Angakatan Muda Keadilan(AMK) Cabang Bukit Gantang juga tidak menolak kemungkinan PRU 13 diadakan pada tarikh tersebur berdasarkan mood PM Najib yang sering kali turun padang bagi mendekati hati remaja muda mudi.
Baru-baru ini PM Najib telah membuat kunjungan ke stesen-stesen radio kegemaran anak muda seperti Radio ERA, Hot FM, Mix FM, Hitz FM dan banyak lagi radio-radio kegemeran remaja. Tidak cukup dengan membuat kunjung ke stesen-stesen radio popular, Najib telah membuat kejutan hadir ke Konsert Suara Kami yang diadakan di Stadium Merdeka pada 17 Sept lepas bersama isteri kesayangan Datin Rosmah.
Berdasarkan mood yang ditunjukan oleh Najib ini telah menambakan keyakinan AMK Bukit Gantang bahawa PRU 13 terlalu hampir.
AMK Bukit Gantang telah membuat kajian mengenai keberangkalian PRU 13 bakal diadakan.
Seperti yang diketahuan umum, Bajet 2012 bakal dibentang oleh Najib di Parlimen pada 7 Oct 2011 iaitu hari jumaat ini. Besar kemungkinan Parlimen akan dibuburkan pada 10 Oct 2011 iaitu isnin depan. Hal ini kerana, Bajet 2012 ini sudah tentu Bajet Pilihanraya bagi menarik hati rakyat menjelang PRU 13. Pada 10 Oct 2011(Isnin) adalah hari Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim berucap mengenai Bajet 2012 yang telah dibentangkan Najib Razak. Bagi mengelak DS Anwar Ibrahim mengoyak bajet tersebut, Najib akan bubar Parlimen selepas pembentangan Bajet 2012.
Besar kemungkinan Hari Penamaan calon bakal diadakan 29 Oct 2011. Dengan hari berkempen selama 14 hari, Manakala Najib Razak dan Rosmah pula dijadualkan pulang dari menunaikan Ibadah Haji pada 7 November, Besar kemungkinan hari pembuangan undi pada 11 November 2011.
Kesimpulanya, Berdasarkan kemungkinan yang bakal berlaku ini sudahkan kita bersedia untuk turun ke medan peperangan? Diharap PRU 13 ini menjadi titik penamat Malaysia dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional dan menjadi titik permulaan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment