Pasukan Rukan Tertangga Kampung Banggol Nering |
Changkat Jering - Risau dengan kejadian pecah rumah yang sering berlaku musim cuti sekolah di kampung ini. Pemuda Kampung Banggol Nering, Changkat Jering telah membuat keputusan dengan melacarkan pasukan rukun tertangga Kampung Banggol Nering yang diangotai sendiri oleh anak muda kampung ini demi keselamatan kampung.
Pasukan Rukun Tertangga ini dibentuk bagi mengawasi keselamatan kampung daripada kejadian pecah rumah yang kerap berlaku. Dengan adanya pasukan ini penduduk kampung tidak lagi perlu risau dengan sebarang kemungkinan bakal berlaku terhadap mereka pada tengah malam.
Menurut ketua pasukan ini yang hanya mahu dikenali sebagai En Manaf, menariknya pasukan ini mereka bertugas secara sukarela tanpa sebarang habuan. Mereka ikhlas bertugas demi keselamatan kampung. Untuk pengetahuan, Kami akan bertugas bermula jam 12 tengah malam sehingga subuh pagi esok. Apabila kami memulakan tugas tepat jam 12 malam sesiapa sahaja yang memasuki kampung ini akan kami tahan dan soal tujuan mereka memasuki kampung.
Diharapkan dengan adanya pasukan keselamatan rukan tertangga ini, keselamatan penduduk kampung banggol nering, Changkat Jering akan lebih terjamin.
Teruskan usaha murni anak-anak muda... Tahniah.
ReplyDelete