubung dakwaan menyerang dan melakukan pemenjaraan salah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Dalam kes ni Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Jadi mahkamah pada 29hb Sept ini hendaklah mengikut presiden, iaitu mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan kes, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN. Apa keputusan DUN? Keputusannya ialah 3 DUN adalah kosong dan bakal ada PRK.

Senang, ringkas dan logic. Tapi seperti artikel Rukun Negara di bawah, adaka depa nak mendaulatkan keluhuran perlembagaan?

No comments:

Post a Comment

Kenapa Aku Di Sini?